Baru sahaja Chanyeol ingin melangkah pergi meninggalkan tempat yang boleh dikatakan seperti neraka itu langkahnya terhenti. Dia menoleh ke sebelah kanan dan melihat pada bahagian penjuru kelab malam tersebut. Dia mengecilkan matanya untuk menggamati wajah seorang gadis yang diduduk di samping seorang lelaki sambil berpelukan. Dia agak terkejut saat dapat mengecami wajah gadis tersebut. Dia mengetap gigi sambil menggempalkan penumbuk, baru sahaja dia ingin melangkah, dia ditegur oleh seseorang dan membuatkan langkahnya mati buat kali kedua.
"Yeol, kau nak pergi mana tu?" Soal Kai yang baru sahaja datang. Dia datang kesini hanya untuk menemani Kai memandangkan tiada apa yang perlu dibuatnya dirumah. Dan sehinggalah dia melihat sesuatu yang menyakitkan hati ini.
"Tak ada apalah. Jom balik." Chanyeol berdalih sambil berpatah balik menuju ke arah kereta dengan wajah berang.
"Amboi, jauh termenung. Fikirkan apa tu Yeol?" Sergah Baekhyun yang datang dari arah dapur sambil ditangannya ada segelas cawan air untuk Chanyeol. Sekaligus meruntuhkan lamunan Chanyeol seketika.
"Patut ke aku bagitahu dia hah?" Chanyeol bermonolog di dalam hati.
"Aih, mengelamun lagi ke?"
"Tak ada apalah Baek."
"Iya ke?"
"Ya, betul."
Baekhyun mula berasa hairan. Chanyeol tak pernah begini sikapnya. Bila dia datang sini ada saja benda yang boleh memecahkan perut Baekhyun serta meluruhkan jantung. Tetapi kali ini berbeza. Dia banyak termenung seperti orang yang ada masalah.
"Kalau kau ada masalah cerita sajalah."
"Mana Nahyun? Kerja ke?" Chanyeol bertanya. Cuba mengubah topik.
"Yelah, tu pun aku tak bagi dia pergi kerja sebab dia tak berapa sihat. Kesian aku tengok dia." Balas Baekhyun. Chanyeol hanya diam.
"Memanglah tak sihat, setiap hari pergi kelab malam."- Chanyeol.
YOU ARE READING
[C] SARANGHAE (BAEKHYUN FF)
Short Story[SHORT STORY] "Awak janji yang awak tak akan abaikan saya walaupun apa pun yang terjadi? Awak janji yang awak akan sentiasa ada dengan saya walaupun apa pun yang terjadi?"-Baekhyun "Mestilah, saya janji yang saya akan sentiasa ada untuk awak tak kir...