Perjalananku ke pejabat hanya mengambil masa selama 10 minit memandangkan rumahku berhampiran dengan pejabat. Pandai tak aku pilih area. Hehee. Aku memakirkan kereta kesayangan di tempat parking yang disediakan khas untuk aku. Macam VIP pulak, acewah.Dengan kalut aku keluar dari perut kereta dan menuju ke pintu utama company.
Sebelum sempat aku menarik pintu, pintu dah terbuka dan mengenai muka aku menyebabkan aku jatuh terduduk.
"What The Fish", aku mengaduh menahan sakit sambil memegang dahiku yang sakit.
"Mata kau letak mana,hah?", ujar satu suara tak dikenali.
Aku mendongak memandang empunya suara tadi. Mak aii!! handsome gila mamat ni, cair aku dibuatnya. Maklumlah, tuannya tinggi, muka pula ala-ala omputih, hidung mancung, putih melepak macam Edward Cullen, pendek kata 'perfect' gila. Ibarat terkena pukau bila aku memandangnya.
Eh kejap Yana, bukan suara mamat ni ke yang main sound-sound kau. Haah,yelah. Aku tarik balik la kata-kata tadi. Sedap je dia main sound-sound orang. Pirrahh,poyolah kau Mr Stupido. Dia ingat dia handsome (memang pun) boleh nak sound orang macamtu. Aku bermonolog sendiri.
"Ish ish, dahla buta, pekak pulak tu", dengus lelaki becermin mata hitam itu.
" Kau pehal hah, main sound-sound orang. Bukannya nak mintak maaf. Kau tu yang bukak pintu tak tengok orang. Nak marahkan aku pulak. Sakit dahi aku ni tak hilang lagi tau. Kau punya pasal lah ni, stupido".
" Wah, kasar bahasa kau perempuan. Yang kau jalan pakai kepala lutut tu apesal. Clumsy sangat kau ni. Padan muka", eih mamat ni, aku keluarkan jurus-jurus yang aku pelajari masa Taekwando dulu kan. Haa, tak pasal-pasal mata kau pulak yang lebam wahai Encik Stupido.
"Dahlah, tepi. Aku nak masuk", aku bingkas bangun dan sempat aku menolak bahu mamat tu sehingga dia terdorong ke tepi. Baru puas hati aku.
Pertengkaran kecil kami itu berjaya menarik perhatian orang ramai yang berada di sekitar.
Tidak ambil peduli, aku terus menuju ke lif dan menekan butang 6 dimana tempat aku bekerja.
"Ting", aku melangkah keluar daripada lif apabila destinasi aku telah sampai dan disambut oleh Liana yang wajahnya masam mencuka.
"Kau apehal ni der, muka macam ayam berak kapur je aku tengok", usikku pada Liana.
"Ha, datang pun kau. Ingatkan dah ke planet Pluto. Ni semua salah kau lah ni, habis aku kena marah di boss kesayangan kau tu", ujar Liana
"Laa, apa salah aku pulak?", ujarku bingung.
"Yelah, kau datang lambat. Tadi boss cari kau. Kau takda, mengamuk la orang tua tu dan yang paling best, aku yang tanggung tau", perli Liana kepadaku.
"Yeke beb, sorry weh, tak tau la pulak kau yang kena".
Belum sempat Liana membalas, Natasha selaku setiausaha Encik Yusof memotong.
" Jumpa pun u Aryana. Boss panggil", ujar Natasha
" Sekarang ke boss nak jumpa i", tanyaku sambil memandang ke arah Liana.
"Ya, sekarang. Cepat sikit tau, angin boss tak berapa baik pagi ni", seram sejuk aku dibuatnya bila mendengar ayat Natasha.
Yelah, Encik Yusof tu boss yang paling garang abad ini. Kalau dia takda mood, habis semua orang dimarahnya tak kira kau buat salah ke tak.
Aku hanya mampu memberikan senyuman palsu kepada Natasha manakala jelingan maut kuberikan untuk Liana.
******
Gambar di atas - Office Encik Yusof
Beberapa kali aku mengetuk pintu bilik En.Yusof.
"Masuk", sahut En.Yusof
"Boss panggil saya?", aku buat-buat bingung. Sebenarnya aku tahu tujuan En.Yusof memanggilku.
"Ya, saya panggil awak. Awak tengok dah pukul berapa Aryana?Baru sekarang nak masuk Office. Awak ingat ini Office Atuk awak punya ke yang sesuka hati aje nak masuk lambat", bertalu-talu ayat yang keluar daripada mulut En.Yusof. Marah sungguh Boss aku ni.
"Maaf Boss", ujar aku sambil menunduk. "Saya tertidur selepas subuh tadi. Nasib ada Liana yang telefon kejutkan saya", alasanku
"Itu ajelah alasan awak. Dah bernanah telinga saya ni, asyik dengar alasan yang sama je daripada awak. Nak kerja ke tak nak?. Ni last warning saya kasi kat awak. If one more time this happen, you're fired. Understand Aryana", suara En. Yusof meninggi.
"Fa-faham Boss", terketar-ketar aku menjawab. Ha,tau takut.
"Lagi satu, proposal yang semalam dah siap ke belum?", tanya En.Yusof
"Dah"
"Nanti hantar, saya nak check", ujar En.Yusof sambil menyambung semula kerjanya.
"Baik Boss, kalau takda apa-apa saya keluar dulu".
"Urm", hanya itu jawapan En.Yusof.
Vote and Comment!!
Hatersloveyou
Shn :)

ANDA SEDANG MEMBACA
Bila Aku Cinta
Storie d'amoreAryana Hanna, seorang gadis ceria dan happy go lucky terpaksa berkahwin dengan Irfan Hazriq a.k.a Mr.Stupido iaitu musuh ketatnya. Tatkala bahagia mula menyinggah, badai taufan melanda hubungan mereka. Ikuti kisah Ms. Clumsy dan Mr. Stupido dalam ki...