"Alamak. Tak cukup pula ketupat ni..."
Puan Fauziah mengeluarkan sebungkus ketupat segera dari kabinet. Nafas dihela lemah.
"Mana cukup kalau satu je?"
Jam di dinding dilihat. Tepat jam 8 malam.
"Lambat pula budak berdua tu duduk hospital. Kenapa tak sampai rumah lagi?"
"Mama!" Suara Shila lantang dari ruang tamu. Dengan segera Puan Fauziah pergi ke sana, membawa bungkusan ketupat segera bersamanya.
"Kenapa, Shila?"
"Tu," kata Shila, menunding ke arah skrin televisyen.
"Satu percubaan penyeludupan dadah menggunakan cara yang luar biasa telah ditumpaskan oleh dua orang remaja..."
"Eh?"
(...)
"Ya, mama. Salleh di hospital lagi ni. Polis buat soal siasat," kata Salleh di hujung talian.
"Haih. Berderau darah Mama masa nampak kamu dalam berita tadi. Anak Mama tak apa-apa kan?"
"Okey. Andi pun okey. Mama jangan risau. Kalau tak okey, kami dah masuk wad pun."
Puan Fauziah tertawa kecil. "Tunggu sana. Tak payah tunggu bas. Biar Mama jemput kamu berdua."
"Okey!"
Talian diputuskan. Kunci kereta diambil dari penyangkut belakang pintu.
"Eh, biar abang yang pergi ambil mereka. Ayang kan tengah mengandung," kata Encik Ayoub yang baru sahaja keluar dari bilik.
"Tak apa. Lagipun, ayang nak singgah kedai kejap, nak beli ketupat segera. Kalau suruh abang belikan, abang buat macam hari tu. Beli daun kelapa, daun pandan dengan beras sekampit. Dulu pun, bila ayang pesan roti sardin di kedai mamak, abang beli roti sandwic sebungkus dengan setin sardin. Lurus."
Encik Ayoub hanya sengih mendengar kata-kata Puan Fauziah itu.
(...)
Kereta yang dipandu Puan Fauziah diletakkan di hadapan deretan runah kedai tidak jauh dari rumah Salleh, selepas mengambil Salleh dan Malik di hospital. Salleh kehairanan seketika.
"Mama ada benda nak beli ke?"
Puan Fauziah mengangguk. "Nak beli ketupat segera. Nak ikut ke, nak tinggal dalam kereta?"
"Tinggal dalam kereta sajalah, Mama. Penat tadi pun tak habis lagi," kata Salleh di tempat duduk belakang.
"Andi, nak ikut makcik?"
Malik sedikit tersentak mendengar teguran Puan Fauziah itu, kemudian menggeleng sambil senyum.
"Okey. Tunggu ya. Makcik Zee pergi sekejap saja."
Kedua-dua remaja itu mengangguk. Puan Fauziah pula terus keluar dari kereta, menuju ke kedai runcit tidak jauh dari tempat keretanya diparkir.
Malik toleh ke arah Salleh di sebelah. Salleh bersandar di kerusi, kedua matanya terpejam. Kedengaran bunyi dengkuran halus darinya.
"Tidur?" Malik sengih. "Ya, memang penat kena kejar dengan orang jahat kan. Hm... Apa patut aku buat pada kau ni ya..."
Dia berkira-kira untuk berbuat sesuatu kepada Salleh apabila terdengar sayup-sayup perbualan salah seorang dari kumpulan kanak-kanak yang melintasi kereta itu, membawa plastik berisi mercun yang baru dibeli.
"Padan muka dia, baling mercun sampai buat orang eksiden. Baju raya dia terbakar! Hahaha!"
Ek... Si... Den?
Dengan segera dia keluar dari perut kereta lalu berjalan laju menghampiri kumpulan kanak-kanak itu.
"Buat orang eksiden, ya?"
Kumpulan yang bising tadi terus senyap. Ketakutan melihat Malik yang sudah serupa mahu makan orang itu.
(...)
"Mercun ni habislah. Ambil stok baru dalam van tu!"
Seorang lelaki kurus menyusun barang jualannya - mercun aneka jenis - di atas meja lipat yang diletakkan di hujung jalan deretan kedai itu, di belakang gerai itu ada padang besar. Rakannya pula membawa keluar sebuah kotak dari van. Disusun mercun-mercun itu dengan kemas.
"Bang, mana boleh jual mercun di sini?"
Lelaki kurus itu merenung tajam ke arah seorang remaja lelaki yang berdiri menghadapnya.
"Eh, sibuklah budak ni. Kalau nak beli, beli sajalah. Kalau tak, blah jauh-jauh!"
"Abang tahu tak, disebabkan barang yang abang jual ni, ada orang masuk hospital? Lagipun, jual mercun ni haram di sisi undang-undang," kata Malik, giginya terkunci dek menahan geram.
"Tu bukan masalah abang. Abang jual je. Siapa suruh cuai, kan?" Lelaki kurus itu berkata selamba. "Kau nak cakap pasal haram? Rokok pun haram tapi ada je orang jual. Kau budak lagi, apa kau tahu? Pergi jauh-jauh!"
Bukan masalah kau, kau kata? Disebabkan mercun yang kau jual tu, Ibu masuk hospital!
Lelaki kurus itu terus menolak badan remaja itu ke belakang. Malik terundur sedikit. Penumbuk digengam. Matanya tajam merenung lelaki kurus itu.
Hm... Dia takkan faham kalau kena pukul. Kena pakai cara lain.
Malik terus berlalu pergi meninggalkan lelaki kurus itu.
"Wei, apa hal budak tu?"
"Tak ada apa-apa. Abaikan budak penyibuk tu."
Tiba-tiba sahaja, sebiji mercun roket sebesar ibu jari terbang lalu meletup di atas mercun-mercun di atas meja. Percikan api dari mercun roket yang meletup itu mengenai mercun-mercun yang elok tersusun di atas meja itu.
"Lari!"
Kedua-dua lelaki itu terus buka langkah seribu di saat kesemua mercun-mercun itu meletup.
(...)
Salleh tiba-tiba terjaga, terkejut mendengar bunyi letupan yang agak meriah di hujung jalan itu. Dia pandang sebelah. Tiada orang.
"Mana Andi ni pergi?"
Salleh terus keluar dari kereta. Malik bersandar di bonet kereta, sedang berpeluk tubuh, melihat persembahan bunga api percuma di hujung jalan. Wajahnya kosong tanpa rasa. Ada beberapa orang lain di situ memerhatikan gerai mercun itu meletup, siap buat rakaman video lagi.
"Apahal tu?" Salleh bertanya, hairan.
"Entah. Mak awak lambat lagi ke?"
Salleh tengok jam tangannya. Sudah 15 minit berlalu.
"Eh, yalah. Kejap, nak check."
Sebaik sahaja Salleh berpusing ke belakang, Puan Fauziah muncul dari kedai, membawa dua plastik berisi barang dapur.
"La. Mama ni kan. Kata beli ketupat segera je," kata Salleh perlahan, lalu membantu ibunya membawa barang dapur.
![](https://img.wattpad.com/cover/152360367-288-k471985.jpg)
YOU ARE READING
Trance : RayaNgeri
Adventure*Cerpan merepek sempena Hari Raya* Puan Ariana ditimpa kemalangan - terima kasih kepada sebiji mercun - pada sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Jadi, Andi bersama ibunya beraya di hospital, ditemani Salleh. Pada senja pertama Hari Raya, mereka ber...