#6

374 10 0
                                    



Hey!Wazzuppp Guys!!!!

I'm backkkk..

So, this is the new chapter. Enjoy my babies...

I will update another soon.

Much love Shn :)


Usai membersihkan diri, aku mengenakan jubah bewarna biru hadiah pemberian mamaku beserta shawl plain putih untuk majlis makan malam nanti. Sekilas aku melihat diri ku di cermin, boleh tahan cantik walaupun hanya mengoleskan lipstik merah jambu di bibir. Acewah puji diri sendiri.hehe, yelah siapa nak puji kalau bukan diri sendiri.

Aku menuruni tangga dengan berhati-hati. Maklumlah, pakai jubah, nanti tak pasal-pasal tergolek dari tangga. Haa, siapa susah, aku sendiri juga yang susah.

''DING DONG'', sebelum sempat aku ke dapur, loceng rumahkan berbunyi. Aku berpatah semula ke pintu utama rumah kami. adeh, dah sampai ke tetamu mama ni. aku tak bersedia lagi nak jumpa. Tanganku terasa berpeluh kerana gementar untuk bertemu dengan tetamu mama ini.

pintu ku buka...

"Assalamualaikum."ujar abangku Ameer dan Asyraf serentak.

"Waalaikummussalam, abang-abangku sekalian. Ingatkan tetamu mama, buat cuak jelah abang ni", jawabku sambil bersalaman dengan mereka berdua.

''Mama kat mana?", tanya asyraf sambil menuruti langkah kaki ku ke dapur.

''Mama kat dapur. Nasib abang datang, kalau tak nanti krik krik la Yana bila tetamu datang''

"Krik krik apa nya Yana, kau tu pantang kalau diberi peluang bercakap. Nanti tak henti-henti mengalahkan burung murai ", sampuk abangku Ameer. Perbezaan umur hanya dua tahun antara aku dengan Ameer menyebabkan percakapan kami agak kasar.

"Ala kau ni, menyibuk je. Mana ada, aku pendiam eh.

" Ye la tu", balas ameer. Aku hanya membalas dengan jelingan mata kepada Ameer. Mama hanya mengelang kepala melihat gelagat kami.

''Mama, lambat lagi ke tetamu yang nak datang ni? Yana dah lapar la. ish, lambat betul", gumamku di dalam hati.

"Ish kamu ni Yana, tak baik macam tu. sabarla. dah nak sampai tu. serentak itu loceng rumah berbunyi tanda ada tetamu yang datang. "Dah, pergi buka pintu, tetamu kita dah sampai", ujar mama.

"Ala, aku lagi. tadi dah buka. sekarang kena lagi. apalah nasib harini", omelku sambil kaki melangkah untuk membuka pintu.


*******

Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 50-an cantik berjubah pink dengan rambut yang sedikit beruban dibiarkan lurus diparas bahu bersama suaminya. Cantik dan segak kedua-duanya walaupun umur sudah pun separuh abad. Agak-agak, aku macam tu tak bila dah tua. aku berteka-teki sendiri sambil mengelamun

"Mama ada?", pertanyaan wanita itu mematikan lamunan aku.

"Err...a..ade. Jemput masuk Datin, Dato'. Mama dan Papa kat dalam", adeh malunya aku. Itulah kau Yana, selalu berangan, kan dah kena. Aku membawa mereka ke berjumpa dengan mama.

"Zamilah,Azhar..masuk-masuk, jemput duduk. Makanan semua dah siap ni. Irfan mana?", mama memulakan perbualan.

"Ala, macam kau tak kenal anak aku tu Fi, nanti-nanti sampai la dia, aku dah bagi alamat rumah kau. Kau apa khabar? sihat? lama dah kita tak jumpa kan.

"Ha'ah. dah hampir 20 tahun kan. Ni anak aku, Yana. aku pernah cerita dekat engkau tu", mata mama mengerling ke arah aku. Aku tersimpu malu sambil membantu Mak Minah menyendukkan nasi kepada tetamu.

"Laa. dah besar sayang, sama macam Irfan. Single lagi ke Fi?", pertanyaan Datin Zamilah menyebabkan aku hampir menjatuhkan mangkuk berisi nasi. Nasib takda orang yang perasan.

"Nampaknya begitulah Za. Bukan takda yang mahunya, empunya badan yang jual mahal", kata mama. Amboi-amboi mama, cakap macam aku takda kat sini.

"Biasalah Za, budak sekarang ni, mana fikir dah bab-bab kahwin ni terutama si Yana. Nak berdikari dulu katanya", sampuk papa tersengih. Apaniiii, semua berpakat eh kenakan aku harini. Adeh!!

"Betul tu Hamid. Sama lah dengan anak aku si Irfan tu", ujar Dato' Azhar mengiyakan kata-kata papa. Ameer dan Abang Asyraf hanya tersengih sambil mengejek aku. Perbualan kemudian diteruskan pula ke arah abang-abang kesayangku. Padam muka korang! tadi ejek aku sangatkan.

"Asyraf dengan Ameer pula macam mana? Dah umur berapa kamu berdua? Takda calon lagi?", bertalu-talu soalan daripada Datin Zamilah kepada mereka. Aku tersengih kegirangan sambil menikmati makanan di depan mata.

"Er, Asyraf 28 tahun manakala Ameer 26 tahun, Datin", jawab Asyraf. Ameer hanya mengangguk tanda setuju.

"Eh, tak usah la berdatin-datin. Panggil aja Aunty Za. Lagipun Aunty dah kenal mama kamu ni dah lama. Zaman kamu kecik-kecik lagi", kami hanya mengangguk tanda faham.

"Haa, sambung kat mana tadi?", belum sempat aunty Za menyambung perbualan, loceng rumahku berbunyi untuk kali ketiga. Aku sudah pun mengeluh mengetahui siapa yang harus membuka pintu itu nanti.

"Yana, tolong tengokkan siapa yang datang", mama mengarahkan aku. Bagi menunjukkan aku anak yang mendengar kata, aku berlalu pergi membuka pintu.

Ish, kenapa mama tak suruh aja abang Asyraf atau Ameer yang buka pintU. Aku masih tak berpuas hati kerana disuruh membuka pintu. Childish? I know right.

"Sebab..kau tu perempuan, Yana"

"Asal pula, kalau perempuan je kena buka pintu?".

"Ala kau ni, lembab la. perempuan buka pintu tanda sopan".

"ye eh?", aku bermonolog sendiri.

*******

"Well, well, well.Looks who we have here. Hello, Miss clumsy", ujar lelaki di hadapanku.

"Kau buat apa kat sini ha, Mr Stupido? kau stalk Aku ye?', bidas aku.

"Perasannya kau ni Miss clumsy. Mummy aku bagi alamat suruh datang sini. Kalau aku tahu ni rumah kau, tak hingin aku nak datang", Ujar mamat sengal a.k.a Mr Stupido.

"Eish, kalau aku tahu kau yang datang ni, tak kuasa aku nak buka pintu untuk kau", balas aku sambil menjeling ke arah Mr Stupido.

"Harap muka je cantik, perangai mengalahkan jantan", bidas mamat sengal

"eeiiii..kau kau..", belum sempat aku menghabiskan kata-kata, datang Mama, Papa, Aunty Za dan Uncle Azhar meredakan perbalahan kami.

"Yana, kenapa kecoh-kecoh ni", marah mama

"Irfan, kenapa ni?", sampuk aunty Za

" Ni ha, perempuan perasan bagus cakap Irfan stalk dia. tak kuasa nak layan perempuan tak matang ni", terkebil-kebil aku memandang Irfan. Ish, macam la dia bagus sangat. Menyampah!!!

"Irfan!! dah-dah. Jom masuk dalam dulu. Malu kat jiran-jiran kalau nampak perangai kamu berdua macam ni. Macam anjing dengan kucing". marah aunty Za sambil berlalu pergi bersama mama. Kemudian Irfan menuruti langkah Mummy nya sebelum aku pula menuruti langkah Irfan.





Vote and Comment!!!

HatersLoveYou

Shn :)

Bila Aku CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang