#2

680 16 1
                                    

So sorry gais..dah lama aku tak update. Baru sekarang ada peluang nak update. Btw aku nak ucapkan selamat berpuasa bagi orang-orang islam kat seluruh Malaysia. Harini dah masuk hari ke-5 gaiss..stay strong 💪

Rutin harianku tidak berubah dua tiga minggu ni. Pagi ke kerja,petang balik rumah dan begitu lah setiap hari. Sampai naik jemu aku dibuatnya. Almaklumlah, hidup single dan aku bukan jenis yang bersosial sangat nak keluar. Setakat keluar dengan Liana tu adalah tapi bukan selalu. Liana kan dah jadi bini orang, so takdanye nak layan aku ni.

Berbalik pada kisah kerja, selepas kena warning di Encik Boss, aku selalu on time...hehee..takut kena pecat lah katakan. Yelah, kalau kena pecat, matilah aku. Bukan senang nak cari kerja zaman sekarang ni. Yang fresh graduate tu berlambak tengah menganggur sebab takda kerja. Lagipun kalau aku dipecat, mestilah papa aku suruh kerja dekat company dia.

"Yana, dah pukul 12.30 ni. Jom lunch, aku lapar la", ujar Liana mematikan lamunanku.

"Dah lunch eh? Cepatnya masa berlalu" sempat aku kemaskan meja yang bersepah dengan kertas kerja sebelum mengekori Liana ke lif.

"Dah. Kau tu banyak termenung, memang la rasa cepat je masa berlalu", sindir Liana.

"Nak makan kat mana ni Liana??".

"Kau nak makan apa?"

"Ish kau ni, aku tanya kau, kau tanya aku balik. Tapikan, aku rasa nak makan nasi ayam la. Kau nak makan apa?"

"Aku ikut je mana-mana pun Yana. Asalkan dapat kenyangkan perut aku ni sudah".

"Baguslah orang macam kau ni Liana. Tak cerewet bab-bab makan ni. Kita ke kedai Makcik Nab lah kalau macam tu. Nak?", tanyaku pada Liana

" Okay"

"Naik kereta aku ajelah Liana. Kereta aku kat sana", tunding jariku ke arah kereta kesayanganku.

******

Nasi Ayam kedai Makcik Nab memang the Best. Satu-satunya kedai nasi ayam yang aku suka. Resepi nasi ayam turun temurun daripada nenek moyang katanya.

Setibanya di kedai Makcik Nab, kami disambut dengan senyuman oleh pekerja di situ. Dari jauh sudah kedengaran suara riuh rendah pelanggan-pelanggan yang makan di kedai itu. Aku dan Liana memilih meja yang berada di hujung kedai. Kerana hanya meja itu belum berpunya.

"Ramai sungguh orang harini kan Yana" ujar Liana menarik perhatianku.

"Ha'ah, harini kan isnin, biasalah tu Liana. Orang sanggup datang ke kedai ni, walaupun office diorng jauh."

"Ye tak ye lah Yana, sekarang kan waktu lunch. Memang ramai lah, lupa pulak."

"Kau ni, muda-muda dah lupa. Nanti dah tua macam mana la. Kot-kot lupa si faris tu laki kau", sakat aku pada Liana.

" Ish, ke situ pulak kau ni. Kau gi order dululah Yana. Aku nak gi tandas jap. Kau order untuk aku sekali eh. Nanti aku tunggu kau kat meja kita.

"Wokey Beb", aku angkat ibu jari tangan tanda setuju.

Apabila aku hendak memesan makanan, aku terlanggar seseorang menyebabkan air yang dipegang lelaki itu tumpah ke atas bajuku.

" Ops, sorry cik", lelaki itu meminta maaf.

"Tak a-pa", sebelum aku mendongak memandang wajah lelaki itu.

"Kau", serantak kami bersuara sehingga menarik perhatian beberapa orang pelanggan.

"Eh eh, kau lagi. Kau buat apa kat sini??kau follow aku eh??", hambur lelaki itu

" Aku jual ikan kat sini (sarcasm). Mestilah lah aku nak makan, inikan kedai makan. Ape ke bodoh soalan kau. Part yang follow kau tu, takde maknanye aku nak follow kaulah. Bukan anak menteri pun, nak  follow.", geram betul la mamat ni.

Mamat ni la yang sound aku tiga minggu lepas. Aku cam lagi muka berlagak mamat ni. Sakit hati pulak bila teringatkan peristiwa tu.

" Eh perempuan ni, mencabar kesabaran aku betul la. Kau mintak maaf sekarang, kau yang langgar akukan.

"What,no!!malas aku nak layan orang macam kau ni. Kau fikir kau punya maaf je, habis baju aku ni macam mana??kau nak ganti??habis basah", aku tunjukkan bahagian baju aku yang basah kuyup.

"Setakat baju beli bundle, 100 helai pun aku boleh ganti la"

Berlagak betul la mamat ni. Mentang- mentang aku pakai baju biasa-biasa, senang kau memperlekehkan aku. Aku bukan macam kau, bergantung kat duit daddy kau je. Belum sempat aku menjawab, Liana datang meredakan keadaan.

"Yana,apesal kau ni habis basah kuyup" tanya Liana

"Kau tanya mamat poyo ni, apa dia dah buat. Semua salah dia"

"Salah aku pulak. Kau yang langgar akukan. By the way kawan you ni yang dah langgar i. Lepastu air i tumpah kat baju dia" terang mamat tu kepada Liana.

"Saya mintak maaf bagi pihak kawan saya ni. Dia memang clumsy sikit" ujar Liana

"Liana, asal kau mintak maaf. Aku tak salah lah. Kau jangan layankan mamat ni"

"Kau tengok kawan kau, baik, tolong mintak maaf bagi pihak kau. Kau takdenye nak mintak maaf. Dahla tak mengaku salah, lepastu tak nak mintak maaf", sindir lelaki itu.

"Kau ni kan" belum sempat aku meneruskan kata-kata aku, Liana bersuara.

"Yana, dahla tu, orang pandang. Awak pun sama, dah besar, takkan tak boleh bertolak ansur" Liana menarik tanganku keluar dari kedai meninggalkan lelaki itu.

"So sekarang macam mana?", tanya Liana sambil menuju ke kereta.

"Macam mana apenye. Balik office lah. Takde mood aku nak makan" marah aku. Maaflah Liana, aku takde mood bila fikir pasal mamat tu. Nasib kaulah, ada kawan panas baran macam aku ni.

Vote and Comment!!!
Hatersloveyou
Shn :-)

Bila Aku CintaWhere stories live. Discover now