Chanyeol kembali ke bumi Korea. Hatinya sudah tidak betah berada disana. Cepat saja dia teringatkan mendiang Baekhyun. Cermin tingkap keretanya diturunkan. Rumah agam milik Baekhyun dipandang sayu. Amanah dari Baekhyun yang membawaya ke sini. Jika diikutkan hati, dia langsung tidak mahu jejakkan kaki disini, kerana disinilah titik derita sahabatnya itu bermula kerana Nahyun yang membuang Baekhyun dari hidupnya. Sehinggakan Baekhyun meninggal tanpa kasih sayang seorang isteri.
Kalau bukan sebab Baekhyun, mungkin dia tidak akan jejakkan kakinya ke sini. Pintu kereta dibuka. Dia melangkah masuk ke halaman rumah ini. Cermin mata hitam yang dipakainya dicabut. Terus tangannya menekan loceng. Tidak lama kemudian, pintu rumah dibuka. Terpampang wajah sugul Nahyun di sebalik pintu.
"Chan... Chanyeol." Dia agak terkejut dengan kehadiran Chanyeol.
"Aku ada sesuatu nak sampaikan pada kau."

YOU ARE READING
[C] SARANGHAE (BAEKHYUN FF)
Short Story[SHORT STORY] "Awak janji yang awak tak akan abaikan saya walaupun apa pun yang terjadi? Awak janji yang awak akan sentiasa ada dengan saya walaupun apa pun yang terjadi?"-Baekhyun "Mestilah, saya janji yang saya akan sentiasa ada untuk awak tak kir...