"Siapa yang hantar awak balik tadi? Mana kereta awak?" Soal Baekhyun sebaik sahaja melihat isterinya pulang dengan seorang lelaki.
"Kawan sepejabat. Kereta saya rosak." Balas Nahyun seadanya, sesungguhnya dia berasa malas untuk bercakap dengan Baekhyun. Dia letih. Dia mahu rehat.
"Kenapa tak bagitahu saya kereta awak rosak?"
"Kalau saya bagitahu awak pun awak boleh ambilkan ke? Huh?"
Baekhyun hanya diam.
"Tak boleh kan? Jadi tolong jangan nak menyibuk dalam hal saya. Dah kereta saya rosak, dia pula sudi tumpangkan itu sudah dikira bagus awak tahu tak? Jadi tolonglah berfikiran positif, saya masih tahu apa yang saya buat. Saya bersyukur tau dia tumpangkan saya daripada saya kena balik jalan kaki sebab ada suami pun tak boleh harap."
"Nahyun... Awak sedar tak awak sedang bercakap dengan siapa?" Mendayu sahaja Baekhyun. Baekhyun agak terkilan dengan bicara yang dilontarkan Nahyun.
"Ya, saya sedar. Saya sedang bercakap dengan suami saya yang lumpuh!!"
Selepas mengungkapkan ayat itu, terus sahaja Nahyun berlari masuk ke dalam bilik sambil menghempas pintu dengan kuat. Baekhyun masih di ruang tamu. Dia agak terasa dengan butir bicara Nahyun. Dia menolak kerusi rodanya ke arah balkoni dan merenung langit.
"Apa salah aku sampai kau hukum aku begini? Apakah aku tak layak untuk jadi suami yang sempurna? Sungguh aku tak sanggup nak lalui semua ini. Aku tak kuat." Luah Baekhyun sendirian, tanpa sedar air mata lelakinya jatuh mengalir di pipi.
YOU ARE READING
[C] SARANGHAE (BAEKHYUN FF)
Short Story[SHORT STORY] "Awak janji yang awak tak akan abaikan saya walaupun apa pun yang terjadi? Awak janji yang awak akan sentiasa ada dengan saya walaupun apa pun yang terjadi?"-Baekhyun "Mestilah, saya janji yang saya akan sentiasa ada untuk awak tak kir...