#10

418 8 1
                                    


"Sah" kata-kata keramat itu kedengaran di cuping telingaku. Air mataku terus jatuh berjujuran di kedua-dua belah pipiku. Perasaan ku kini terasa berat seperti awan yang menakung air. Perasaanku bercampur baur. Kelihatan mama begitu gembira kerana kini aku sudah menjadi isteri kepada Irfan Hazriq a.k.a, Mr.Stupido, lelaki yang aku benci. Lelaki yang membuatkan kehidupan aku huru-hara. Demi mama, aku harus kuat.

Mataku sempat bertentangan dengan anak mata Irfan. Susah ingin aku gambarkan perasaan Irfan ketika ini. Matanya seperti ada sesuatu yang hendak disampaikan kepadaku.

Irfan bangun dan bergerak ke arah aku bagi adat pertukaran cincin. Kami bertukar-tukar cincin dengan kekok kerana selama ini kami tidak pernah berpegangan tangan dan bersentuhan. Kami hanya pandai bergaduh.Hehehe. Harap-harap, takda orang perasan la, kami bagaikan anjing dengan kucing, mana sempat nak berbaik-baik bertanya khabar ni.

"Yana, cium tangan suami kamu tu,"  suara mama membuatkan lamunanku terhenti. Dihadapanku, aku lihat tangan Irfan sedia terhulur menanti kucupan daripada aku.

"Er,, mama perlu ke?" aku memandang mama dengan harapan mama membantuku.

"Subhana Allah, budak bertuah ni. Ditanya soalan macam tu. Mestilah perlu anak oiii. Bukan orang lain tu, suami kamu jugak," tetamu-tetamu semua pecah perut ketawakan aku. Kulihat Irfan tunduk sambil tersenyum sinis. Aku hanya mencebik tanda tidak puas hati.

Mama ni, buat malu aku je. Aku tanya je pun. Arghhhh, malunya. Sudahla dekat wedding sendiri.

Aku sambut tangan Irfan dan cium cepat-cepat sebelum mama mengarahkan Irfan untuk mencium dahiku pula.

Aduhai, dahi pula. Kenapa la ada adat macam ni. Arghh benci laa.

Irfan mengucup dahiku lembut sambil aku memejam mata. Bau perfume Irfan kuat menusuk ke dalam hidungku. Perfume apa ni dia pakai, wangi betul.

"Ehemmm," celah Irfan sambil matanya memerhatikan aku. Aku hanya menjeling tajam.

******

Seusai majlis bertukar-tukar cincin, kini tibalah masa untuk bergambar. Alamakk, bergambar pula, aku sudahlah tak suka rapat-rapat dengan mamak tu.

Jurugambar memberikan isyarat supaya aku dan Irfan berdiri rapat untuk sesi bergambar.

"Pengantin boleh berdiri rapat sedikit tak, jauh sangat ni," ujar Jurugambar sambil membaiki lensa kameranya.

Ish, banyak betul songeh kau Jurugambar. Kalau bukan kerana mama, tak nak aku bergambar, lagi-lagi dengan mamat ni.

" Pengantin lelaki boleh pegang pinggang penggantin perempuan tak? supaya gambar ni nampak lagi romantik," arah Jurugambar. Amboi-amboi kau main arah-arah pula, tak lama aku hempuk kepala kau ni. Belum sempat aku menyuarakan ketidak puashati aku terhadap Jurugambar, Irfan memeluk pinggangku sambil berbisik.

" Kau jangan nak buat hal eh, Aryana. Lagi cepat kau bagi kerjasama, lagi cepat kita boleh buat hal masing-masing. Ha lagi satu, SENYUM. Muka kau dah macam ayam berak kapur kau tahu tak bila kau buat macam tu," sempat aku menyiku perut Irfan tanda marah.

" Aryana, tak baik buat suami macam tu," tegur Mama dari jauh.

" Ye sayang, tak baik buat Abang macam ni," usik Irfan dengan nada yang manja sambil matanya berkata play along with it Aryana.

" Okay Abang, sayang minta maaf ya," Eeeeww, geli aku bersayang-sayang. Kau ingat kau comel. Kalau tak kerana Mama dan Mummy yang tengah perhati, tak nya aku nak bersayang dengan kau. Ishhh, lagipun kenapa la mama berpihak kepada Irfan ni. Baru aja jadi menantu kot, dah pinggirkan anak kesayangan dia.

Dari jauh Mama dan Mummy tersenyum puas melihat gelagat kami. Papa dan Daddy pula rancak berborak mengenai perniagaan mereka tanpa menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka. Abang-abangku pula sibuk melayan tetamu yang datang dan menyambut kedatangan kawan-kawan mereka.

******

Aku berharap keputusan aku bernikah dengan Irfan ini tidak salah. Aku harap keputusan aku ini dapat membuatkan Mama dan Papa bahagia walaupun aku sendiri tersiksa. Zarul, kenapa kau tinggalkan aku saat kita bahagia? Hanya demi perempuan yang baru kau jumpa. Mungkin kalau kau masih bersama aku, mungkin hari ini kau yang menjadi teman hidupku bukan Irfan. Kau janji yang kita akan sehidup semati. Tapi, kau tipu Zarul! Mana janji kau nak kahwin dengan aku.


" Yana, nanti kita kahwin, Yana nak pelamin macam mana? Baju macam mana?" tanya Zarul kepadaku.

" Erm, Yana nak perkahwinan kita tu simple je. Pelamin ada bunga-bunga sikit kat tepi. Ala-ala taman. Kalau baju nak warna putih, macam bidadari," senyum aku kepada Zarul.

"Anything for my beautiful angel," ucap Zarul sambil matanya memandang mataku dengan penuh kasih sayang.


Tanpa aku sedari, air mataku mengalir deras di pipi kananku setelah mengimbau kenanganku bersama Zarul. Tipulah kalau aku cakap aku tidak sayangkan Zarul. Namun apa yang dia lakukan kepadaku ini, sungguh sakit. Susah untuk aku lupakan. Sedikit demi sedikit, rasa sayang aku terhadap Zarul semakin pudar.

"Ehem. Asal kau menangis ni? Bahagia dapat kahwin dengan aku?" perli Irfan apabila menghampiri aku di balkoni bilik. Ish mamat ni, bila dia masuk bilik aku.

Aku hanya mendiamkan diri. Malas untuk bertekak dengan Irfan. Irfan memegang kedua-kedua bahuku lembut dan mamalingkan badanku menghadap dirinya setelah sedar bahawa aku menghiraukannya.

"Kau menangis sebab aku? atau kau menangis sebab terpaksa tinggalkan boyfriend kesayangan kau?"

"Aryana, macam mana kalau aku buat perjanjian dengan kau. Bagi masa setahun untuk aku dapatkan jawatan CEO di company Daddy, dan selepas setahun, aku akan ceraikan kau. Dalam masa setahun ini kau tak boleh sukakan aku, dan kita tidak boleh bersama seperti pasangan lain." Ujar Irfan serius.

Aku hanya menggukkan kepala tanda setuju. Mungkin ini peluang aku untuk bebas.

"Syarat lain?" tanyaku kepada Irfan.

"Kau tak boleh masuk campur urusan peribadi aku dan aku tak akan masuk campur urusan kau. Bermakna kau tak boleh larang aku keluar dengan sesiapa pun yang aku nak. Kita tak akan tidur di dalam bilik yang sama dan jadi pasangan seperti pasangan lain. Faham?" angguk ku sedikit tanda faham.

"Apa yang aku dapat daripada perjanjian ni?" tanyaku musykil.

"Kau akan dapat pampasan daripada aku setelah kita bercerai, dan kebahagiaan kau sendiri."

Okay deal. 

"Lagi satu, depan our parents, we will act like a loving couple. Kau akan panggil aku Abang dan aku akan panggil kau Sayang. Perjanjian ini akan bermula minggu hadapan bila kau berpindah di rumah aku. By the way nice room, sesuai dengan kau yang perangai macam budak-budak." kutuk Irfan sambil berlalu pergi meninggalkan bilik aku yang bertemakan Hello Kitty.

Argghhhh.

What have you gotten yourself into, Aryana!!

Buat perjanjian dengan the Devil sendiri. Aduhai, tapi aku akan pastikan aku akan menang. Wait and see, Mr Stupido.


Vote and Comment!!

HatersLoveYou

Shn :)

Bila Aku CintaWhere stories live. Discover now