Epic 23 : I miss your..

24 8 0
                                    


Hari yg dinanti-nanti kan oleh Jimin akhirnya tiba. Dia membetulkan rambutnya sementara menunggu Aera keluar dari rumah.

"Jimin"

Jimin memandang Aera. Aera memandangnya seketika sebelum masuk kedalam kereta.

"Jagakan Aera elok-elok."

"Ara..hyung"

"Apa?"

"Jimin janji Jimin akan pulangkan Aera yg dulu"

Yoongi tersenyum dan menepuk bahu Jimin. Jimin membalas senyuman dan masuk kedalam kereta. Dia menghidupkan enjin dan membuka tingkap kereta.

"Kami pergi dulu hyung! Hati-hati"

Yoongi menganggukkan kepala dan melambai tangan kearah mereka. Yoongi membuka fon dan mendail number seseorang.

"Hyung..kau kat manoi??"

"Aq datang umah kau lah..bye"



Sepanjang Jimin memandu mereka hanya membisu. Jimin curi-curi pandang Aera bila lampu merah menyala. Jimin sedih sedikit tengok keadaan Aera yg makin kurus dan tiada langsung senyuman diwajahnya hanya kerana nya.

"Kaja"

Jimin menghulurkan tangan tapi hanya dipandang oleh Aera dan terus jalan kedepan. Jimin mengenggam tangannya dan mengejar Aera. Mereka berdua beratur di kaunter tiket dan membeli tiket.

"Aera nak main apa dulu??"

Aera mencari permainan kesukaannya diatas peta yg diberi oleh penjual tiket tadi. Dia menunjukkan aktiviti yg dia mahu dan mereka kesana menggunakan panduan peta tersebut.

Cawan Berpusing.

Destinasi pertama mereka adalah Cawan Berpusing. Jimin membayar tiket dan masuk bersama Aera. Mereka masuk kedalam cawan yg sama dan memakai alat keselamatan. Mereka mula menjerit kegembiraan apabila cawan mula berpusing dan berlanggaran dengan cawan lain. Jimin yg berada disebelah Aera hanya memandang Aera yg menjerit dengan senyuman.

Rollercoaster

Mereka berdua duduk dibarisan hadapan sekali dan memakai alat keselamatan. Muka Jimin pucat dan berpeluh apabila Aera memariknya untuk naik rollercoaster. Namun digagahkan juga dirinya untuk naik bersama Aera.

"Gwaenchanha?"

Jimin memandang Aera. Jimin senyum dan mengangguk. Rollercoaster mula bergerak perlahan dan tiba di hujung bukit. Jimin menutup mata serapat-rapatnya. Aera memandang Jimin dan menggenggam tangan Jimin. Jimin memandang Aera dan tangannya yg dipegang oleh Aera. Rollercoaster mula turun dan bergerak laju. Mereka berdua menjerit keseronokan.

Rumah Hantu

Mereka membayar tiket dan masuk kedalam rumah hantu. Pada mulanya Aera teruja tapi apabila dikejutkan oleh 'hantu' yg berada di dalam rumah tersebut dia terkejut dan memeluk Jimin. Jimin tergelak dan mengusap kepala Aera.

"Aq ada..sini dekat sikit"

Jimin menarik Aera dalam dakapannya dan mereka berjalan bersama. Pada mulanya Aera taknak tapi akhirnya dia terpaksa akur apabila terkejut lagi sekali dengan 'hantu'. Jimin hanya gelak melihat gelagat Aera yg hampir serupa seperti budak. Aera mencubit pinggang Jimin.

"Sakitlah..tengok sana"

Aera pandang kearah yg Jimin tunjuk. Dia terkejut lagi sekali dan mengeratkan lagi pelukannya pada Jimin.

"Nappeun namja"
(Lelaki jahat)

Jimin menggelakkannya sehinggalah mereka berjaya menjumpai jalan keluar.




Jimin menghulurkan aiskrim pada Aera dan Aera mengambilnya. Jimin duduk disebelah Aera dan mereka makan aiskrim. Hari makin gelap dan mereka sudahpon bermain hampir semua permainan di sini.

"Aera.."

Aera memandang Jimin. Jimin mengelap comot di tepi bibir Aera.

"..lepas nie teman aq naik Ferris Wheel? Tiket kita ngam2 untuk naik tu."

Aera hanya mengangguk dan mengalihkan pandangannya. Dia menggigit kon aiskrim tanpa mengendahkan senyuman Jimin.

"Gumawo"

✔ STOP!! » 박지민Where stories live. Discover now