🍂1

418 34 6
                                    

Baekhyun mengeluh lagi. Sudah beribu kali dia mengeluh saat teringatkan peristiwa yang sudah 2 tahun berlalu itu. Dimana dia terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut pergi kurniaan yang Tuhan berikan.

Kakinya tidak dapat berfungsi, seolah-olah kebas. Tetapi untuk selamanya.

Dia lumpuh.

Dia merenung kakinya. Kakinya yang tidak membolehkan dia berdiri mahupun berjalan, apatah lagi untuk berlari. Dia pasrah, betul-betul pasrah dengan ketentuan Tuhan yang satu ini. Mujurlah ada isterinya yang bekerja demi menyara hidup mereka.

Tetapi kadangkala dia berasa kasihan dengan isterinya. Terpaksa bekerja keras demi menyara seorang suami yang lumpuh. Sungguh dia berasa bersalah. Kalau bukan kerana kemalangan itu sudah pastinya dia mampu berjalan sekarang dan dapat membantu isterinya mencari naskah untuk hidup.

"Arghh." Dia menjerit perlahan. Melepaskan apa yang terbuku di hati. Dia betul-betul menyesal. Akan tetapi takdir yang menentukan segalanya. Dia harus terima.

Pintu bilik yang terkuak menghentikan segalanya. Pantas dia menoleh. Wajah isterinya yang sedikit pucat direnung. Kerusi roda digerakkan menuju ke arah isterinya.

"Awal awak balik harini? Ada apa-apa ke?" Soal Baekhyun prihatin sambil mengelak rambut isterinya ke belakang. Wajah pucat itu dipandang.

"Saya letih sedikit. Rasa tak sedap badan." Balas Nahyun senada sambil merebahkan badannya ke atas katil.

"Awak nak ke klinik ke? Saya boleh call Chanyeol minta tolong dia hantarkan."

"Tak payahlahh. Kesian dekat dia. Lagipun saya bukannya sakit teruk. Biasalah kalau penat bekerja memang macam ni."

Baekhyun yang mendengar hanya diam. Tiba-tiba sahaja hatinya diserbu rasa hiba. Kasihan isterinya, terpaksa bekerja keras sampai sakit begini.

"Tak apalah. Awak rehatlah dulu." Kata Baekhyun, Nahyun hanya menggumam perlahan. Terus saja dia menggerakkan kerusi rodanya ke arah pintu dan keluar dari bilik itu.

"Maafkan saya, saya banyak susahkan awak."-Baekhyun.

😙😙😙😙😙

Fyi fanfic ni hanya untuk suka². Sebab saya bosan. Jadi saya buatlah fanfic ni.
Cuma, penulisan utk fanfic ni pendek² sahaja. Tidak panjang.

Moga anda suka.💜
Jangan lupa vote atau komen😚

[C] SARANGHAE (BAEKHYUN FF)Where stories live. Discover now