18 - trauma

40 0 0
                                    


"TOLONG..."

Suara Adra semakin lemah. Dia tak tahu dah berapa lama dia tersangkut dalam lif yang sempit tu tetapi dia tahu cukup lama untuk dia lencun dengan peluhnya sendiri dan dadanya terasa berat kerana kekurangan oksigen.

Bateri telefonnya semakin habis jadi dia terpaksa matikan lampu suluh. Skrinnya sudah retak sebab dia campak akibat geram tadi. Penglihatan Adra semakin samar. Sedari tadi dia cuba yakinkan dirinya supaya bertahan dan tidak panik. Tetapi semakin lama, mindanya semakin lemah. Dia membiarkan ketakutan menguasai dirinya. Adra terasa seperti hendak menangis. Ketika inilah memorinya membuat keputusan untuk memainkan semula kisah memori pahit dia dahulu.

Dahulu, masih segar dalam ingatannya, ketika di sekolah, dia pergi ke stor sukan untuk simpan peralatan sukan selepas matapelajaran Pendidikan Jasmani namun sebaliknya, dia dihumban ke dalam bahagian paling dalam di dalam stor sukan yang gelap dan busuk itu bersama-sama dengan Zahra dan mereka berdua dikunci dalam tu. Dan dia sangat tahu siapa dalangnya, Shamir.

Tetapi ketika itu, dia kuat, sebab dia tahu dia ada Zahra untuk harungi situasi tu bersama-sama. Tetapi sekarang ini, dia seorang. Adra terasa lemah, terlalu lemah. Dia ketakutan.

Semua orang tengah berseronok di karnival. Takkan ada sesiapa sedar aku tak ada, tak ada yang akan tahu aku hilang, tak ada orang lalu di bangunan ni. Macam mana kalau mereka takkan jumpa aku sampai Isnin minggu depan? Macam mana kalau aku mati di sini? Tolonglah, ya Allah, tolonglah hantarkan sesiapa untuk bantu hamba-Mu yang kerdil ni.

Air mata mengalir di pipi Adra tanpa dia sedar. Baru dia rasa nak berputus asa dan pasrah sahaja pada takdir, dia dengar ada orang gelak di sebalik pintu. Dia dengar ada suara memanggil namanya. Pintu lif itu berbunyi seolah-olah ada yang ketuk dan gerakkan.

Fikiran Adra bercelaru. Kalau diikutkan, dia berasa sangat lega kerana akhirnya ada orang menjumpainya, dia akan dapat keluar dari situ! Dia mahu menjerit lega. Tetapi dia menghalang keterujaannya sendiri, sebab dia kenal suara yang sedang cuba buka pintu lif tu dan itulah suara yang dia paling tak mahu dengar. Dia tak sangka dia akan dengar lagi suara tu dalam hidupnya.

"Adra..." pintu tu terbuka sedikit.

"Tak! Tak! Jangan! Pergi! Pergi! Aku taknak tengok muka kau lagi! Pergi dari hidup aku! Pergi!!" Adra memeluk lutut, wajahnya disembunyikan di antara lutut.

"Tapi... aku nak jumpa kau Adra... aku suka tengok muka kau merana macam ni... aku suka tengok... kau akhirnya turunkan dinding tinggi yang kau bina sekeliling kau tu dan kau tunjukkan diri kau yang sebenar. Aku dah tahu... selama ni kau cuma berlakon kuat tapi," suara itu jeda untuk gelak ingkak, "kau sebenarnya kerdil! Penakut!" tawa dia semakin kuat.

"PERGI, SHAMIR!"

"Adra! Adra! Hei, ni akulah." Suara lelaki tu berubah nada.

Adra rasa dirinya seperti dirangkul. Kehangatan membaluti tubuhnya sekali dengan haruman yang kuat. Dia memberanikan diri mengangkat wajah. "It's okay, Adra, it's okay. Shh... ni Rayha ni. Saya Rayha." Rayha tak melepaskan pelukan tu. Dia mengusap belakang Adra.

Irfan meletakkan tangan di lutut Adra. "Adra, ni aku. Aku ni Irfan."

Adra memandang sekeliling. Imej tadi, lelaki tadi dan suara tadi... semuanya terus lesap. Mana Shamir?

"Dahlah. Kamu bawa dia pergi pusat kesihatan dulu. Periksa keadaan dia. Papah dia ke sana." Suara asing tu membuatkan Adra panik. Tetapi bila dilihat pakaiannya dan peralatan yang dia pegang, Adra rasa itu cumalah juruteknik yang bukakan pintu lif tu tadi.

Dia Bukan RosWhere stories live. Discover now