9

59 7 1
                                    

"Doktor Zaki!"

Jururawat itu melutut di sisi doktor yang tertiarap di pintu masuk Jabatan Forensik itu. Nadi dan nafas diperiksa. Terasa sedikit lega apabila kedua-duanya masih ada.

Kedengaran bunyi kecoh-kecoh di dalam. Jururawat itu kemudian memandang ke arah dua orang pengawal keselamatan yang bersama dengannya itu.

"Seorang pergi lobi, minta bantuan. Seorang lagi, pergi masuk dalam. Tengok keadaan dalam tu. Cepat!"

Masing-masing mengangguk faham lalu melakukan apa yang diarahkan.

(...)

"Ambik ni!"

Sebiji penumbuk melayang tepat mengenai pipi Malik. Malik terundur sedikit ke belakang, memegang tepi bibirnya yang kini luka. Namun, dia masih mampu senyum. Darah yang sedikit mengalir dikesat menggunakan hujung lengan baju.

"Mampu juga kau lawan balik, ya?" Malik berkata sinis.

Lelaki serba hitam yang berdarah di hidung dan mulutnya terus berdiri. Rasa berang membuak di hati kerana dipermainkan seorang budak. Saku diseluk, sebilah pisau belati dikeluarkan. Dilibas pisau itu secara membabi buta. Dengan selamba Malik mengelak libasan pisau itu.

"Tak kena pun," ejek Malik.

"Kau!" Pisau dihunus. Lelaki itu cuba menikam Malik berkali-kali, namun masih mampu dielak. Sebaliknya, tikaman terakhir mengenai celahan pintu kayu di belakang Malik. Pisau itu terus melekat di situ. Gagal dicabut.

Tiba-tiba seseorang memaut badan lelaki itu dari belakang. Ditolak lelaki serba hitam itu ke atas lantai. Lelaki serba hitam itu meronta, cuba melepaskan diri, namun gagal dek pengawal keselamatan itu menghempapnya. Sudahlah badan pengawal keselamatan itu lebih besar darinya.

"Adik, adik okey tak?" Pengawal keselamatan itu terus bertanya, masih lagi menghempap lelaki serba hitam itu. Malik yang sudah keletihan hanya mengangguk.

Serentak dengan itu, dua orang anggota Polis muncul di pintu gelongsor Jabatan Forensik.

(...)

"Terima kasih ya adik, sebab sudi berikan kerjasama," kata pegawai Polis itu sambil menutup buku nota yang digunakan untuk mencatat maklumat dari saksi - Salleh dan Malik - yang tanpa sengaja terlibat dalam penangkapan lelaki serba hitam itu. Malik hanya mendiamkan diri sambil mengusap tepi bibirnya yang berplaster. Masih terasa pedih.

"Orang tu pengedar dadah ke?" Salleh yang sudah hilang terkejutnya kini sudah banyak bertanya. Pegawai Polis itu menggeleng perlahan.

"Dia samseng upahan sebenarnya. Tapi, dia juga dikehendaki pihak Polis sebab dah terlibat dalam beberapa jenayah terancang. Dia dah tertangkap, jadi mudahlah kerja kami nak tangkap dalang utama pengedaran dadah ni."

Salleh angguk faham. "Aaa... Satu lagi, serbuk yang kami jumpa tu, memang serbuk dadah ke? Ada ke orang edar dadah macam tu?"

"Pasal serbuk tu, nanti Jabatan Kimia akan tentukan. Kalau hantar sekilo-sekilo tu, tu bukan untuk edaran secara kecil-kecilan namanya. Mungkin itu stok dadah yang baru sampai, dan mahu dibungkus semula jadi paket kecil untuk dijual nanti."

Salleh angguk sekali lagi.

"Ada apa-apa soalan lagi?"

Salleh menggeleng sambil sengih. Pegawai itu terus senyum.

"Nanti, kalau ada apa-apa lagi maklumat yang kamu berdua tahu, boleh terus hubungi saya. Ini kad saya," kata pegawai itu kemudiannya, sambil menghulur kad nama miliknya kepada Salleh. Salleh meneliti kad itu seketika.

"Inspektor Mazlan Bin Roslee!" Salleh hampir menjerit. "Muka tuan dah la sebiji macam AC Mizal, yang pegang watak Inspektor Mazlan dalam filem 'Gerak Khas The Movie'! Nama pun sama?"

Pegawai Polis itu terus ketawa. "Hm. 'Gerak Khas The Movie'. Filem lama tu. Selalu juga dengar macam tu. Muka sama dengan selebriti." Jam di tangan dilihat. "Baiklah, saya pergi dulu. Selamat Hari Raya."

"Selamat Hari Raya, tuan inspektor," kata Malik dan Salleh hampir serentak. Pegawai polis itu kemudian berlalu pergi.

"AC Mizal tu siapa?" Malik tiba-tiba bertanya.

"Takkan la tak kenal?" Salleh bertanya, sedikit hairan mendengar soalan itu.

"Tak. Penting sangat ke nak kenal dia?"

Salleh terus garu kepala.

Trance : RayaNgeriWhere stories live. Discover now