🍂14

546 33 0
                                    

Air matanya mengalir laju membasahi pipi saat mendengar berita yang disampaikan oleh Chanyeol. Teresak-esak dia menahan tangis dan rasa hiba serta bersalah dalam hati.

"Tiada guna kalau kau menangis sekarang. Dia dah tak ada pun. Tapi kau jangan risau. Dia dah maafkan kau." Kata Chanyeol menambahkan lagi tangisan Nahyun.

"Saya banyak buat salah dengan dia. Saya isteri derhaka. Saya tak patut buat macam tu dekat dia. Tapi saya dah terima balasannya. Saya dirogol oleh teman lelaki saya sendiri. Sehinggalah saya mengandung. Dan kandungan itu gugur sebab saya ditolak jatuh dari tangga. Hidup saya jadi huru-hara. Dan saya menyesal." Luah Nahyun dengan air mata yang yang tak berhenti mengalir.

"Tak apa. Dia dah maafkan kau. Sekarang bukalah buku baru. Mulakan hidup kau yang baru. Lupakan semua memori hitam kau."

"Ni aku ada pesanan dari dia sebelum dia meninggal. Ambillah." Sampul berwarna merah jambu disua kepada Nahyun. Nahyun mencapai sampul tersebut dan membuka isi di dalamnya.

"Untuk isteri yang tercinta, Byun Nahyun.
Semasa awak baca surat ni, mungkin saya dah tak ada lagi dalam dunia ni. Saya cuma nak beritahu awak yang saya sayangkan awak, saya cintakan awak. Walaupun saya tahu mungkin kasih sayang awak untuk saya dah tak ada. Saya redha. Tolong maafkan kesilapan saya. Saya tahu saya bukan suami yang sempurna buat awak. Saya banyak susahkan awak. Tapi sekarang, awak tak perlu risau lagi, sebab saya dah pergi buat selama-lamanya. Walaupun jasad saya sudah hilang dimamah bumi, namun cinta saya untuk awak tak pernah hilang. Jaga diri awak baik-baik. Semoga awak jumpa dengan kebahagiaan awak sendiri. I love you. Saranghae.❤"

Laju air mata Nahyun mengalir di pipi. Dia menekup mulutnya untuk mengelakkan dari bunyi esakan.

"Saya juga sayangkan awak, Baekhyun."

"Saranghae."

-THE END-

🍃🍃🍃🍃🍃

SORRY FOR THIS SAD ENDING HUAAAAAA😭

HAHAHA, fanfic ini hanya untuk suka suka, sebab aku bosan. Semoga hampaa sukalah dengan jalan cerita dia walaupun pendek. Bolehlah baca sebelum tunggu aku update WFY❤❤

Lots of love ❤❤❤❤❤❤❤❤❤

[C] SARANGHAE (BAEKHYUN FF)Where stories live. Discover now