Prolog

1K 17 0
                                    

     "The club isn't the best place to find a  lover, so the bar is where i go, me and my friends at the table doing shots, drinking fast and then we talk slow, and you come over and start up a conversation with just me, and trust me, i'll give it a chance now, Take my hand,stop ".

Nada dering Shape of you by ed sheeran telah menganggu lenaku. Aku mencapai Iphone 6+, hadiah pemberian mamaku di sisi katil. Setelah beberapa kali lagu kegemaranku itu menerjah ke gendang telingaku menandakan ada panggilan masuk, aku membuat keputusan untuk menjawabnya.

"Siapa pulak yang call aku ni,ganggu orang nak tidur jelah. Baru nak sweet dengan Prince Charming. Adoi, kacau sungguh." sempat lagi aku mengomel sambil menjawab telefon.

"Hello, Assalamualaikum. Haa, apa  hal kacau orang tengah membuta ni?" sergahku tanpa mengambil tahu siapa pemanggil dicorong sebelah.

"Waalaikummussalam Yana. Kau membuta apa weh masa ni. Kau tengok jam dah pukul berapa?" ku kenal suara ini, Liana.

Sekilas pandang ke arah jam, mata aku membutang. Ya Allah, aku dah lewat nak pergi kerja ni.

"Liana, kenapa kau tak call aku awal-awal, kan dah lambat aku nak pergi kerja. Tak pasal-pasal nanti aku kena buang kerja." sempat aku memarahi Liana.

"Ek eleh, kita pula yang kena marah. Siapa suruh kau layan korea sampai lewat malam, kan dah lewat nak pergi kerja. Padan muka!! Aku chau dulu la, boss dah panggil aku."

Belum sempat aku menjawab, Liana sudah pun memutuskan talian. Kuaci punya kawan, nasib aku sayang kau. Jam sudah menunjukkan 9:15 pagi sedangkan aku perlu berada di pejabat tepat jam 8:00 pagi. Aku menepuk dahi aku dah terlewat 1 jam 15 minit ni, matilah aku dikerjakan oleh Encik Yusof. Dahla dia tu boss yang paling garang pernah aku jumpa. Singa pun tak garang macam tu. Alahai nasib kau la Yana.

Aku bingkas bangun lalu tuala Mickey Mouse bewarna pink aku capai dan terus menuju ke bilik air. Dah besar-besar pun masih pakai tuala mickey mouse. Eh,aku suka mickey mouse,suka hatilah nak pakai ke tak.

Selesai segala urusan, aku keluar mengenakan baju kemeja ungu dan dipadankan dengan seluar slack hitam. Kemudian, shawl bewarna Cream aku lilitkan di kepala. Hanya mengoleskan pelembab bibir, aku sedia untuk ke tempat kerja walaupun dah lambat sangat-sangat.

Sekali lagi aku memandang ke arah jam yang tergantung di dinding bilik aku, yang menunjukkan jam 9:35pagi.

"Aku hanya mengambil 20 minit untuk bersiap. Not bad laa sebab selama ni aku akan ambil masa satu jam", getusku

"Dah tak sempat nak breakfast ni", lantas aku capai handbag, telefon dan kunci kereta sepantas kilat aku mengunci pintu rumah sewaku dan berjalan ke kereta kesayanganku, Myvi. Eh..okay apa,ada jugak kereta kan daripada takda langsung. Kemudian keretaku memecut laju membelah jalan raya.

Lupa pulak nak kenalkan nama aku. Aku Aryana Hanna, berumur 24 tahun. Bekerja di Permata & Co. Masih single sebab aku memang cerewet bab-bab boyprend ni. Dan
Sebenarnya, aku anak orang kaya. Acewah. Papa aku,Dato' Sri Haji Hamid merupakan Ceo syarikat terkenal iaitu Hamidaryana Sdn.Bhd dan Mama aku, Datin Sri Hajah Arsafina mempunyai butik yang bercawangan di seluruh Malaysia iaitu Beautycool Butik Sdn Bhd. Namun, aku lebih sukakan kesederhanaan walaupun aku anak orang kaya. Oleh sebab itu, setelah tamat belajar, aku rela bekerja makan gaji walaupun sudah beberapa kali Papa memujuk aku untuk bekerja dengannya. Aku menyewa rumah di Putra Height, walaupun Mama tidak membenarkan aku berpindah rumah. Alasanku cuma satu iaitu aku ingin berdikari. Aku mempunyai tiga orang adik beradik dan aku merupakan anak bongsu. Aku mempunyai dua orang abang iaitu Ameer yang berusia 26 dan Asyraf berusia 28 tahun.

HatersLoveYou
Shn :)

Bila Aku CintaWhere stories live. Discover now