Segala apa yang dimahukan oleh Baekhyun dituruti oleh Chanyeol. Segala apa yang membuatkan Baekhyun gembira Chanyeol ikutkan.
Sehinggalah hari ini. Sudah 3 bulan berlalu. Bermakna 3 bulan ini juga Baekhyun pergi meninggalkannya. Jiwa kosong. Hatinya sepi.
Dia duduk merenung kincir air yang berada tidak jauh dari rumahnya. Sebuah kincir air yang mengalirkan air biru dari bukit, dan dinamakan sebagai Plava Voda yang bermaksud air biru. Terus sahaja ingatannya melayang pada memorinya bersama Baekhyun.
"Yeol, cuba kau tengok air ni. Jernih kan?" Ujar Baekhyun kepadanya sambil tersenyum melihat ke arah air yang mengalir.
"Jernih. Kenapa?"
"Sejernih ini jugalah hati kau, Yeol. Kau dah banyak tolong aku. Kau dah banyak buat aku gembira. Aku bersyukur dapat kawan macam kau." Luah Baekhyun. Chanyeol hanya tersenyum mendengarkan luahan Baekhyun itu.
"Tapi, andai suatu hari nanti aku pergi dulu. Aku nak kau janji dengan aku yang tak akan menangis. Buatlah sesuatu yang mampu membahagiakan kau, macam mana kau bahagiakan aku." Saat Baekhyun mengucapkan hal itu, terus sahaja keadaan menjadi sepi.
"Janganlah cakap macam tu. Aku sayang kau. Kau kan kawan aku."
"Aku juga Yeol. Aku juga sayangkan kau sebagai seorang sahabat yang terlalu baik."
Terus sahaja air matanya mengalir deras dipipi saat memori itu bertandang kembali.
"Aku terpaksa mungkir janji Baek. Hati aku tak kuat nak lalui semua ni."
YOU ARE READING
[C] SARANGHAE (BAEKHYUN FF)
Historia Corta[SHORT STORY] "Awak janji yang awak tak akan abaikan saya walaupun apa pun yang terjadi? Awak janji yang awak akan sentiasa ada dengan saya walaupun apa pun yang terjadi?"-Baekhyun "Mestilah, saya janji yang saya akan sentiasa ada untuk awak tak kir...