🍂4

344 36 2
                                    

Chanyeol mencicip air kopi yang dibancuhnya tadi. Kemudian diletakkan kembali cawan itu di atas meja. Dia menyandarkan badannya pada kepala kerusi. Sekali sekala kedengaran dia mengeluh.

Tiba-tiba sahaja fikirannya melayang ke perbualannya dengan Baekhyun petang tadi. Dia agak kecewa kerana Baekhyun lebih mempercayai isterinya berbanding Chanyeol. Tentang kejadian Chanyeol berjumpa dengan Nahyun di kelab malam dan apa yang perempuan itu buat diceritakan. Tapi Baekhyun tetap tidak percaya.

"Aku bukannya nak hancurkan rumah tangga kau cuma kau tak hairan ke Nahyun selalu balik lambat?" Soal Chanyeol pada Baekhyun.

"Buat apa aku nak hairan. Dia pergi kerja bukannya nak buat apa pun. Lagipun aku percayakan dia."

"Tapi Baek..."

"Apa Yeol?"

"Aku selalu nampak dia dekat kelab malam dengan seorang lelaki. Kau tak rasa ke yang dia tengah curang dengan kau?"

"Mungkin kau silap tengok orang. Nahyun bukan macam tu."

"Tapi-"

"Dahlah Yeol. Aku lebih mengetahui siapa diri dia. Dia isteri aku. Dia yang bersusah payah cari duit untuk aku. Jadi aku hormat apa sekalipun yang dia nak buat."

"Ikut suka hati kau lah Baek. Aku tak nak keruhkan keadaan kau. Tapi andai kebenaran itu muncul kau akan ketahui jugak nanti. Aku balik dulu." Ujar Chanyeol sambil mencapai kunci keretanya dan berlalu pergi.

Sekali lagi Chanyeol mengeluh.

"Aku sayangkan kau Baek. Aku tak nak kau terluka nanti. Aku tak nak kau menyesal. Aku juga tak nak tengok kesedihan kau. Walau apa pun terjadi aku tetap akan gembirakan kau Baek." Ujar Chanyeol sendirian.

[C] SARANGHAE (BAEKHYUN FF)Where stories live. Discover now