Chanyeol yang melintasi bilik Baekhyun membuka pintu biliknya saat terdengar bunyi batuk yang semestinya datang dari Baekhyun.
"Baek..." Tegur Chanyeol lembut sebelum melangkah masuk. Pintu ditutup rapat sebelum dia melangkah merapati Baekhyun yang sedang terbaring lesu di atas katil.
"Kenapa ni Baek? Kau sakit ke?" Soal Chanyeol prihatin. Tangannya dilekapkan di atas dahi Baekhyun.
"Panas ni Baek. Kau demam ke?" Chanyeol mula risau, malah Baekhyun hanya tersenyum pahit.
"Tak apalah, nanti lega lah. Dulu pun Nahyun selalu bagi makan ubat je. Lepastu lega lah aku." Kata Baekhyun kepada Chanyeol dengan senyuman kelat masih meniti di bibirnya.
Chanyeol mengeluh. Nahyun lagi?
"Baek, aku bawa kau pergi klinik jom."
"Tak payahlah, aku okey."
"Baek jangan degil, please. Jom aku bawa kau pergi klinik." Kali ini suara Chanyeol dikeraskan. Baekhyun tetap menolak.
"Tolong dengar cakap aku kali ni. Aku nak pastikan kau sihat. Bukan susah pun, pergi klinik je ambil ubat pastu balik." Pujuk Chanyeol lagi.
Kali ini Baekhyun mengalah. Dia mengikut sahaja Chanyeol kalau itu yang membuatkan Chanyeol tidak risau lagi akan dirinya.
YOU ARE READING
[C] SARANGHAE (BAEKHYUN FF)
Short Story[SHORT STORY] "Awak janji yang awak tak akan abaikan saya walaupun apa pun yang terjadi? Awak janji yang awak akan sentiasa ada dengan saya walaupun apa pun yang terjadi?"-Baekhyun "Mestilah, saya janji yang saya akan sentiasa ada untuk awak tak kir...