"Nah!" Fail coklat dihempasnya atas meja makan. Baekhyun yang baru sahaja ingin menyuakan air ke dalam mulutnya terbantut.
"Fail apa ni Nahyun?" Soal Baekhyun sambil mencapai fail yang diberikan.
"Bacalah sendiri."
"Borang cerai? Apa semua ni Nahyun?" Soal Baekhyun tidak percaya.
"Sudahlah Baek, saya dah penat hidup macam ni. Saya penat awak tahu tak? Tolonglah lepaskan saya. Saya inginkan kebebasan." Balas Nahyun dengan suara yang mendatar. Baekhyun hanya diam.
"Saya tak akan ceraikan awak."
"Baek, saya tak buat lawak tau. Tolonglah ceraikan-"
"Tapi, saya izinkan awak hidup dengan dunia awak sendiri. Kalau ini yang awak mahukan, saya izinkan awak bersama dengan lelaki yang awak mahu. Tetapi saya akan keluar dari rumah ni." Jelas Baekhyun sambil menolak kerusi rodanya pergi dari situ. Dia sudah tidak betah berada disitu lama-lama. Hatinya tak kuat.
"Baguslah kalau macam tu."
Baekhyun hanya menggigit bibir mendengar ayat yang dilontarkan oleh Nahyun. Jadi dia memang bertekad untuk berpisah?
Gagang telefon dipegangnya. Lantas nombor telefon milik Chanyeol didailnya. Lama dia menanti, akhirnya panggilan dijawab.
"Hello Yeol? Ni aku Baek."
"Kenapa Baek?"
"Aku terima cadangan kau. Aku nak ikut kau ke luar negara."
YOU ARE READING
[C] SARANGHAE (BAEKHYUN FF)
Short Story[SHORT STORY] "Awak janji yang awak tak akan abaikan saya walaupun apa pun yang terjadi? Awak janji yang awak akan sentiasa ada dengan saya walaupun apa pun yang terjadi?"-Baekhyun "Mestilah, saya janji yang saya akan sentiasa ada untuk awak tak kir...