🍂6

337 38 5
                                    

"Baekhyun, ni aku bawakan makanan kegemaran kau. Yuhuu, sedap ni tau. Panas-panas lagi." Gembira saja nada suara Chanyeol saat melangkah masuk ke dalam rumah Baekhyun. Plastik makanan yang dibawanya di letakkan di atas meja makan.

Baekhyun hanya diam. Langsung tidak senyum atau memberi apa-apa reaksi. Chanyeol yang melihat berasa agak pelik.

"Kenapa ni Baek?" Soal Chanyeol sambil mendekati kerusi roda Baekhyun. Namun Baekhyun tetap diam.

"Kau marahkan aku pasal semalam lagi ke? Aku minta ma-"

"Aku bukan suami yang baik kan." Tiba tiba sahaja Baekhyun berkata begitu. Chanyeol mengerutkan dahinya.

"Kenapa kau cakap macam tu?"

"Aku sepatutnya percaya kan kau. Kau betul. Dia buat benda yang tak elok belakang aku." Luah Baekhyun. Wajahnya menunduk. Terus sahaja air mata lelakinya jatuh di hadapan Chanyeol. Hatinya sakit. Dia sudah tidak hairan jikalau Chanyeol ingin menyatakan yang dia adalah lelaki lemah.

Air mata yang jatuh dilap oleh Chanyeol perlahan. Bahu sahabatnya itu dipegang.

"Menangislah Baek, menangislah sepuas-puasnya. Sebab aku tak nak tengok air mata kau dah lepas ni." Ujar Chanyeol perlahan sambil menepuk-nepuk perlahan bahu Baekhyun.

"Baek, kau ikut aku pergi luar negara ya? Tinggalkan segala memori kau kat sini. Kau perlukan hidup baru." Baekhyun mengangkat kepalanya. Mata sembabnya merenung Chanyeol dalam.

"Habis bagaimana dengan Nahyun?" Soal Baekhyun, masih memikirkan tentang isterinya. Chanyeol berdecit.

"Lupakan dia. Dia tak layak jadi isteri kau. Dia curang belakang kau. Orang macam dia tak sepatutnya kau ingat Baek, kau gantung je dia tanpa tali. Tapi kalau kau tak sanggup, ceraikan saja dia."

Mulut Baekhyun terkunci rapat. Bagai tidak dapat membalas setiap butir yang keluar dari mulut Chanyeol.

"Aku bukan nak menghasut. Tapi ini semua demi kebaikan kau." Sambungnya lagi.

"Biarlah aku fikirkan dulu. Sejahat mana pun dia. Dia tetap isteri aku."

[C] SARANGHAE (BAEKHYUN FF)Where stories live. Discover now