Puan Ariana memandu pulang ke rumah seusainya menghantar kereta untuk diservis. Di mindanya tersusun rancangannya selepas itu. Beli barang basah untuk raya, selesaikan bil-bil utiliti dan banyak lagi.
"Biskut 'Alamanda Marble' tu kena beli lagi. Andi suka benar biskut tu. Belum raya lagi dah habis dua balang. Hm... Ada lagi ke?" Puan Ariana menggumam perlahan.
Tiba-tiba, sebiji mercun bola yang menyala muncul entah dari mana dan meletup betul-betul di hadapan cermin kereta. Dek terkejut, kereta yang dipandu Puan Ariana hilang kawalan dan...
(...)
And berjalan mundar-mandir di biliknya. Entah mengapa hatinya terasa tidak tenang. Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan ibunya yang masih belum sampai. Jam di dinding dilihat. Hampir pukul 4 petang.
"Ibu lambat nampaknya. Singgah beli barang basah kot," gumam Andi perlahan.
Telefon di ruang tamu tiba-tiba berbunyi.
"Salleh ke? Atau Ibu?"
Andi ke ruang tamu lalu menjawab panggilan itu.
"Ini waris Puan Ariana Binti Zulkarnain ke?" Satu suara asing kedengaran di hujung talian. Dahi Andi terus berkerut.
"Ya, saya?"
"Mohon encik datang ke Hospital Temenggung Ismail, sekarang."
Ibu... Di hospital? Ya ALLAH!
(...)
Hatyai, Thailand.
Seorang lelaki berkot hitam berjalan masuk ke dalam sebuah pondok kecil yang terbiar, jauh dari penempatan manusia. Di bibirnya terukir senyum sinis. Seorang lelaki yang terikat di tangan dan kakinya, juga mulut ditutup dengan pita, sedang terkulai layu di atas lantai simen. Badannya luka di sana sini. Lembik lepas dikerjakan dua orang suruhannya.
"H̄yud (berhenti)."
Kedua-dua orang suruhannya berhenti membelasah lelaki itu sebaik sahaja mendengar arahan itu. Mereka berdua kemudian berundur sedikit, memerhatikan sahaja lelaki berkot itu mendekati lelaki yang terbaring itu.
"Sudah aku kata, jika khianati aku, kau tak akan selamat."
Mata lelaki yang lemah terkulai itu menjeling tajam ke arah lelaki berkot hitam itu.
"Berani sungguh kau, pergi beritahu Polis di mana makmal aku tu berada, ya?" Lelaki berkot itu menyepak muka lelaki itu sepuasnya. Habis berdarah wajahnya. "Disebabkan kau, aku dah rugi jutaan Dolar!"
Pita pelekat di mulut lelaki itu direntap kasar. Bibirnya sedikit luka kesan dari rentapan itu. Lelaki itu kemudian dipaksa berdiri.
"Kau yang paksa aku, Jo. Aku kata aku tak nak terlibat, kan?" Lelaki yang cedera itu tertawa sinis. "Tak sangka kau sanggup jadikan kawannya mangsa keadaan! Baru aku tahu, 'itu' rupanya sumber kewangan syarikat yang kononnya 'suci' milik kau tu!"
Lelaki berkot hitam yang dipanggil Jo itu sengih. "Banyak juga benda yang kau tahu dalam masa beberapa hari ni. Aku ingat anak lorong yatim piatu macam kau ni bengap je."
Lelaki cedera itu mendengus.
"Kau tahu, apa yang akan jadi bagi mereka yang tahu terlampau banyak?"
Pistol dikeluarkan dari belakang. Alat peredam bunyi dipasang lalu pistol diacu ke arah lelaki yang cedera itu. Wajah lelaki itu kekal tenang walaupun dia sedar yang kini dia berada di ambang maut.
"Kau nak bunuh aku?"
"Ya. Memang ini yang patut aku buat, memandangkan kau dah tak nak terlibat, kan."
"Tembaklah! Aku lebih rela mati daripada jadi anjing kau!"
"Tapi..." Jo berfikir seketika. "Rasanya kau masih lagi berguna untuk aku, walaupun tak lagi bernyawa."
"Apa maksud kau?"
Jo hanya senyum sinis seraya picu ditarik.
![](https://img.wattpad.com/cover/152360367-288-k471985.jpg)
YOU ARE READING
Trance : RayaNgeri
Adventure*Cerpan merepek sempena Hari Raya* Puan Ariana ditimpa kemalangan - terima kasih kepada sebiji mercun - pada sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Jadi, Andi bersama ibunya beraya di hospital, ditemani Salleh. Pada senja pertama Hari Raya, mereka ber...