8 - kuli sukarela

23 0 0
                                    

"IZZ ZAHRA BT ZAHRIMI."

"Yay! Cikgu tak salah sebut nama aku, Adra!" segera Zahra menoleh ke sebelah, mencari Adra. "Adra?" melihat Adra hilang dari pandangan, Zahra terpaksa lupakan dahulu Adra dan naik ke pentas apabila namanya dipanggil untuk menerima slip SPMnya. Dia mendapat 9A.

"Yo, congrats!" Syafiq mendekati Zahra sebaik sahaja Zahra turun daripada pentas.

"Weh, Syafiq, kau nampak Adra?"

"Congratulations, sayang..."

Terasa ada tangan menyentuh bahunya, Zahra mencari pemilik suara yang tidak asing tu. "Mama!" cepat-cepat tangan Zahra melingkari tubuh wanita yang berada di hadapannya itu. Wanita yang dia sangat rindui. "Mama datang!"

"Mestilah mama kena datang, nak tengok anak mama naik pentas..." Tangan Puan Azwani pun memeluk tubuh Zahra. "Mama bangga dengan anak mama." Kepala Zahra digosok berkali-kali. "Mana Adra?"

Zahra melepaskan dirinya daripada pelukan erat Puan Azwani. "Zahra pun taktahu. Syafiq, kau tahu mana dia?" dia menyoal Syafiq, nasib baik dia belum pergi.

"Tadi aku nampak dia kat tangga tu belakang sana..."

"Kenapa dia kat situ?" suara Puan Azwani resah.

"Dia...nangis..." Syafiq menggosok belakang lehernya.

"Jom, mama, tengok dia." Zahra menggenggam tangan Puan Azwani, dia berjalan laju ke tangga yang dimaksudkan Syafiq tadi.

"Adra, sayang?" cepat-cepat Puan Azwani duduk di rapat di sisi Adra yang sedang memeluk lutut dan wajahnya disorokkan antara lututnya di anak tangga itu.

"Mama?" Adra mengangkat kepalanya. Menampakkan wajahnya yang sembab dan basah sebab menangis.

Zahra mengibas jambangan bunga yang dia dapat semasa naik ke pentas tadi di hadapan Adra, "asal kau nangis ni?"

Adra merampas jambangan bunga tadi dan campak ke lantai, "dah aku sedih, aku menangislah. Kalau aku lapar barulah aku makan. Kau nak berlagak la ni depan aku?"

"Berlagak? Aku tanya je." Jambangan bunga tu dikutip semula.

"Adra... kenapa ni? Kenapa menangis kat sini?" Puan Azwani mengusap pipi Adra yang basah dengan air mata.

Menatap wajah mamanya yang jarang sekali dia tatap, air mata Adra mengalir makin deras. Dia memeluk Puan Azwani, terasa rindunya semakin kuat walaupun Puan Azwani sudah ada di depan mata, dalam sentuhan dia.

Puan Azwani mengusap belakang Adra.

"Result Adra teruk..." ujar Adra dalam esakan tangis. Dia membenamkan wajahnya dalam pelukan Puan Azwani.

"Ala, keputusan tu kan cuma huruf. ABC tu, untuk apa? Kalau kurang A, maksudnya anak mama ni tak pandai ke? Tak boleh hidup ke? Tak boleh jadi manusia?" Puan Azwani cuba menenangkan anaknya.

"Eii... buruk rupa kau. Nah!" Zahra menghulurkan tisu.

Adra mengesat hidungnya. "Tapi... Adra nak buat mama bangga. Ni mama mesti nak sedapkan hati aje. Mak mana yang taknak tengok anaknya dapat straight A."

"Mama banggalah! Mama bangga dengan dua-dua anak mama. Jangan cakap macam tu... mama taknak anak mama straight A, yang penting mama nak mereka berjaya. Mama nak Adra dengan Zahra berjaya itu aje. Kalau bukan rezeki Adra dalam A ni, mama yakin ada jalan lain untuk Adra berjaya. Zahra tu, rezeki dia dalam otak dia, bakat dia tu dengan otak dia tu." Puan Azwani menggenggam tangan Adra.

Dia Bukan RosWhere stories live. Discover now