25 - doktor

20 1 0
                                    


"IRFAN!"

Zahra dan Adra meluru masuk ke dalam bilik kecemasan itu. Sejak terima berita kemalangan Puan Azwani, mereka tak senang duduk. Kalau boleh, mereka nak pandu kapal terbang tu sendiri. Banyak kali mereka gesa supaya kapal terbang tu diterbangkan segera, tapi ini bukannya jet peribadi.

Mereka berlari ke arah Syafiq dan Irfan diikuti dengan Rayha di belakang. Irfan bergerak untuk melegakan mereka. "Jangan risau, mak kauorang tak apa-apa. Tolong, bertenang."

"Tepilah! Itu mak aku tau! Mestilah aku risau! Macam mana keadaan dia?" Adra cuba menolak Irfan.

"Macam mana boleh kemalangan ni!" Zahra bengang. "Siapa yang langgar mak aku!?"

"Kemalangan kecil aje. Nasib baik impak tak kuat, kereta aje yang teruk. Cuma dia masih tak sedarkan diri dan ada beberapa kecederaan kecil. Itu aje." Suara Syafiq tenang.

Irfan mendekati Rayha lalu membisik, "dia ada kat sini."

"Siapa?" Rayha terpinga-pinga.

Tirai yang menutup katil tempat pembaringan Puan Azwani dibuka. Seorang doktor melangkah keluar. Zahra terus berlari ke tepi katil untuk melihat keadaan Puan Azwani manakala Adra terkaku di situ.

Tak... tak mungkin. Betul ke apa yang aku nampak ni? Lelaki ni? Apa dia buat kat sini!? Kenapa dia berdiri sebelah mama?

"Dia." Irfan menunding.

"Oh, my, god!" Mata Rayha terbuntang luas.

Mata Adra bertentang dengan mata doktor itu. "Doktor Zahrimi... buat apa kat sini?"

Doktor Zahrimi cuma mendiamkan diri. Dia mengambil masa untuk menjawab soalan Adra. "Saya kerja di sini. Hai, Adra, Zahra. Um..." belum sempat Doktor Zahrimi nak terangkan tentang perkembangan terkini Puan Azwani, Adra dah mencelah.

"Doktor ke yang merawat mak saya?" mata Adra tak berganjak daripada menerung tajam ke dalam mata lelaki yang berdiri di hadapan dia itu. Doktor Zahrimi mengangguk. "Bagi saya doktor lain! Saya nak doktor lain!" Dia berlari ke kaunter jururawat, "beri saya doktor lain sekarang!" suara Adra bergetar dan perlahan tapi tegas.

"Apa ni?" Zahra terpinga-pinga. "Kau jangan buat hal boleh tak, Adra? Doktor, macam mana keadaan mak saya ni?"

Rayha cepat-cepat mendakap Adra. Dia mendudukkan Adra di kerusi yang terdekat. "Adra, bukan sekarang, bukan sekarang. Sabar." Dia meletakkan tangan di kedua-dua bahu Adra. "Tarik nafas, hembus! Ikut aku, tarik... hembus..."

Kau tak boleh buat hal sekarang, Adra. Kau kena fikirkan mama! Mama lagi penting dari perasaan kau sekarang.

Adra cuba menenangkan diri. Dia bangun dan mendekati maknya yang masih terbaring lemah di atas katil, bermacam-macam wayar bersambung dengan badannya. Adra mengenggam tangan Puan Azwani yang disambungkan dengan branula untuk memasukkan cecair intravena. "Apa situasinya sekarang ni?" Adra soal Dokor Zahrimi tanpa memalingkan kepala.

Doktor Zahrimi pun menerangkan tentang keadaan Puan Azwani. "Pokoknya, dia tak mengalami apa-apa kecederaan yang serius, tiada kerosakan pada organ dalaman mahupun pendarahan dalaman. Tiada pembedahan yang perlu dijalankan pun. Cuma... Puan Azwani perlukan rehat memandangkan badannya lemah kerana trauma daripada pelanggaran tu dan sedikit luka sikit. Kakinya ni cuma terseliuh sahaja."

"Baguslah. Terima kasih. Sekarang, saya nak minta tukar hospital. Boleh?" keputusan melulu Adra membuatkan semua orang yang ada di situ terkejut. "Saya tak percayakan doktor dan saya taknak doktor ada kena mengena lagi dengan saya atau mak saya."

Dia Bukan RosWhere stories live. Discover now