1

98 9 6
                                    

"🎼Bermohon sembah, sembah berhala~🎵"

"Woi, 'berhajat' la, bukan 'berhala'!"

"Er... Aku dengar gitu. Hehehe."

"Nyanyi lagu raya la. Lusa Hari Raya kan."

Kelas 3 Amanah mula bising dengan nyanyian lagu raya. Ruang hadapan kelas sudah serupa pentas persembahan pula. Guru-guru pun kebanyakannya tidak masuk mengajar. Yalah, esok mula cuti Hari Raya Aidilfitri selama seminggu.

"Esok mula cuti. Seronoknya rasa. Awak balik bercuti di kampung mak awak ke?"

Andi menoleh ke arah Salleh yang sedang membaca komik 'Misi 8A' karya Afiq dan Nazry. Sesuai sungguhlah dengan apa yang bakal dihadapi mereka dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Dia kemudian hela nafas lemah.

"Tak. Tak balik kampung pun. Beraya di sini je. Tapi Hari Raya pertama nanti balik kampung sekejap, ziarah kubur Atuk, Nenek dengan Ayah," jawab Andi, sedikit sayu.

"Uh... Maaf..."

"Tak apa." Andi terus mengukir senyum. "Awak pula?"

"Kampung Papa saya, 20 minit saja berkereta dari sini. Mama saya pula, keluarganya tinggal di Casa Delima sana. Sebelah Taman Baiduri je."

"Untunglah. Tak payah fikir pasal traffic jam," kata Andi sambil topang dagu.

"Tak apa. Kita beraya sama-sama. Kumpul duit raya banyak-banyak," pujuk Salleh. Bahu Andi ditepuk mesra.

"Tapi, hampir semua rakan sekelas kita balik kampung. Dan... Awak cuma fikir pasal duit raya?"

"Hm. Nak kumpul duit raya buat beli gitar. Dah survey dah harga gitar dekat-dekat sini."

"Bukan ke awak ada gitar?" Andi bertanya sambil garu kepala.

"Gitar mana?"

"Gitar yang awak bawa masa jamuan akhir tahun kelas tahun lepas."

"Oh. Gitar tu ya? Jangan tanya."

"Kenapa?"

"Jangan tanya."

Andi renung Salleh seketika sebelum mengangguk perlahan. "Okey."

Trance : RayaNgeriWhere stories live. Discover now