3 - flashback

42 3 0
                                    


DUA TAHUN LALU...

KRINGGG!!

"Morning darlings..." ucap Irfan kepada Adra dan Zahra sebaik sahaja dia dan Syafiq melangkah masuk ke kelas melalui pintu belakang. "Sorry, kami lambat. Adik pengawas yang jaga pagar tadi garang betul. Nasib baik cute. Cair hati abang tau dik! Tapi, dia fikir dia siapa, aku senyum elok-elok kat dia, dia boleh jeling je!? Eh, Adra, Zahra, kau berdua kan pengawas, kenal tak dia? Dia budak baru ke, dia tak kenal ke aku siapa?" baru saja duduk, Irfan sudah hendak membebel.

Adra berpaling ke belakang memandangkan Irfan duduk di belakang mereka. Mulutnya hampir habis mengunyah garlic cheese bread yang dibeli di bakeri depan sekolah. Setiap pagi sebelum ke sekolah, dia singgah dulu ke bakeri tu untuk beli sarapan yang masih panas baru dibakar. "Kau ingat aku kenal ke semua pengawas kat sekolah ni? Memanglah aku kenal, tapi kau tak bagitahu aku nama dia, rupa dia macam mana, kau ingat aku terus tahu, ke?"

"Eh, kau kan The Great Addie! Kau tak dapat ke telepati aku masa aku berdiri depan pagar tadi? Aku hantar imej budak perempuan tu!" Irfan sengih sambil menanggalkan beg dan letakkan di belakangnya, dia bersandar pada begnya. "Weh, Zahra, kerja rumah Matematik semalam dah siap? Aku nak tengok." Dia minta pada Zahra sebab kalau minta pada Adra, mesti kena bebel, kalau minta pada Syafiq pula, mesti Syafiq belum buat pun.

"Kau bila nak berubah?" serentak Adra dan Zahra bersuara.

"Wow, twin telepathy. Amazing!" Irfan berpura-pura kagum. "Ok, nak latihan semalam tu."

"Ugh!" Zahra merengus, dia membuka begnya, mengeluarkan buku latihan Matematik.

"Ish, kau ni, Irfan! Hari-hari datang sekolah lewat. Semua pengawas dalam sekolah ni penat tulis nama kau. Hari-hari Irfan, Irfan, Irfan, Irfan. Tak ada nama lain. Bila nak berubah?" Adra memukadimahkan bebelannya.

"Pada hari kau berhenti makan keju." Irfan mengenyitkan matanya kepada Adra. Sengaja mengusik. Irfan mencapai buku latihan Matematik daripada Zahra, "thanks, babe. Dah, simpan sepatah dua kata kau tu, aku nak buat kerja rumah."

"Weh, nak juga!" Syafiq mencelah.

"Ah, kau!" Zahra menempik.

"Shh!!" Tangan Syafiq dan Irfan laju-laju menyalin jawapan Matematik daripada Zahra.

Zahra dan Adra memerhati aje dua-dua lelaki itu meniru jawapan. Itulah, suruh buat awal-awal, tak nak buat.

"Yes! Dah siap!" Irfan mengangkat pennya ke udara. "Phew, lega. Dah pukul berapa ni, cikgu tak masuk lagi ke?"

"Cikgu tak datang." Zahra menyimpan semula bukunya.

"Hah?! Biar betul..."

"Ya, tadi aku dah tengok relief board, cikgu tak datang."

"Kenapa tak beritahu awal-awal..." Syafiq simpan bukunya terus. "Ok, ciao." Dia pergi duduk dengan sekumpulan budak lelaki dalam kelas tu. Nak sembang pasal perlawanan bola sepak malam tadi. Sebab itulah Syafiq dan Irfan datang lambat pagi ni, pukul tiga pagi tadi bersengkang mata tengok perlawanan bola sampai terlajak tidur.

"Irfan, kau jadi tak lepak rumah kitorang hari ni?" soal Adra.

"Ala, kau nak datang lagi ke? Tak payahlah weh, aku malas betul kalau kau datang lepak, aku kena pakai tudung setiap masa dalam rumah. Kau nak buat apa?" Zahra merungut.

Dia Bukan RosWhere stories live. Discover now