25 : Game

604 33 3
                                    

"NO ! SHIT !" Aku menjerit kuat buat kesekian kalinya. Ya allah kenapa aku tak boleh lepas ni ? Sebab aku punya fikiran serabut sangat ke ? Jap, jap asal hati aku berdebar semacam ni ?

"Okay its okay Zeen kita try sekali lagi" Aku menukar lagu pada lagu yang lebih rancak, lagu District 9 by Stray Kids aku buka dan dialirkan laju melalui earphone ke telingaku. Volume aku kuatkan ke tahap maksima. Ni kalau first time terus dapat lepas ni memang baek. Terus aku menari tarian hammer kat sini.

Tarik nafas lepas, tarik lepas. Cool. You can do this. You can do this. Setakat benda macam ni apa lah sangat.

Aku mula. Dalam beberapa saat sekali lagi, "Fuck ! Im done !" Aku campak telefon bimbit ke bawah. Lagi sikit je nak sampai 75 weh ! Game Rush challenge 29 ni memang la buat aku fcked up. Highest score aku 103 kot asal aku tak boleh lepas ?

Butang revive aku perhati kemudian butang skip challenge mula muncul. Tangan dah gatal nak tekan. No, no. Aku main bukan untuk menipu. Buat apa menang kalau menipu.

Aku membaringkan badan di atas tilam. Mampus kau sana. Penat aku main.

"Pagi-pagi kau dah memekak asal ?" Aku pandang ke arah suara yang muncul dari pintu. Sekali lagi jeritan mula kedengaran di pagi yang indah.

Pantas ada satu tangan dibawa dan ditutup mulut dengan tangannya rapat. Aku menarik kasar tangannya dari menutup mulut aku kemudian lantas melihat cara pemakaianku.

Tshirt besar dan seluar pendek tiga suka. Okay this wont harm me. "Kau asal ada dekat sini ?" Soalku pelik. Ni rumah aku kot. Asal dia ada dekat sini ?

"Adalah" Aku memandang dia geram. Aku sepak sat lagi kang. Jawab elok elok ah.

"Macam mana kau masuk ?" Aku menyoal lagi dengan harapan dia akan menjawab degan betul. Ingat kelakar ke nak main-main sekarang ?

"Adalah" Aku mengetap bibir kuat. Oh adalah ? Okay ni adalah kau. Aku menolak dia kuat menyuruh dia keluar. "Kau blah sekarang sesuka hati masuk rumah orang bila tanya tak nak jawab kau blah " Ujarku sambil menolaknya kuat.

"Okay sorry sorry" Dia tersenyum dan menahan tanganku dari menolaknya lagi. Telefon bimbit yang berada di lantai dia ambil dan perhati. "Kau jerit, jerit sebab ni ke ?" Soalnya sebelum meneliti permainan yang masih bernyala.

"Haah, stress aku main game tu" Aku turun dari katil dan menghidupkan XBOX yang sedia ada terpasang. Badan aku jatuhkan di sheepskin bean bag yang berwarna kelabu. 

Game PUBG yang sudah keluar gambarannya aku perhati. Tunggu loading. Aku perhati bean bag di sebelahku yang sudah diduduki seseorang.

"Give it a try. Try dapat 75+ score okay ? Kalau kau menang aku bagi kau satu wish kalau kau kalah, aku dapat satu wish. Cool ?" Aku memandangnya tajam. Cuba mencabarnya. Acah sangat kan ? Tapi kalau dia lepas.. respect, respect. Big respect.

"Cool" Katanya sebelum tangannya tiba-tiba berhenti. Aku melihat telefon yang berada di tangannya dan tersenyum perlahan.

"Eh dah kalah ?" Aku melihat score yang dia dapat. Damn, 5 ? Sikit nau eh. "Diam ah kau. Sekali lagi tadi aku tak sedia" Aku tersenyum sinis. "Okay try la lagi"

Bean bag bergerak ke belakang sedikit. Kalah lagi la tu ? "Third try is a success" Aku mengangguk mengiyakan apa saja yang dia cakap. Buat lah apa kau nak.

"Fuck ! Gi mampos la. Dah aku nak main juga" Dia mencampak telefon ke pehaku dan mengambil salah satu controller yang berwarna putih dihadapannya. 

Aku ambil telefon dan lihat score. 65. Aku syak 65 ni memang tempat orang mati kot ? Aku pun banyak kali sia mati dekat 65 tu yang duk carut-carut tu ee.

Aku melepaskan nafas berat. Finally, win. Aku memandangnya dan "Hey, kau hutang aku satu wish" Kataku dan mengenyit mata perlahan.

"Anyway macam mana kau masuk ? I still cant get it" Soalku sambil menyandarkan badanku pada bean bag. Sakit pinggang aku.

"Is this count as a wish ?" Kedekutnya ! Tak adanya lah ni count as a wish. Wishing you to answer my question ? Hell no.

"No, but as this houseowner i order you to answer my question" Senyuman manis terukir diwajahnya sebelum meletakkan controller kembali ke tempatnya.

"After you boyfriend.." Dia membuat gerak tangan peace yang diturunkan sedikit dan dinaikkan dua kali. Faham tak ? Mati lah. "Hantar kau balik dalam pukul 5 pagi semalam, aku masuk sini jap ingat saja nak check kau selamat ke tak" Aku menunggu sambungannya lagi. Dude ? Please.

Sampai macam tu kau tak percaya dekat Heykal ? Well cant say that I trust him either.

"Pastu aku pi masuk dapur jap, bila masuk dapur tu aku macam lapar pastu aku buat sarapan sendiri" What the fak ? Mataku terbuntang. Dia buat macam rumah sendiri sia. Nasib baik tak jual rumah aku.

"Pastu aku bersihkan la rumah kau sebab nak balas jasa en then tiba-tiba kau menjerit maki hamun tadi. Aku naik and, here I am" Aku menggeleng kepala perlahan. Tak percaya aku ada member macam ni.

"But macam mana kau dapat kunci masuk rumah aku ?" Aku menyoal dia lagi. Ya thats the important part.

"Oh your dad ada bagitahu kalau ada apa-apa emergency ada kunci dengan bawah flower pot so yea" Aku memandangnya tak percaya.

"You count this as an emergency ?" Dia memandangku dengan senyuman kemudian mengangkat bahunya perlahan. Aku tak percaya macam mana papa boleh percaya dia ni.

"Weh jom. Aku nak gerak pi menembak. Nak ikut tak ?" Ujarku sebelum bangun dari duduk. 

"Nata" Aku memandang Felix yang masih setia duduk. Apa lagi ? Apa lagi kau nak ? Kalau kau minta izin nak jual rumah aku memang sembelih kau.

"Kau tak nak pergi pengkebumian Yus ke ?" Aku menggigit bibirku perlahan. Aku tak lupa pasal tu. I just... 

Rasa bersalah yang mula muncul buat aku tak keruan. Should I ?

-tbc-

BAD GIRLFRIENDWhere stories live. Discover now