#8

356 8 1
                                    


HI Guys,

Just a short update from me!!!

XOXO :)


Sebulan telah berlalu. Segala persiapan perkahwinan aku serahkan kepada Mama Papa. Malas hendak ambil tahu, biarlah mereka yang siapkan. Aku hanya menurut sahaja apa kata Mama dan Papa. Penat sudah mata ini mengeluarkan cecairnya setiap malam selama sebulan. Hanya tinggal sebulan sahaja lagi sebelum majlis pernikahan aku berlangsung. Aku redha dengan ketentuan ALLAH S.W.T dan andai ini takdir aku, aku terima. Segala dendam dan ketidak puas hati aku terhadap Mama dan Papa beransur-ansur hilang ditelan waktu. Aku mengambil keputusan untuk terus tinggal di rumah Mama kerana Mama takut aku membuat keputusan yang tidak rasional.

Ketukan bertalu-talu di pintu bilik membuatkan aku berlari anak untuk membukanya. Daun pintu dikuak sedikit, kelihatan Mak Minah di hadapan pintuku sambil tersenyum.

"Ye, Mak Minah?Ada apa?" tanya aku kepada Mak Minah yang masih tersenyum memandangku.

"Err..Irfan ada kat bawah. Mama Yana suruh Mak Minah datang untuk panggil Yana. Katanya Irfan nk ajak Yana pergi fitting baju pengantin," ujar Mak Minah laju.

"Hari ini ke Mak Minah? Sekarang?" Mak Minah hanya menganggukkan kepala tanda betul. Aduh mamat stupido ni. Aku sudahlah tak ada mood. Dia ajak pula pergi fitting baju. Hehe, maka muncul lah idea untuk kenakan mamat sengal tu. Jangan main-main dengan Yana yang badmood.


******

Aku menuruni tangga dengan perlahan-lahan tak mahu kedatangan aku disedari oleh Irfan. Aku mengambil masa selama dua jam untuk bersiap sedangkan kebiasaannya aku hanya mengambil masa hanya 30 minit untuk bersiap. Sengaja memancing api kemarahan Irfan yang jelas terpancul di wajahnya yang mulus itu. Kelihatan Irfan gelisah di tempat duduk, mengerling ke arah jam tangan ROLEX sambil menanti kedatangan aku.

"EHEMM!!" suara aku menarik perhatian Irfan. Irfan mendongak memandang muka aku dengan muka yang bengis dan perasaan yang sukar aku gambarkan.

"Kau bersiap ke kau buat apa? Aku suruh cepat kan bersiap. Dua jam aku tunggu kat sini dan appointment untuk fitting baju tu sepatutnya setengah jam yang lalu. Tapi disebabkan kau aku terpaksa bagi alasan lambat. Malu kau tahu tak? Kerja kau menyusahkan aku je" omel Irfan sambil menuju ke arah kereta sport miliknya tanpa menunggu jawapan daripada aku. Aku mengekori Irfan dari belakang dengan perasan yang gembira kerana dapat kenakan Irfan.

Perjalanan ke Butik De'LaRossa mengambil masa setengah jam untuk sampai. Hanya lagu yang berkumandang di radio memecahkan kesunyian antara kami. Sejak tadi, Irfan hanya mendiamkan diri. Mungkin masih marahkan aku.

 Iphone X milik Irfan berbunyi kuat  menandakan ada panggilan masuk.

"Baby, where are you?" kedengaran suara perempuan manja di corong sebelah apabila Irfan menjawab panggilan tersebut.

"I dalam kereta ni sayang?Ada apa?" balas Irfan lembut.Ooo, dengan perempuan lain boleh pula engkau tergedik-gedik. Bila bercakap dengan aku macam bercakap dengan musuh. Eh tapi aku memang musuh dia pun. Hehhehe, lupa pula.

"Baby... You janji nak lunch sama-sama harini. Penat I tunggu you tau, tapi you tak sampai-sampai," alaaa gedik pula minah ni. Nak muntah kau tahu berbaby-baby bagai ni.

Aku terus memandang ke luar tingkap malas mahu mendengar perbualan sweet mereka. Buat sakit hati je.


HATERSLOVEYOU

SHN ;)

VOTE AND COMMENT BELOW!!!

Bila Aku CintaWhere stories live. Discover now