*2 minggu sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri bermula*
Salleh terbersin seketika dek debu berterbangan di dalam stor itu. Lama mencari, barulah dia menjumpainya.
"Kasihan kau, gitar. Ada ke patut Mama letak sini," katanya sambil mengusap gitar miliknya itu. Gitar murah yang dibeli oleh bapanya ketika di United Kingdom, sewaktu adik kembarnya masih ada.
Selalu jugalah dia menyanyi sambil memetik gitar sebelum adiknya jatuh sakit dahulu. Selepas dia meninggal dunia, gitar itu dilupakan kewujudannya seketika, hinggalah dia menjejakkan kaki di bumi Malaysia ini. Pernah juga dia bawa gitar ke sekolah kerana diminta membuat persembahan.
"Adik, jumpa tak?" Suara Shila, kakak Salleh, kedengaran dari tingkat atas. Salleh terus keluar dari bilik stor itu.
"Jumpa. Kejap," kata Salleh, membersihkan habuk yang menempel di gitar itu. Dia kemudian membawa gitar itu ke ruang keluarga di tingkat atas rumahnya.
Shila sedang duduk di sofa, menunggu Salleh. Senyum terpamer di wajahnya apabila ternampak gitar itu.
"Kak Shila kata nak belajar main gitar ya?"
Shila angguk. Salleh terus menyerahkan gitar di tangan kepada Shila. Shila kemudian membelek-belek gitar itu.
"Tiba-tiba nak belajar, kenapa?" Salleh bertanya.
"Saja."
"Ye ke saja?"
Shila sengih. Salleh juga sengih apabila melihat reaksi Shila itu.
"Okey, akak letakkan gitar betul-betul di riba. Guna pemetik gitar yang adik bagi tadi."
Pemetik gitar diambil, lalu dia mula melaraskan tali gitar. Ada yang ketat, ada juga yang longgar.
"Macam mana nak adjust tali ni?"
"Pusing je nat di hujung gitar tu."
"Pusing?"
Kak Shila memusing nat laras seperti yang diarahkan. Ketat. Dipusing sepenuh tenaga.
Twiing!
(...)
Salleh renung gitar yang putus sehelai dua talinya dikerjakan Shila. Dia kemudian pandang kakaknya yang kini termagu-magu.
"Maaf ya."
Salleh tarik nafas dalam-dalam.
"Sesungguhnya aku sedang berpuasa," bisiknya perlahan. Dia kemudian angguk.
"Tali putus je. Boleh je beli tali lain. Tak ada masalah."
Shila mengangguk. Salleh kemudian meletakkan gitarnya di tepi almari ruang keluarga itu.
Azan Maghrib berkumandang tidak lama kemudian.
"Jom berbuka," kata Salleh selamba. Kakaknya mengangguk.
(...)
Salleh terjaga dari lenanya. Jam meja dilihat. 3.30 pagi.
"Hausnya tekak."
Salleh terus turun dari katil, keluar dari bilik, berjalan menuju ke tangga. Dia terasa mamai sedikit. Matanya digosok perlahan.
Sesampainya dia di dapur, gelas diambil dan air dituang dari jug yang tersedia di atas countertop dapur itu. Namun, baru sahaja beberapa teguk, telinganya menangkap bunyi sesuatu dari ruang tamu.
"Apahal tu?"
Dengan perlahan, dia berjalan ke arah ruang tamu. Matanya melilau, melihat sekeliling. Namun, kegelapan malam membataskan penglihatannya.
YOU ARE READING
Trance : RayaNgeri
Adventure*Cerpan merepek sempena Hari Raya* Puan Ariana ditimpa kemalangan - terima kasih kepada sebiji mercun - pada sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Jadi, Andi bersama ibunya beraya di hospital, ditemani Salleh. Pada senja pertama Hari Raya, mereka ber...