11 : Picnic

835 39 2
                                    

Barang-barang yang dibeli diletak diatas meja dan dikeluarkan satu per satu. Dua bungkus hotdog, prego dan banyak lagi. Yea benda-benda biasa yang akan dibeli untuk buat spagethi, Should i explain it ? No isnt it ?

"Kau lepak lu aku potong semua ni dulu okay ?" Syaf menghalau kami keluar dari dapur dan terus fokus dalam memotong bahan.

"Weh kau ni Syaf buka plastik hotdog pun tak reti ke ?" Soal Yus yang melihat Syaf memotong plastik hotdog menggunakan pisau namun plastiknya tidak terbuka. Seriously dude kau guna pisau kot tu ?

"Kau ni banyak cakap lak kau buka sekarang" Arah Syaf kemudian memberi plastik hotdog kepada Yus dan sebaik sahaja Yus pegang plastik itu terbuka. "See kau ni lembik lah" Aku tersenyum sambil memerhati.

Padahal plastik tu dah terbuka dah dia je yang tak buka elok-elok. Kemudian Syaf dengan berhati-hati memotong hotdog. "Kau ni lambat lah Syaf. Potong hotdog pun lambat ke? " Soal Yus sengaja mengusik.

"Ah kau tahu cakap je tolongnya tak pun" Syaf memandang Yus tajam. "Ha yela aku tolong cepat la potong aku tolong masukkan" Kata Yus kemudian memasukkan hotdog yang dipotong nipis ke dalam mangkuk.

"Nak potong semua ke ni ?" Soal Yus tiba-tiba. Banyak cakap pulak budak ni. "Ha potong semua lah banyak-banyak baru sedap"

"Weh tak siap lagi ke weh dah 30 minit kau memotong kau potong apa sia?" Syam tiba-tiba masuk ke dapur dan melihat keadaan yang berlaku.

Aku melihat apa yang terjadi. DIA BARU HABIS POTONG HOTDOD KE DARI TADI?!

"Dah lah blah la kalau macam ni pukul 5 baru siap masak ni" Aku menghalau Syaf dan terus mengambil pisau dari tangannya. 

"Syam ! Tolong tumis bawang ni" Syam mengambil bawang yang telah aku potong nipis dan ditumis sehingga naik bau. 

"Nak masuk apa lepas ni ?" Soal Syam. " Masuk prego" Syaf menjawab namun malang sungguh tiada yang perasan.

"Ha masuk prego" Kataku lalu memfokuskan diri pada Spagethi yang hendak direbus. "Aku nak tolong" Kata Aisyah yang berada dibelakangku. Aku memandangnya dan terus memberikan arahan supaya dia mendidih air.

"Kenapa tak percaya apa aku cakap doh ?" Syaf yang dipinggirkan membawa diri ke bahagian ruang tamu. Aku tersenyum sinis. Lantak engko.

"Yus hang pi tengok Syaf kang meroyan" Aku menyuruh Yus pergi kehadapan. "Kau halau aku ? Kuajaq" Aku tersenyum sinis lagi. Asal tah asyik nak senyum sinis je sekarang ni.

"Zeen, pasal Felix kau tak nak ajak Aisyah sekali ke ?" Syam menyoalku sebaik sahaja memasukkan prego ke dalam kuali. Aku memandang Aisyah yang sedang mendidihkan air dan memasukkan butter selepas air mendidih.

"Aisyah, kau nak join tak kitorang nak prank budak ?" Soalku sebaik sahaja tiba disebelahnya. "Aku busy la" Katanya kemudian mengeluarkan telefon bimbit dan membuka aplikasi youtube.

"Syaf apa password wifi ?" Jeritnya kepada Syaf yang berada diruang tamu. "Takmalumintapasswordwifi" Jerit Syaf semula.

"Asal tak pakai data je ?" Aku memandang Aisyah yang tekun menonton ajaran fizik melalui youtube. But guess what ? Kena palau. "Kau join eh ? Bukannya boleh effect result kau pun kalau kau join" Aku memaksa Aisyah lalu pergi meninggalkan dia.

"Esok kita buat prank tu" Kataku perlahan. I will make sure dia diketawakan. I just cant stand this.

"Syaf ! Kau dah isi minyak kereta belum ?!" Jeritan petir Syam yang berada di dapur menarik perhatianku.

"Asal kau tak isi lagi ke ?" Soalku apabila melihat Syam yang sudah siap membungkus spagethi didalam sebuah bekas.

"Aa.. aku ke yang kena isi minyak ?" Tanya Syaf gagap. Gagap ke bengap aku tatahu lah. Aku memejam mata menahan geram. "Syaf kau ni dah tahu dekat rumah kau kan ?! Dah sah-sah pakai kereta kau !" Aku berkata menahan nada suara.

"Alah bukan dia ada satu je kereta" Yus cuba mempertahankan Syaf. Syam yang duduk di meja sudah menggaru kepala.

"Dah tu cano ha ? Nak guna kereta parents kau ke ?" Soal Syam yang sudah berkerut. "Er.." Aku memutar mata ke atas.

"Dah lah weh Syam kau hidang je Spagethi tu, Yus kau buka lampu, Aisyah ambil pinggan dah Syaf kau dengan aku set up table" Aku mengarah mereka membuat kerja. At the end picnic dekat kolam belakang rumah je ha. Takpe kita okay.

"Alang-alang boleh lepak sampai pagi kan ?" Syam tersenyum senget sambil menghidang spagethi.

***

Bunyi alarm yang memekakkan telinga aku tutup. Kemudian disudahi dengan menggeliat diatas katil. Bukan orang nampak pun menggeliat macam mana. Aku memasang lagu 'mirror' , Stray Kids dan mengambil tuala.

Mandi.

Panggilan dari Slachtoffer yang dari tadi berdering aku perhati. What else did he want ? Aku meneruskan suapan kedalam mulut. Better aku makan.


Reminder aku buka melihat apa schedule aku untuk harini. Oh lupa aku mana ada schedule kau ingat kau retis ke. Aku tersenyum sendiri. Acah nak mampus.

Pantas aku naik ke atas dan terus menukar pakaian kepada pakaian sekolah. Aku memakai sedikit pelembab bibir. Semalam punya pasal habis kering bibir aku.

Jam di dinding aku perhati. 730 pagi. Mashallah awal lagi. Pantas aku masuk ke dalam walk in wardrobe dan mencari kasut yang aku ingin pakai. Sebenarnya sengaja melengahkan masa. Tak nak aku datang awal dekat sekolah. Nanti yang ada nerd je do?

Sekolah dah lah start pukul 8. Wondering kenapa aku bangun awal sangat pagi ni ? Aku mengambil kunci kereta dan bergerak ke arah pintu. 

Sebaik sahaja pintu dibuka,

"Hai sayang !"

-tbc-

BAD GIRLFRIENDWhere stories live. Discover now