"Awak nak pergi kerja jugak ke?" Soal Baekhyun sebaik sahaja melihat kelibat isterinya yang sedang berjalan ke arah pintu untuk memakai kasut.
"Mestilah, kalau saya tak kerja kita nak makan apa?" Balas Nahyun malas. Baekhyun hanya diam. Sejak syarikatnya dilanda kerugiaan besar dia terpaksa menutup syarikatnya sehinggalah dia terpaksa hidup susah begini. Kasut yang diambil dari rak disarung ke kaki. Selepas itu, dia berjalan ke arah keretanya sambil menekan butang unlock pada kunci kereta.
"Awak..." Panggil Baekhyun meleret. Nahyun menoleh. "Apa?"
"Tak nak salam dulu ke?" Nahyun mengeluh perlahan sambil berjalan ke arah Baekhyun dan menyalamnya. Baru sahaja dia ingin menoleh Baekhyun menahan. "Kejaplah."
"Awak nak apa lagi Baek?" Nahyun mula rimas dengan sikap Baekhyun yang dirasanya mula mengada-ngada. "Tundukkan kepala sikit." Baekhyun mengarah. Tanpa banyak soal Nahyun menurut. Lalu dicium dahi isteri tersayang. Lama. Nahyun terkaku.
"Hati-hati bawa kereta." Pesan Baekhyun dan mendapat anggukan dari Nahyun.
Tak lama selepas itu, laju sahaja kereta milik Nahyun meluncur di atas jalan raya sehinggalah hilang dari pandangan mata Baekhyun. Dia menolak kerusi rodanya untuk masuk ke dalam rumah. Namun, tindakkannya terbantut seketika saat kereta lain pula yang masuk ke perkarangan rumahnya. Dia kenal dengan pemilik kereta itu.
Park Chanyeol. Kawan baiknya.
"Kau apa khabar Baek?" Soal Chanyeol selepas diajaknya oleh Baekhyun untuk masuk ke dalam rumah.
"Baik saja. Kau?"
"Okey saja."
"Duduklah dulu aku nak ke dapur." Kata Baekhyun sambil memusingkan roda kerusi rodanya untuk ke dapur.
"Nak buat apa?"
"Main ligan-ligan."
"Ha Ha. Lawak dah latu." Chanyeol ketawa palsu sambil menjeling Baekhyun. Baekhyun hanya menayangkan muka selamba dan menuju ke dapur.
"Apa yang buat kau gembira, aku gembira."- Chanyeol.
YOU ARE READING
[C] SARANGHAE (BAEKHYUN FF)
Short Story[SHORT STORY] "Awak janji yang awak tak akan abaikan saya walaupun apa pun yang terjadi? Awak janji yang awak akan sentiasa ada dengan saya walaupun apa pun yang terjadi?"-Baekhyun "Mestilah, saya janji yang saya akan sentiasa ada untuk awak tak kir...