4 - flashback

35 5 0
                                    


"CHINCHA!?"

Bentak Adra apabila kotak penselnya tercampak ke lantai apabila Irfan menolaknya dengan penyapu dari belakang. "Apa yang kau nak?"

Irfan membuat muka selamba seperti tidak bersalah. Kemudian, dia tertawa nakal. Puas dapat mengusik Adra. Adra mengutip kembali alat tulisnya yang jatuh bersepah.

"Chincha? Apa maknanya?" soal Irfan.

"Itu Bahasa Korea. Kau tak perlu tahu."

Jawapan Adra membuatkan Irfan tidak berpuas hati. "Chincha...?" Dia senyum sumbing. "Ke... cicakk!!!" serentak itu dia mencampak mainan cicak getah ke meja Adra membuatkan Adra terkejut sehingga dia terjatuh dari kerusinya.

"Irfan!! Matanglah!" Adra tidak dapat menahan sabar.

Irfan sudah kebuntuan idea untuk mengacau Adra. Ketika itu, dia terjumpa satu burger busuk di dalam laci mejanya. Burger itu dia tinggalkan di situ minggu lepas. Terlupa nak habiskan. Dia tersenyum. Kali ini, Irfan mengambil pemadam Adra lalu membalingnya jauh.

Adra hanya mendengus lalu mengambil pemadamnya. Sebaik sahaja Adra bangun dari kerusinya, Irfan terus memasukkan burger busuk tadi ke dalam beg Adra. Tiada siapa yang perasan tindakan kejam Irfan itu.

Tak lama kemudian, Adra kembali ke tempatnya. Dia menjeling ke arah Irfan sebelum kembali menyiapkan kerjanya. Irfan tersengih sipu. Tak sabar menanti apakah reaksi Adra setelah mendapati sebungkus burger busuk di dalam beg kesayangannya itu. Sebagai seorang yang amat mementingkan kesempurnaan, kebersihan dan kekemasan, Adra mesti mengamuk.

"Banyak lagi ke kerja kau tu?" soal Irfan berpura-pura prihatin. Irfan memerhati Adra menunggu saat Adra membuka begnya. Adra hanya perlu menyelesaikan beberapa soalan sahaja lagi. Kemudian, semua kerjanya sudah siap.

Adra meletakkan pennya. Buku latihannya ditutup. Mata Irfan bercahaya. Spontan dia membuat kerja lain supaya tidak terus disyaki sebagai suspek yang meletak burger busuk ke dalam beg Adra. Adra pusing ke belakang mencapai zip begnya. Tingkah laku Adra diperhatikan oleh Irfan secara tersembunyi.

Apabila zip begnya sudah terbuka sepenuhnya, Adra memasukkan buku latihan tadi. Tiada tanda-tanda dia perasan akan kewujudan burger busuk.

Sebelum sempat Adra menzip kembali begnya, Zahra separuh meneriak meminta buku latihan Adra tadi. "Nak tengooookk jawapan kau!"

"Hish, kau ni." Adra mengeluh perlahan sambil mengeluarkan kembali buku latihan tersebut. Tak lama kemudian, buku itu sudah berada di atas meja Zahra. Apabila Zahra mahu menyelak buku itu, dia tersentuh lendir yang berasal daripada burger busuk tadi. "Eeeiii! Adra! Apa ini?"

Segera Adra mencapai buku itu dari tangan Zahra. Dia mengamati lendir itu. "Busuknya! Apa benda ini?"

"Apa ini? Tadi tak ada pun benda ini. Busuknya! Eeeiii" Adra mencampak kembali bukunya ke atas meja Zahra.

"Eh, Adra! Tengok beg kau, ada kesan lendiran yang sama." Zahra menunding ke arah beg Adra.

Sekonyong-konyong Irfan meninggalkan kelas. Cukuplah persembahan hiburan percuma untuknya hari ini.

Adra mengeluarkan bungkusan burger yang busuk itu dari begnya. Semua yang memerhati, menjelik. Adra terus memandang ke arah luar kelas, melihat kelibat Irfan. "Cheeseburger? Irfan...Mesti semua ini kerja dia! Tak guna punya budak!" Kemudian, Adra terus berjalan pantas mengejar Irfan. Sempat dia mencapai buku yang terkena lendir itu.

"Irfan!" Di hadapan tangga, Adra sempat mematikan langkah Irfan. Adra bertalu-talu memukul Irfan dengan buku yang ada di dalam tangannya.

Irfan mengadu kesakitan. "Sakitnya! Kau ini nampak sahaja wanita muslimah, baik hati dan lemah lembut tapi perangai serupa jantan!"

Dia Bukan RosWhere stories live. Discover now