29 - realiti

15 0 0
                                    

"IRFAN!!"

Irfan menoleh ke arah suara itu. "Ya Allah, pok!" Irfan meninggalkan Zahra untuk berlari anak ke arah Pakcik Zul yang sedang menolak troli berisi barang-barang pembersihan tu. Sebaik sahaja tiada jarak antara mereka, Irfan memeluk Pakcik Zul.

"Lama pok tak jumpa kamu, nak." Pakcik Zul tepuk bahu Irfan.

"Minta maaf, pok. Bukan Irfan sengaja. Tapi Irfan selalu teringatkan pok tau!" Irfan membantu Pakcik Zul menolak troli ke tepi. Nanti apa pula kata orang jejak kasih di tengah jalan ni.

Zahra perlahan-lahan berjalan mendekati Irfan dan seorang lelaki yang tak dikenalinya tu. Melihat kepada troli dan pakaiannya, sah pakcik ni tukang cuci di hospital ni. Dia perhatikan aje gelagat dua orang tu. Rapat betul.

"Eh, baguslah tu kalau kamu lama dok jumpa pok! Maksudnya kamu toksey datang hospital sebab kamu tak sakit. Betul, dak? Ha ni, kenapa? Sakit gapo lagi kamu ni." Sekali lagi Pakcik Zul tampar bahu Irfan. "Itulah kamu ni, tak jaga kesihatan tu molek!"

"Apani pok! Sakit tau!" Irfan mengusap tempat dia ditampar tu. "Saya melawat mak kawan. Ha, Zahra! Sinilah! Zahra, ni Pakcik Zul. Panggil pok. Pok, kawan saya, Zahra. Mak dia yang sakit."

Pakcik Zul senyum nakal. "Nohhh... comel lote. Gewe mu ni?"

"EH TAK! KAWAN BIASA JE!" cepat betul Zahra melatah.

"Yolah, yolah. Pok mengusik aje pun. Ha, mok mu sakit gapo?" soal Pakcik Zul.

"Kemalangan."

"Innalillah. Teruk ke?" wajah Pakcik Zul sekali mendung dengan wajah Zahra.

"Eh, pok! Pok makin kuruslah! Rambut pun dah potong. Amboi, nampak mudalah!" Irfan bermain dengan rambut Pakcik Zul. "Oklah, pok. Kawan saya penat sikit ni. Nanti petang saya datang balik tengok mak dia, saya janji saya jumpa pok, kita sembang kopi, noh?"

"Ha, yelah, yelah. Jaga diri, na. Pergi, pergi. Pok pun banyak kerja ni."

Irfan salam dan cium tangan Pakcik Zul. "Minta maaflah kalau kau tak selesa dengan pok tu tadi. Dia tu memang baik dengan aku. Macam bapak aku sendiri dah."

"Siapa kata aku tak selesa? Ok aje. Kau nak borak lama sikit dengan dia pun tak apa tadi, aku tak kisahlah." Zahra patah balik, nak pergi kepada Pakcik Zul.

"Eh, tak payah, tak payah! Jom, aku hantar kau balik dulu." Irfan menarik beg Zahra.

Mereka masuk ke dalam kereta Irfan. Bahangnya terasa sampai boleh buat suana dalam ni gara-gara tak ada tempat letak kereta yang berbumbung di kawasan ni.

Irfan memandu kereta menyelusuri keluar dari perkarangan hospital. Mahal betul tiket letak kereta di hospital ni. Baik dia letak kereta di tepi jalan aje tapi jauhlah pula.

"Kau pun tahu, kan. Aku selalu masuk hospital situ. Aku selalu jumpa dia. Dia baik sangat dengan aku sampai aku dah anggap macam ayah sendiri dah. Kau tak ada fikir bukan-bukan, kan?" Irfan memberi penjelasan biarkan mulut Zahra tidak mengeluarkan apa-apa perkataan.

"Eh, aku tak cakap apa-apa pun." Zahra memandang Irfan skeptikal. Apa yang membuatkan Irfan rasa dia perlu beri penjelasan tentang Pakcik Zulkifli tu tadi?

"Eloklah kalau macam tu. Baguslah kalau kau faham." Irfan fokus pada jalan.

"Memanglah, dari dulu kau memang perangai macam tu. Senang betul buat kawan sebab peramah tak bertempat kau tu. Kau suka usik orang. Tak ingat ke masa kau mengurat cikgu praktikal masa di sekolah dulu? Satu sekolah tahu kau cuba mengurat cikgu muda tu." Teringatkan perkara tu, Zahra malu dan terhibur. Macam mana dia boleh biarkan kawan dia seorang ni mengurat cikgu! Kelakar pula bila teringatkan balik.

Dia Bukan RosWhere stories live. Discover now