24 - panggilan telefon

21 0 0
                                    


"SATU, DUA, TIGA!"

Klik, klik, klik. Hadif dari tadi setia memegang kamera mengambil gambar Rayha berposing sakan di tepi jeti itu. "Ok, cuba duduk pula kat tepi ni, pandang ke arah laut, tak payah pandang kamera."

"Alah, dah banyak sangatlah gambar, dahlah tu." Tetapi Rayha tetap akur dengan arahan Hadif tadi. Dia duduk di hujung tepian jeti tu, membiarkan kakinya diunjur ke bawah. "Ok tak? Saya nampak gemuk tak?"

"Sempurna."

Sekonyong-konyong telefon Rayha berbunyi. "Eh, sekejap, Zahra ni telefon." Rayha angkat panggilan daripada Zahra. "Awak kat mana?"

"Kau kat mana ni? Aku tak jumpa pun? Aku dah sampai jeti ni."

"Saya ada di hujung ni, jalan je terus, nanti awak nampaklah saya."

"Oh, okay, okay, aku rasa aku dah nampak. Itu ke Hadif? Yang tengah ambil gambar kau tu?" Zahra dah nampak kelibat Rayha dan Hadif.

"Ya." Rayha matikan talian, dia mengangkat tangan melambai Zahra dari jauh.

Hadif pusing ke belakang, mencari Zahra. Dia pun angkat tangan. "Hai. Hadif." Hadif memperkenalkan diri.

"Zahra." Dia senyum tawar pada Hadif sebelum berjalan melepasi Hadif dan terus mendekati Rayha. "Bro!" Apabila dia sudah rapat dengan Rayha, Zahra berbisik padanya, "Gucci mama! My eyes have been blessed by your sweet little loverboy..." bahu Zahra menyendeng bahu Rayha.

"Ish, awak ni! Saya baru kenal dia pagi tadi tau."

Hadif berjalan mendekati Rayha dan Zahra. "Cantiklah!" dia hulurkan kamera Rayha kepada Rayha. Rayha melihat semula gambar-gambar yang Hadif ambil sedari tadi. Gambar kandid semasa Zahra datang pun dia ambil senyap-senyap.

"Ok, aku suka gambar ni! Walaupun gambar aku tak bersedia, sekurang-kurangnya aku tak nampak buruk." Zahra ambil kamera digital itu daripada tangan Rayha.

Hadif merapati Zahra supaya dia dapat lihat sekali semua gambar-gambar tu. "Rayha, tengok ni betapa riak muka awak terus berubah bila awak nampak Zahra datang. Look at those sparkling eyes and radiant smile."

Zahra menoleh ke Rayha, "aku tak sangka kau sayang aku sebanyak ni. Hadif, my boy, you are such a keeper." Zahra melemparkan senyuman manis untuk Hadif.

"Terima kasih," Hadif mengangguk, canggung dipuji sebegitu.

"Sekejap, kau memang pusing Penang dari tadi berdua dengan Hadif aje, Rayha? Aku tahu aku sokong kau pergi menggatal semua ni tapi wow, berani juga kau. Siap benarkan dia pegang kamera kau." Zahra hulurkan semula kamera kepada Rayha.

"Oh, itu!" Rayha keluarkan telefon bimbit dan halakan skrin itu ke arah Zahra, "awal-awal Hadif dah bagi gambar lesen dia pada saya. Hadif, saya hantar gambar ni kat Zahra tau. Jadi, kalau ada apa-apa nanti, kita bagi ajelah gambar ni pada polis."

Zahra terlopong memandang Hadif. "Weh, kau ni biar betul? Manusia ke?"

"Ok, nak ambil gambar lagi atau nak ke destinasi seterusnya?"

"Ala, sekejaplah. Kita nikmati dulu pemandangan kat jeti ni, tengoklah laut tu, cantik kan?" Rayha tak menunggu respon daripada Zahra dan Hadif. Dia terus duduk semula di hujung jeti.

"Kau gila? Panas ni!"

Hadif tidak mengendahkan protes daripada Zahra, dia duduk di sisi Rayha. "Cuba dengar lagu ni," Hadif keluarkan telefon dan fon telinga. Pod sebelah kanan disumbatkan ke telinganya, pod sebelah kiri dihulurkan kepada Rayha. Rayha pun masukkan pod itu ke dalam telinganya. Hadif memainkan salah satu lagu indie kegemarannya, Thousand Emerald Pools nyanyian BORNS.

Dia Bukan RosWhere stories live. Discover now