21 - kedai kopi

16 0 0
                                    


"BANGUNLAH!"

Berkali-kali dia goyang badan Zahra sampai nak terjatuh budak tu daripada katil tapi Zahra tetap tak terjaga dari tidur. Akhirnya Rayha putus asa, dia masuk ke dalam bilik air untuk cuci muka dan berus gigi, capai hoodie dan ikat rambutnya. Dompet disumbatkan ke dalam poket hadapan bajunya. "Saya cari dia sekejap." Ujar Rayha sebelum dia keluar daripada bilik hotel tu walaupun dia tahu Zahra tak mendengar. Atau mungkin Zahra dengar tapi malas nak respon.

"Aku taktahulah, perempuan tu kembar dia juga, tapi dia boleh buat tak tahu aje walaupun kembar dia hilang? Haih, Adra ni pun satu, mana aku nak cari dia ni?" Rayha mengomel sendiri sambil menapak keluar dari bangunan hotel.

Dia tak rasa Adra hilangkan diri pun, dia perasan kasut sukan Adra hilang, jadi dia yakin Adra cuma pergi jogging. Dia berjalan sekitar kawasan hotel tu, mencari kelibat Adra sambil mengigit bibir. Dia tak sedar sejak pukul berapa Adra keluar awal pagi tadi, dia bukan risau kalau Adra hilang, dia risau kalau Adra terlalu paksa dirinya untuk bersenam melebihi had.

Rayha berjalan tanpa arah tujuan. Alang-alang itu, dapatlah dia menikmati embun pagi dan suasana tenang Penang di pagi hari tu. Suka dia memerhati semangat perpaduan yang masih tertanam dalam penduduk-penduduk di sini. Rayha memandang ke arah sekumpulan pakcik yang duduk bersarapan di sebuah warung. Ada pakcik berbangsa Melayu, Cina dan India. Sakan mereka berbual dengan selitan gelak ketawa.

Rayha berjalan menuju sebuah taman. Secara logiknya, di situ ada trek joging. Mata Rayha akhirnya tertangkap kelibat Adra. "Ada pun perempuan tu!" tapi Adra berjogging terlalu laju. Rayha memandang kakinya, dia cuma pakai selipar. Tak mampu pula nak kejar si Adra tu. Rayha memandang ke belakang, ada sebuah Starbucks, memandangkan dia pun belum mandi, rimas pula dengan badan melekit tu dia duduk di warung tepi jalan. Jadi, Rayha berjalan masuk ke dalam Starbucks, dapatlah duduk dalam pengdingin hawa.

"Green tea latte." Rayha memesan pada pelayan lelaki yang bertugas di kaunter.

"Ok, nama cik?" pelayan itu memegang sebuah cawan dan pen, menunggu untuk menulis nama Rayha pada cawan itu.

"Rayha."

"Rayha, cantik nama tu. Dan... nombor telefon cik?" dengan muka tak bersalahnya, lelaki itu bertanya lagi.

"019-31—" tiba-tiba Rayha terhenti. Baru dia sedar apa yang ditanya oleh pelayan tu. "Apa? Nombor? Untuk apa?"

Pelayan tu ketawa kecil. "Saya gurau aje. Comel lah cik ni."

Rayha mengerutkan dahi. Dia menjeling ke arah tag nama lelaki tu. "Hadif, awak jangan cari fasal pula dengan saya pagi-pagi ni..."

"Wow, garang. Ni mesti belum minum pagi, kan. Tak apa, cik tunggu dulu, saya siapkan minuman cik Rayha." Memang tak tahu malu!

Rayha membuat bayaran dan menunggu di tempat ambil air. Setelah beberapa ketika menanti, pelayan tadi meletakkan sebuah cawan di hadapan Rayha. "Siap!"

Rayha mencapai cawan tu. Dia membaca apa yang tertulis pada cawan tu. "Apa ni?"

Hadif tersengih. "Cik taknak bagi nombor telefon cik, saya bagilah nombor telefon saya."

"Pft," Rayha membaca semula namanya pada cawan tu, pelayan itu eja namanya 'Raiha', "nama saya Rayha, with the 'y'. Not with the 'i'."

Rayha terus pusing dan cari meja untuk dia duduk memandangkan dia boleh perhatikan Adra dari dalam kafe itu. Dia keluarkan telefon bimbit dan fon telinga dari poket, selepas memilih lagu, dia menyumbat kedua-dua telinganya dengan fon telinga tu. Dia memerhatikan Adra berkali-kali jogging di sekitar taman tu.

Dia Bukan RosWhere stories live. Discover now