#4

563 25 2
                                    



Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang dan semua kerja sudah aku selesaikan. Esok pula cuti jadi aku membuat keputusan untuk pulang ke rumah mama. Sudah sebulan aku tidak menjejakkan kaki ke rumah mama. Maklumlah sibuk katakan. Rindu yang membuak-buak kepada mama dan papa tidak lagi dapat ditahan. Dari jauh sudah kelihatan banglo mewah berwarna putih milik Dato Sri Haji Hamid. Masuk sahaja di perkarangan rumah mama, aku terus turun daripada kereta dan meluru ke belakang rumah untuk mencari Pak Berahim. Pak berahim merupakan tukang kebun kami yang sudah berkhidmat lebih dari 10 tahun. Aku pun dah anggap Pak Berahim ni macam keluarga sendiri. Susuk tubuh Pak Berahim kelihatan di celah-celah pokok bunga yang ditanam mama.

"Ghahhhh,Pak Berahim,sihat tak?",sergahku mengejutkan Pak Berahim yang sedang leka membuat kerja-kerja menggunting pokok.

"Opocot, dewi makan bulan", latah Pak Berahim. Tergelak aku dibuatnya dengan keletah Pak Berahim.

"Eh kamu ni Yana, terkejut Pak Berahim. Ingatkan siapa lah tadi main sergah macam tu aje. Lain kali berilah salam. Kamu tu perempuan, sopanlah sikit", bermula la episode ceramah Pak Berahim, gumamku dalam hati. Aduh, kenapalah aku lupa nak beri salam, kan dah kena ceramah free tu. Padam muka aku. Hahaha, sempat aku mengelamun

"Kamu dengar tak ni Yana?"

"Hah, dengar-dengar Pak Berahim", jawabku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Bila kamu sampai ni, dah makan? Kalau belum, Pak Berahim boleh suruh mak Minah kamu masakkan".

"Baru aja sampai Pak Berahim. Tak payah la susahkan mak minah, Yana pun dah makan tadi sebelum datang sini. Mama mana Pak Berahim? Kereta mama tak ada pun kat luar tu. Kereta papa pun tak ada tu. Papa outstation eh?",

" Mama kamu rasanya tadi dia ada cakap nak jumpa kawan dia. Papa kamu memang outstation, malam nanti dia balik".

"Oh, tak apalah kalau macam tu, Yana masuk dalam rumah dulu", aku berlalu pergi meninggalkan Pak Berahim. Mama ni, ingatkan balik awal boleh la jumpa mama, mama pulak takde. Itulah kau Yana, siapa suruh balik tak bagitahu mama. Terpaksa tunggu mama balik dahla rindu sangat dengan masakan mama. Asam pedas mama paling 'the best in the world', no one can replace it.

Aku terus meluru ke bilikku dan merebahkan badanku di atas katil yang bercadar pink. Rindunya kat bilik ni, itu baru sebulan tak balik, rindunya macam dah 10 tahun tak balik. Tiba-tiba mataku terpandang kotak merah di atas almari. Kotak itu menjadi saksi cinta aku dan Zarul selama empat tahun dan kotak itu juga menjadi saksi berakhirnya cinta kami. Aku gagahkan diri mencapai kotak itu dan membukanya.

Di dalamnya ada gambar-gambar bersama sepanjang kami kenal, cincin pemberian Zarul semasa majlis graduasi aku dan surat-surat cinta kami. Betapa peritnya ditinggalkan oleh orang yang sangat kita cintai.



Flashback

"Ada apa zarul nak jumpa Yana malam-malam ni", tanyaku pada zarul sambil melihat jam yang menunjukkan sudah 10 malam.

"First of all, zarul nak minta maaf sangat-sangat dekat sayang, sebab apa yang zarul akan cakap ni mampu membuatkan sayang membenci zarul seumur hidup sayang", aku sudah gelisah dan berdebar-debar dengan apa yang hendak diperkatakan oleh zarul.

"zarul nak cakap apa?".

"Zarul sebenarnya nak minta putus"

"What??Zarul, sampai hati buat Yana macam ni. Lagi sebulan kita nak tunang. Kenapa zarul, kenapa? Yana masih tak cukup baik ke untuk Zarul?", air mata mula mengalir keluar. Tak mampu untuk terima kenyataan.

"Maafkan Zarul sayang. Zarul dah tak mampu nak teruskan hubungan ini dan Zarul sudah jumpa orang yang mampu membahagiakan hidup Zarul", ujar Zarul. Aku terus memandang muka Zarul dengan perasaan benci.

"Sanggup kau ye Zarul, aku sayang kau sepenuh hati aku, tapi apa aku dapat sebagai balasan. Hah?Cuba kau cakap dan kau sanggup tinggalkan aku untuk perempuan yang baru kau kenal. Kau lelaki jenis apa ni?", tersentak Zarul apabila nada percakapan dan bahasa aku telah berubah.

"Sayang, I'm sorry. Please jangan benci Zarul",

"Sorry kau cakap? Sorry sorry boleh naik lori la. Puihh, senang je kan kau minta maaf and sorry to say bro, aku takkan terima maaf kau sampai bila-bila. Aku doakan, apa yang kau buat kat aku ni, jadi kat kau nanti. Selepas ni, jangan cari aku lagi", aku terus beredar meninggalkan Zarul. Padam muka dia.

End of Flashback

Ketukan pintu bilik membuatkan aku tersedar daripada lamunanku. Terdengar suara mama di balik daun pintu itu. 

"Yana sayang, mama ni", ketukan pintu masih kedengaran. aku bingkas bangun daripada katil menuju ke pintu untuk membuka pintu sambil-sambil mengesat air mata yang mengalir tanpa aku sedari.

"Ya mama".

"Hai anak mama, rindunya mama dekat anak mama ni. Sayang dah makan? kalau tak mama boleh masakkan?", tanya mama

"Tak apalah mama, dah lewat ni, mama pun baru balik, mesti letih kan"

"Okaylah kalau macam tu. Ni mama nak cakap, malam esok kawan mama nak datang. Yana pakai cantik-cantik ya", aik, kawan mama yang nak datang, kenapa pula aku yang kena cantik. Tak apalah, bersangka baik sudah 

"Baiklah mamaku sayang, anakmu menurut perintah", heheee, sempat mama mengangkat thumbs up sebelum berlalu pergi.

Vote and Comment 

Hatersloveyou

Shn :)

Bila Aku CintaWhere stories live. Discover now