16 - ruang

28 1 0
                                    


"TAK LAPARLAH!"

Adra membentak apabila Rayha menghulurkan sebungkus nasi goreng kepadanya. Dah dua hari dia tak makan makanan yang berkualiti dan berkhasiat. Dia cuma sumbat mulutnya sama ada dengan roti ataupun dengan biskut yang ada dalam laci stok makanannya.

Sejak Zahra berpindah universiti, mereka belum ada rakan sebilik yang baru, jadi ruang lama Zahra tu dikongsi sama rata antara Adra dan Rayha. Rayha susun pakaiannya yang tak muat dalam lokernya sendiri di dalam loker pakaian Zahra sementara Adra memonopoli ruang rak dan laci di meja belajar Zahra untuk simpan barang dan stok makanannya. Meja belajar Zahra pula ada macam-macam benda milik kedua-dua Adra dan Rayha.

"Tak baiklah awak buat macam tu kat badan awak... nanti jatuh sakit macam mana. Saya risau kalau awak pengsan ke apa, saya sibuk sikit beberapa minggu ni saya kena uruskan karnival asasi tak lama lagi ni. Saya takut saya tak perasan awak jatuh sakit." Rayha duduk di hujung katil Adra, tempat Adra tak pernah beralih sejak dua hari lalu kecuali untuk ke kelas dan ke tandas.

"Aku nampak macam budak kecil ke bagi kau? Aku dah besarlah, tahulah aku jaga diri aku. Tak perlulah layan aku macam aku ni nak mati dah."

Rayha tepuk kaki Adra. "Janganlah cakap macam tu! Nah, makan ajelah." Rayha bangun untuk pergi bersihkan diri. Dia jeda dan berpaling ke belakang, Adra tak usik pun bungkusan makanan tu, tangannya masih pegang erat pensel dan matanya tak beralih seinci pun daripada pad lukisan dia.

"Saya tahu saya tak layak cakap benda ni, tapi awak kena tahu apa yang Irfan buat tu, cuma sebab dia prihatin terhadap awak aje. Saya tahu semuanya, dia beritahu semuanya. Dah lama dah dia perhati Aiman tu, Aiman tu selalu ikut awak ke mana awak pergi, tak tahulah awak sedar atau tak. Awak di kafe, dia pun ada di kafe, awak melukis di tepi padang rekreasi tu pun dia ada aje perhatikan awak."

Rayha menantikan respon Adra. Tapi Adra memekakkan telinga.

Seriuslah dia ikut aje ke mana aku pergi? Kenapa dia seram sangat ni! Aku... aku tahu dia selalu perhatikan aku berdasarkan mesej dia tu tapi aku ingat sekadar terserempak secara tak sengaja...

"Hari itu masa di taman tepi tasik masa kita sambut hari akhir Zahra pun Aiman tu ada, siap dengan kamera besar dia, mungkin curi gambar awak. Irfan tu tak beritahu awak hal ni sebab dia tak tahu betul tak sangkaan dia, awak pun tak pernah beritahu dia pasal mesej-mesej pelik yang awak terima dari dia tu. Tapi Irfan ada pesan pada saya supaya tengok-tengokkan awak, jangan biarkan awak sendirian tak kira apa."

Jangan biarkan aku sendirian? Sebab tulah aku tak ada niat pun nak beritahu dia pasal benda kecil tu, nanti dia besar-besarkan cerita. Boleh pula dia suruh Rayha perhatikan aku? So kiranya dia suruh orang perhatikan aku sebab ada orang perhatikan aku? Pft, ironik.

"Mulaya memang dia malas nak ambil kisah. Betul ni saya cakap, masa awal-awal cerita pada saya pasal ada lelaki ekori awak, saya takut, saya yang suruh dia buat sesuatu, tapi Irfan tak terus ambil tindakan. Dia beritahu saya, dia nak perhatikan aje dulu keadaan. Jadi, dia siasat tentang Aiman tu. Dia cari kelas mana Aiman tu dan tanya siapa kenal Aiman, macam mana perangai Aiman. Bila ramai orang cakap pelik-pelik tentang Aiman, dia makin risau. Aiman tu bahaya, Adra. Bahaya kalau Irfan tak gertak dia. Dia selalu sukahati dia aje pegang-pegang perempuan walaupun sekadar pegang tangan atau bahu tapi tetap bahaya..."

OH MY GOD! PEGANG-PEGANG!??

Mata Adra masih menatap lukisannya tetapi dahinya berkerut, tangannya berhenti melakar. Rayha tahu dia dah dapat perhatian Adra.

Dia Bukan RosWhere stories live. Discover now