🍂8

302 37 3
                                    

"Mana Nahyun Baek?"

"Buat apa lagi kau tanya pasal dia. Kau sendiri yang nak aku lupakan dia."

"Memanglah, tapi tak kan lah-"

"Dah lah Yeol. Dia dah bahagia dengan hidup dia." Potong Baekhyun. Chanyeol mengeluh.

Bagasi milik Baekhyun ditariknya masuk ke dalam kereta. Lalu, dia menolong Baekhyun pula untuk masuk ke dalam kereta. Kemudian, kereta itu dipandu oleh pemandu peribadi Chanyeol menuju ke lapangan terbang. Mereka akan berlepas ke Bosnia, dan tinggal di Kota Sarajevo.

Lama perjalan mereka menuju ke Bosnia, hampir memakan 5 jam penerbangan. Akhirnya mereka sampai juga di tanah bertuah itu. Mereka menaiki teksi yang tersedia untuk ke rumah banglo yang dibeli oleh Chanyeol.

"Kita dah sampai." Kata Chanyeol kepada Baekhyun sambil menolak kerusi rodanya memasuki halaman rumah banglo setingkat yang terserlah kemewahannya.

"Besarnya rumah kau Yeol." Puji Baekhyun. Dia agak terpesona dengan keunikan reka bentuk rumah di kawasan ini. Serta permandangan yang dilihatnya semasa perjalanan ke sini.

"Rumah kau juga Baek. Mulai saat ini, aku akan jaga kau. Dan kita akan buka buku baru tutup buka lama. Aku nak rawat luka hati kau di sini."

"Terima kasih, Yeol. Kaulah sahabat terbaik aku. Kalau kau tak ada. Apalah nasib aku ni Yeol."

Chanyeol hanya tersenyum mendengar kata-kata Baekhyun. Baginya, kebahagiaan Baekhyun, kebahagiaannya juga. Bukankah itu dikatakan sahabat sejati?

[C] SARANGHAE (BAEKHYUN FF)Where stories live. Discover now