Bau nasi goreng tomyam kegemaranku menusuk ke hidung. Tanpa membuang masa aku bingkas bangun daripada katil dan terus meuju ke dapur. Jam menunjukkan pukul 8 pagi, seperti kebiasaanya Papa sudah pun sedia ada di meja makan sambil membaca surat khabar.
"Morning mama, papa", ucap aku dengan nada gembira.
"Morning Princess",gumam papa sambil mata tidak beralih daripada surat khabar kegemarannya iaitu Berita Harian.
"Morning sayang, mama buat nasi goreng tomyam kegemaran Yana ni. Anak mama dah mandi belum ni? Macam tak mandi lagi, masam je bau", sindir mama
"Heheheee, belum!! macam mana mama tahu ni?", soal aku
"Alah, kamukan anak mama, of course la mama tahu. Apa punya soalan laa".
"Mama kamu tu ahli nujum Pak Belalang kalau kamu nak tahu Yana. Semua benda dia tahu", sambung papa sambil mata membaca surat khabar
"Ish abang ni, kesitu pulak, ada ke kata mama macam tu. Kalau mama ni nujum Pak Belalang, mama dah tahu semua gerak geri Abang tu keluar pergi mana tau", rajuk mama sambil matanya dikerlingkan ke arah papa. Papa hanya diam membisu, malas nak layan mama la tu.
"Aduh, sweetnya mama papa ni. Bahagia je Yana tengok"
"Kalau nak macam kami ni, kahwin la cepat-cepat. Mama pun tak sabar nak dapat cucu ni. Maklumlah kami berdua ni pun dah tua Yana, kamu pun bukan budak lagi.", Adehhh, mama cakap pasal kahwin lagi. Topik kahwin ni selalu je timbul masa-masa macam ni. Agaknyaa, kalau aku tak kahwin lagi sampai umur 30 tahun, selama tu la topik ni wujud.
"Nak kahwin apa nya mama, calon pun takde lagi ni. Bukannya ada orang nak dekat Yana ni", ujar aku sambil mencebik
"Takde orang nak konon, padahal dia tu yang jual mahal", sempat lagi mama memerli aku.
"Sebelum mama lupa, mama nak minta tolong yana ni, temankan Mak Minah pergi ke pasar beli barang basah. Mama nak masak untuk tetamu kita malam ni. Nanti mama berikan senarai barangan yang nak dibeli tu ya"
"Boleh je mama, lagipun Yana nak ke kedai buku, nak cari bahan bacaan sikit".
********
"Segarnya ikan kat sini Mak Minah", aku memilih beberapa ekor ikan Siakap yang dipesan mama.
"Biasalah Yana, ikan ni semua ikan yang baru ditangkap nelayan dan dibawa terus ke sini".
"Ooo, faham-faham. Haa, Mak Minah, siapa tetamu yang nak datang rumah malam ni? Mak Minah tahu tak? Mama tak nak beritahu Yana laa sebab itu tanya Mak Minah", tanyaku sambil memilih ikan-ikan lain. Mak Minah hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu.
Seusai membeli barangan di pasar, aku ke kedai buku berhampiran. Aku memilih buku Margasatwa untuk dibaca nanti. Aku bergerak ke kaunter pembayaran namun secara tiba-tiba seseorang terlanggar bahuku membuatkan aku jatuh terduduk untuk kali yang kedua.
"Aduh, ini dah dua kali aku jatuh terduduk kat lantai. Agak-agak apalah dosa aku ni sampai asyik terjatuh je. Lain kali jatuh la kat sofa ke kat katil", gumamku.
"Kau lagi perempuan", sebelum sempat aku bangun daripada tempat 'kegemaranku itu' a.k.a. lantai, kedengaran suara lelaki memarahiku. Aku terus mendongak ke atas untuk melihat siapakah gerangan lelaki yang tak puas hati dengan aku.
Berkaca mata hitam, berkemeja putih dan berseluar slack, rupa-rupanya mamat sengal tu a.k.a. Mr Stupido. Segak pulak mamat ni harini. "Aduh Yana, kau memang tak boleh tengok orang kacak sikit, mula la gatal. Sedarlah, dia tu musuh kau", sempat aku bermonolog sendiri.
"Asal kau tolak aku?Opps lupa, kau buta sebab tu dalam kedai pun bercermin mata hitam", sengaja aku tekankan part 'BUTA' kepada mamat sengal tu. Haa, silap orang la kau nak cari gaduh. Aku pandang ke sekeliling, semua mata tertumpu ke arah kami.
"Malaslah nak layan perempuan macam kau ni. Buang masa aku je", mamat sengal itu berlalu pergi.
"Bukannya nak minta maaf mamat ni. Berlagak betul, puihh. Malangnya orang yang jadi isteri kau nanti", aku terus beredar dari situ tanpa menghiraukan orang lain.
This time story yang aku update ni agak pendek sedikit (sorry). I have a problem, di mana aku terdelete beberapa part dan aku terlupa nak save :-( menyebabkan semua hilang. Oleh kerana itu, aku terpaksa MENULIS semula.
Shn :)
HatersLoveYOU
Vote and Comment!!!!

ANDA SEDANG MEMBACA
Bila Aku Cinta
RomansaAryana Hanna, seorang gadis ceria dan happy go lucky terpaksa berkahwin dengan Irfan Hazriq a.k.a Mr.Stupido iaitu musuh ketatnya. Tatkala bahagia mula menyinggah, badai taufan melanda hubungan mereka. Ikuti kisah Ms. Clumsy dan Mr. Stupido dalam ki...