23 - serasi

17 0 0
                                    


"HAI, HADIF."

Hadif melabuhkan punggung di sebelah Rayha.

"No way! Awak dengar lagu EDEN dan awak baca Lang Leav...? Either you're a psychic or you're just a creepy stalker." Rayha menjarakkan diri daripada Hadif, meletakkan buku pada dada.

"Sorry to disappoint you, tapi saya bukan kedua-duanya." Hadif tersenyum. Dia selesakan diri di bangku taman itu. "Seorang aje ke?"

"Oh, saya dengan kawan halimunan saya. Sebenarnya awak tengah duduk atas dia tu," Rayha cuba berseloroh dengan nada serius.

"Alamak! Minta maaf!" Hadif pura-pura terkejut.

Rayah gelak kecil. "Awak buat apa di sini? Bukan sepatutnya awak kerja?"

Hadif menyentuh jaket bombernya. "Baru aje habis kerja. Jadi, awak seoranglah ni? Apa rancangan awak sekarang?"

"Kawan-kawan saya semua menggedik dan buat hal masing-masing. Jadi... saya terpaksa buat hal sendiri juga. Sayangkan? Saya ada di Penang, kut. Saya patut berseronok, sumbat mulut saya dengan makanan! Tapi, saya sendirian di taman ni macam bini mati laki." Rayha mengomel.

"Nak saya temankan awak untuk hari ni? Saya boleh bawa awak jalan-jalan sekitar Penang. Itupun... kalau awak sudi?"

Rayha capai beg silang yang masih disilangkan pada badan. "Saya ada penyembur lada. Saya ada penggera. Saya mungkin nampak lemah, tapi saya pergi kelas seni mempertahankan diri..."

"Ok, wow, tahniah. Bagus semua tu bagus. Tapi awak takkan perlukan semua tu. Saya tak paksa awak." Hadif tergelak mengenang semula muka cuak Rayha ketika dia menunjukkan penggera dan peyembur lada tadi.

"Tapi saya bosan dan sunyi. Saya nak ikut awak." Ujar Rayha tanpa berfikir panjang. "Hidup ni pendek, kita patut ambil risiko dan nikmati kehidupan, kan?"

Hadif mengangguk setuju. Dia bangun, "kereta saya ada di sana."

Rayha menyusul.

"Jadi, Cik Rayha with the y, kita nak ke mana?" soal Hadif sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam Proton Preve miliknya.

"Surprise me."

"Aye aye captain." Kereta Hadif berjalan menuju ke satu destinasi yang hanya Hadif tahu.

Rayha ternampak ada satu buku di atas dashboard kereta Hadif. "Shut up! Haruki Murakami? Saya suka dia!" Rayha mencapai buku itu lalu membeleknya.

"Seriuslah?"

"Ya! Saya nak tengok tau." Rayha tetap meminta izin walaupun dia dah pun belek buku tu sejak dia nampak buku tu tadi.

"Rayha," Rayha memandang Hadif. "Awak tak takut? Awak tak tahu pun saya bawa awak ke mana ni."

Rayha gelak kecil. "Awak gila? Saya takut sangat-sangat ni. Saya dah dail 999 dah ni," Rayha tunjukkan skrin telefonnya. "Tunggu masa aje nak tekan butang ni."

Hadif menggelengkan kepalanya. "Comel betullah awak ni."

"Terima kasih." Rayha melemparkan senyum lebar kepada Hadif sebelum perhatiannya dikembalikan kepada novel yang masih dipegang.

"Rayha, tolong ambil dompet saya kat bawah brek tangan ni," pinta Hadif.

"Huh?" Terkejut Rayha disuruh begitu, "lepastu?"

"Buka, cari lesen memandu saya." Rayha akur. "Ambil gambar."

"Heh?" dahi Rayha berkerut. Pelik betullah permintaan Hadif ni.

Dia Bukan RosWhere stories live. Discover now