Harini terpaksa aku pulang lewat ke rumah. Banyak kerja yang perlu aku siapkan. Jarum jam menunjukkan pukul 8:30 malam apabila aku sampai di rumah.
Usai membersihkan diri, aku terus menunaikan solat isyak. Takut-takut kalau aku terlupa
. Usai solat isyak, aku menadah tangan berdoa kepada Yang Maha Esa."Ya Allah, kau ampunkan lah dosaku, dosa Mama dan Papa, dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat yang lain. Engkau lindungi lah Mama Papa sepertimana mereka menjaga dan melindungiku sejak dari kecil. Engkau kurniakan lah kesihatan yang baik untuk Mama dan Papa. Engkau jodohkanlah aku dengan orang-orang yang beriman, yang dapat membimbingku ke syurgamu Ya Allah. Amin
Selesai solat, aku menuju ke dapur untuk mengisi perutku yang asyik berbunyi dari tadi. Belum sempat aku mencapai pinggan di rak, ringtone " shape of you" memecah kesunyian malam.
Siapa pulak yang call aku malam-malam ni. Sekilas pandang ke id pemanggil, rupa-rupanya Mama yang call. Mama nak apa lah telefon ni,getusku sambil menekan punat hijau untuk menjawab panggilan.
"Assalamualaikum, mama. Ada apa call Yana malam-malam ni?"
"Waalaikummussalam sayang mama. Kenapa, tak boleh ke mama nak call anak mama sorang ni, nak tanya khabar", perli mama.
"Alaa bukan tak boleh, tapi yelah mama call Yana mesti ada benda ni. Takkan la malam-malam macam ni mama nak tanya khabar pulak kan.
"Pandai Yana, sebenarnya mama call Yana ni nak suruh Yana balik rumah mama hujung minggu ni. Yana kan dah lama tak balik rumah. Mama rindulah anak mama ni. Lagipun ada kawan mama nak datang rumah, boleh mama kenalkan kamu pada kawan mama tu" ucap mama.
"Yelah, yana balik nanti. Yana pun rindukan mama jugak. Siapa kawan mama tu?Yana kenal ke?", tanyaku
"Nantilah, mama kenalkan pada kamu. Okaylah sayang, mama nak cakap tu je. Assalamualaikum
"Okay mama, kirim salam rindu kat papa ye. Waalaikummussalam.
******
Balik dari pejabat aku terus meluru ke pantai. Sudah lama aku tidak kesini,sejak peristiwa pahit itu berlaku.
Angin sepoi-sepoi tanda menyambut kedatanganku. Di pantai inilah bermulanya kisah cinta aku dan zarul dan disini jugaklah berakhirnya kisah cinta kami.
Aku terpandang seorang lelaki melamar kekasihnya di pondok rehat yang pernah menjadi tempat lepak kami dulu. Keletah pasangan muda itu mengingatkan aku tentang luahan hati zarul suatu masa dulu.
Flashback...
"Zarul nak bawa Yana ke mana ni?", tanyaku gusar sambil kereta Toyota Vios milik zarul meluncur ke arah pantai Senai
"Zarul nak bawa Yana ke pantai,ada sesuatu yang zarul hendak perkatakan", ulas zarul sambil memasuki kawasan pantai.
" Dah sampai,jom",ajak Zarul apabila keretanya berhenti berhampiran pondok rehat. Aku hanya mengikutinya dari belakang.
"Apa yang zarul nak cakap"
"Zarul sukakan Yana. Zarul ikhlas dengan Aryana. Zarul sukakan yana dah lama,sejak zaman universiti lagi. Tapi tulahkan yana mana nak pandang zarul ni.", rajuk zarul
Aku terkedu dengan luahan hatinya. Jadi selama ini aku tidak bertepuk sebelah tangan. Zarul suka aku. Aku menjerit di dalam hati.
"Yana bukan tak pandang tapi buat-buat jual mahal. Perempuan ni kenalah jual mahal sikit. Lagi perempuan jual mahal, selagi itu lelaki akan kejar. Lagipun Yana nak test Zarul je masa tu", ujarku malu.
"Zarul lepas tak test tu?",tanya zarul
Aku hanya mampu anggukan kepala tanda lepas. Malu untuk bertentangan mata dengannya.
"Yessss!!!aku lepas", jerit Zarul. Zarul janji yang zarul akan sentiasa ada bersama Yana,susah mahupun senang. Zarul sayang Yana selamanya. I love you Aryana Hanna.
" Zarul janji?", tanyaku sambil menghulurkan jari kelingking.
"Zarul janji sayang", sambil menyambut huluran jari kelingkingku.
End of Flashback..
Mudahnya kau mengunkapkan kata sayang Zarul walhal kau tidak maksudkannya. Kenapa kau buat aku macam ni Zarul. Aku dah letih menghabiskan air mata aku untuk jantan macam kau. Kau sanggup tinggalkan aku untuk perempuan yang kau baru kenal itu tapi hubungan kita selama 4 tahun kau sia-siakan. Apa salahku Zarul??Sanggup kau sakiti aku. Disebabkan kau, aku hilang kepercayaan terhadap makhluk bernama lelaki.
Tapi takpalah Zarul, aku redha dengan apa yang terjadi, aku dah besar dan aku bukan lagi wanita yang senang engkau perbodohkan, aku kuat,aku mampu harungi semuanya dan aku berterima kasih kepada kau, disebabkan kau, aku kenal apa itu cinta dan sakit.
Sorry gaiss, dah lama aku tak update. I have been busy lately. Idea aku pun macam hilang je. But no worries, idea aku banyak lagi.hehe.. Fyi..after this, this story will be slowly updated. I will write when i have time, tapi bukan bermakna aku berhenti terus ye. So yeah!!thats all..anything you can direct message me untuk bagi idea or comments about this story.
Vote and Comment !!!
Haters love you
Shn :)

ANDA SEDANG MEMBACA
Bila Aku Cinta
RomanceAryana Hanna, seorang gadis ceria dan happy go lucky terpaksa berkahwin dengan Irfan Hazriq a.k.a Mr.Stupido iaitu musuh ketatnya. Tatkala bahagia mula menyinggah, badai taufan melanda hubungan mereka. Ikuti kisah Ms. Clumsy dan Mr. Stupido dalam ki...