17 - misteri

46 1 0
                                    


"AKU MAKAN SEORANG KE NI?"

Irfan bergilir-gilir memandang dua gadis yang ada di depannya. Separuh daripada muka muka ditutup dengan komputer riba masing-masing. "Baik tak payah turun makan kalau macam ni. Daripada tadi aku turun sampailah sekarang, nasi aku dah nak habis, kau orang tak beralih pun daripada komputer kau orang."

"Kejap yea... sikit lagi ni." Rayha merapatkan ibu jari dengan tali telunjuk menandakan sekejap lagi kerja dia nak siap.

"Diamlah! Bisinglah kau ni, aku nak fokus ni."

Mendengar respon Adra, Irfan pandang ke kanan dan kiri. Ini kafeteria. Satu-satunya sumber makanan dalam pusat asasi ni, memanglah bising sebab orang ke sini untuk makan, bukan untuk buat kerja. "Kau kata aku bising?"

"Shh!!" Rayha dan Adra bersuara serentak.

"Twins telepathy...? Tapi kau bukan kembar Adra... Wow, sejak bila kau berdua ni sehaluan? Kauorang buat apa ni?" Irfan cuba mengintai ke komputer riba Adra dan Rayha.

"Ni ha, untuk karnival asasi esok ni, ada beberapa benda yang saya nak kena uruskan sikit. Menyesal pula saya jadi setiausaha. Eh, Irfan, Adra! Kau orang pergi kan karnival esok? Jangan tak datang pula, penat-penat saya uruskan, kawan saya sendiri tak tolong datang meriahkan." Rayha mengangkat pandangan ke arah Irfan dan Adra.

"Karnival tu eh? Itulah, aku tengok poster macam seronok aje. Ada macam-macam aktiviti kan?" Irfan buka telefonnya, nak cari semula poster yang mereka edarkan melalui media sosial.

"Iya, ada macam-macam jualan, awak sebut aje. Ada rumah hantu, ada trak makanan, ada escape room, pertunjukan bakat... hm, banyak lagilah!" Rayha mempromosi aktiviti yang dia dan ahli kelabnya anjurkan tu.

"Seronoknya! Aku nak masuk rumah hantu tu, seram tak?" Dia soal Rayha. Rayha mengangguk. Pandangannya dialihkan ke Adra, "Adra, kau pergi tak? Jom pergi sama-sama. Kau mesti tak ada teman nak pergi kan."

"Huh?" Adra bingung seketika. "Oh, ha. Kejap, kejap, otak aku tak boleh fikir sekarang ni. Aku manusia malang betul dapat ahli kumpulan yang entah apa entah, tak buat kerja, jadi sekarang ni aku kena siapkan tugasan yang pensyarah bagi ni malam ni juga dan hantar pagi esok."

"Oh yeke? Ha yalah, kau ada cerita hari itu, ahli kumpulan kau tak boleh harap. Kau nak aku ikut kau hantar ke bilik pensyarah ke esok? Esok mesti bangunan bilik pensyarah tu kosong sebab semua orang ada di karnival," Irfan menawarkan diri.

Cepat-cepat Adra menggeleng. "Eh, tak apa! Tak payah. Kau pergi dulu karnival tu esok, aku jumpa kau kat sana terus. Rayha, kau macam mana esok?"

"Saya memang pagi-pagi dah kena keluar untuk persiapan karnival tu. Saya mungkin sepanjang hari sibuk dengan pengurusan, jadi tak apalah, kamu orang berdua bergembiralah masa di karnival tu."

"Oh, ala, tak seronoklah macam tu." Irfan mencebik.

"Tak apalah, nanti kalau sempat, saya jumpa kamu berdua sekejap." Irfan dan Adra dua-dua mengangguk setuju.


"ALAMAK!"

Adra capai telefon bimbit dari dalam beg dan hantar mesej kepada rakan sekelasnya bertanya mana satu bilik pensyarah yang dia perlu hantar tugasan ni. Lupa pula nak tanya awal-awal. Dia tunggu di hadapan lif sementara menunggu jawapan daripada rakan-rakan sekelas. Namun, setelah beberapa minit berlalu, masih tak ada jawapan.

Adra telefon beberapa rakan sekelas yang boleh dipercayai. Ada yang tak jawab panggilan dia. Kalau angkat pun, mereka tak tahu di mana bilik pensyarah tu. Takut terlambat, Adra buat keputusan untuk ambil risiko dan cuba nasib aje. Dia masuk juga dalam lif dan berfikir sejenak sebelum menekan butang aras yang dia mahu pergi. Bangunan pentadbiran yang juga menempatkan bilik-bilik pensyarah ni ada 10 tingkat. Setiap pensyarah ditempatkan secara rawak, bukannya mengikut subjek yang diajar.

Dia Bukan RosWhere stories live. Discover now