Aryana Hanna, seorang gadis ceria dan happy go lucky terpaksa berkahwin dengan Irfan Hazriq a.k.a Mr.Stupido iaitu musuh ketatnya. Tatkala bahagia mula menyinggah, badai taufan melanda hubungan mereka.
Ikuti kisah Ms. Clumsy dan Mr. Stupido dalam ki...
Irfan memakirkan kereta dihadapan sebuah bangunan mewah. Papan tanda 'Butik De'LaRossa' menarik perhatianku.
Butik De'LaRossa merupakan salah satu butik yang paling terkenal di Kuala Lumpur. Kebanyakan artis-artis terkenal menempah busana pengantin mereka disini. Pemilik butik ini Datin Siti Khatijah merupakan seorang yang sangat berpengaruh kerana pada usia muda, beliau telah membangunkan butik ini dengan hasil titik peluhnya sendiri. Kini di usia lewat 50-an, beliau menjadi role model semua pengusaha butik dan ahli perniagaan yang lain. Macam mana aku tahu? Well Uncle Google ada. Hahahaha. Just kidding, aku tahu pun sebab mama aku salah seorang pengusaha butik pakaian.
Dari jauh kelihatan, seorang perempuan dalam lingkungan 20-an menanti akan kehadiran kami di pintu masuk butik tersebut.
"Hi, welcome to Butik De'LaRossa," ujar pekerja Butik De'LaRossa menyambut kedatangan kami setelah kami menghampirinya.
"Hi, my name Irfan Hazriq and this is my future wife, Aryana. I ada make appointment untuk fitting baju pengantin. Sorry we are late, ada masalah sikit tadi." ujar Irfan lembut.
"It's okay Encik Irfan, saya Syafiqah and I will assist both of you for today. Please come this way and I will show you busana pengantin," ujar gadis kecil-kecil cili padi itu.
Sebelum melangkah mengikuti Syafiqah, Irfan sempat berpaling ke arah aku dan memberikan amaran supaya aku "behave". Aku hanya mencebikkan bibirku tanda mengejek.
Ada hati nak bagi warning kat aku. Kau patut warning diri kau sendiri, jangan buat masalah.
******
"What a beautiful day today. Finally, got to see you Irfan. You have grown so much, my boy." sapa seorang perempuan dari arah belakang.
Aku berpaling ke arah suara di belakang dan sedikit terkejut, kerana dibelakangku adalah pemilik butik ini sendiri, Datin Siti Khatijah.
"Hi, Aunty Katy." Irfan menyapa sambil menyalami tangan perempuan itu. Aku mengikuti tingkah laku Irfan menyalami perempuan itu tanda hormat. What!! Irfan kenal datin ni? siap panggil Aunty lagi.
"And you must be Aryana, his future wife." Datin Khatijah memandang aku dengan penuh senyuman.
"Ahhh, ye saya. Datin Sihat?" balas aku sambil mengaru kepala yang tidak gatal.
"Alhamdulillah, sihat. Just call me Aunty Katy je sayang. Aunty dengan Mummy Irfan dah lama berkawan and aunty pun dah anggap Irfan ni macam anak Aunty sendiri. Soon you will be their daughter in law. So, no need formality." Fuhh, baik betul Datin ni, lemah lembut je jawab soalan aku. Patut la jadi role model.
"Baik Aunty."
"By the way Aunty, kami datang nak fitting busana pengantin. Mummy yang suruh datang sini," ujar Irfan menyambung perbualan.
"Oh, yess!! Aunty dah bincang dengan Mummy kamu pasal design busana pengantin yang sesuai dan dah siapkan untuk you guys cuba," aduhaii, Aunty Katy ni, macam dia pula nak yang nak kahwin ni. Aku hanya senyum melihat gelagat Aunty Katy yang begitu teruja.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Nah, ini baju pengantin Aryana." Ujar Aunty Katy sambil menghulurkan baju pengantin aku yang berwarna putih. Aku terpegun saat mula terpandang baju pengantin yang telah direka khas untuk aku. Patutlah Aunty Katy teruja.
"Sudah, tutup mulut tu Aryana, nanti masuk lalat." Sempat Aunty Katy mengusik aku.
"Pergi cuba dulu, kalau ada yang perlu baiki, beritahu Aunty. Nanti Aunty Ubah," Aunty Katy berlalu pergi meninggalkan aku bersendirian di bilik persalinan.
Fuhh fuhh, baju kahwin aku ke ni? dua tiga kali aku pandang baju kahwin ni, macam tak percaya je. Nanti boleh la aku feeling princess sikit. HAHAHA.
"Sudah Yana, baik kau pergi cuba baju tu sekarang. Nanti tak pasal-pasal singa kat luar tu mengamuk sebab kau lambat," sempat aku bermonolog sendiri.
******
"Syafiqah, buatkan air untuk tetamu saya,'' Aunty Katy memberikan arahan kepada pekerjanya.
"Baik Datin," Syafiqah meninggalkan kami bersendirian.
"Eh, takpelah Aunty. Kami sekejap je ni," balas aku lembut.
"Ya Aunty, lepas ni kami nak pergi makan juga." Irfan men
"Ala, takpe. Duduk la kejap. Lama dah aunty tak berborak dengan kamu Irfan. Macam mana dengan company Daddy kamu Irfan?" tanya Aunty Katy memecahkan kesunyian antara kami.
"Alhamdulillah. Okay Aunty. Banyak pelabur baru yang berminat untuk melabur pada tahun ni."
"Baguslah macam tu Irfan. Lepas ini, Irfan dah nak kahwin, kena kerja keras untuk tanggung anak isteri nanti. Jangan jadi macam Aunty, semua kena usahakan sendiri disebabkan salah memilih teman hidup." balas Aunty Katy sedih.
Aku yang mendengar ini hanya mendiamkan diri. Tidak tahu bagaimana nak ceriakan keadaan.
Apa yang aku dapat simpulkan, kadang-kadang manusia ini banyak kesilapan dalam membuat keputusan lebih-lebih lagi membuat keputusan dalam soal cinta. Disebabkan cinta, manusia itu buta untuk menilai yang mana baik dan buruk. Akhirnya, keputusan itu memakan diri sendiri.
Dan apa yang aku harapkan adalah agar keputusan yang aku buat untuk menikahi Irfan nanti adalah keputusan yang betul walaupun bantera perkahwinan yang kami bina bukanlah berdasarkan cinta.