3 bulan kemudian..
Incheon Internasional Airport
Rose menghembuskan nafas lega kerana dia sudah selamat tiba di Korea. Dia menarik menghirup udara yang segar dengan senyuman yang paling indah di bibir.
Hanya ada satu perkara yang berlegar-legar di dalam kotak fikirannya. Mingyu. Dia perlu mencari Mingyu sekarang. Sudah lama dia tidak mendengar khabar dari Mingyu kerana dia sendiri pergi meninggalkan Mingyu secara tiba-tiba.
Tanpa membuang masa, dia menarik bagasinya dan setelah teksi yang ditahannya berhenti.
"Encik, tolong bawa saya ke alamat ni. " Rose menghulurkan sekeping kertas yang tertulis alamat rumah Kim's Family. Rose tidak tahu bahawa Mingyu telah memiliki rumah yang sendiri.Teksi tersebut mula meluncur laju di atas jalan raya. Sepanjang perjalanan.. Rose tercari-cari alasan yang akan diberikan kepada Mingyu mengapa dirinya meninggalkan Mingyu. Rose tidak akan beritahu tentang dirinya yang sebenar kepada Mingyu.
ⓢⓢⓢ
"Mingyu! " jerit Rose dari luar pagar kediaman Kim's Family sambil tangannya menekan loceng beberapa kali.
Puan Kim yang sedang bercucuk tanam di kebun mini di belakang rumahnya terdengar jeritan seseorang.
Puan Kim menanggalkan sarung tangannya lalu ditelakkan ke tepi. Dengan langkah yang segera, Puan Kim berjalan ke pagar rumahnya.
Wajahnya berkerut melihat gerangan yang masih dia tidak pasti kenapa.
Puan Kim terkejut melihat Rose yang sedang menunggu di luar pagar.
"Rose? "
"Aunty!! " Rose tersenyum.
Puan Kim membuka pagar yang kecil lalu menjemput Rose masuk. Walaupun Puan Kim tidak berkenan dengan Rose, dia tetap melayan Rose dengan baik kerana dia tidak mahu menyinggung hati sesiapa.
"Aunty! I miss you. " Rose lantas mendapatkan Puan Kim lalu berlaga pipi dengan Puan Kim.
"Jom masuk. " kata Puan Kim.
Rose membuntuti Puan Kim masuk ke dalam rumah.
Dengan sopan Rose duduk di atas sofa.
"Bila Rose balik sini? " soal Puan Kim sambil membawa segelas jus.
"Baru je tadi. Lepas turun flight.. Rose terus datang sini. "
"Ouh" Puan Kim tersenyum simpul lalu mengambil tempat di hadapan Rose.
Mata Rose melilau melihat sekeliling rumah seperti sedang mencari seseorang.
"Hmm.. Aunty. Mana Gyu? "
Riak muka terus Puan Kim berubah.
"Mingyu? O-ouh.. Hmm Mingyu dah tak tinggal dengan aunty. " Puan Kim tergagap kerana Rose tidak tahu yang Mingyu telah berkahwin 3 bulan lepas.
"Ouh.. Macam tu.. Sekarang dia tinggal kat mana? " soal Rose lagi.
"Kau nak apa lagi dari dia?! Tak cukup kau dah buat dia tertunggu-tunggu kau macam orang gila? Kau pergi macam tu je tanpa berita. Kau tau tak dia risau pasal kau?! " Taehyung yang baru turun dari biliknya tiba-tiba tegas. Dari tadi dia perhatikan Rose. Geram melihat wanita itu setelah apa yang telah dia buat pada Mingyu.
Rose tersentak.
"T-taehyung? " membuntang mata Rose. Dia ingat Taehyung masih berada di luar negara.
"Kau memang tak guna. Selepas kau taruh harapan dekat Mingyu, kau pergi macam tu je. Kau tahu tak, sebab kau dia hampir hilang dari dunia ni! Kau tau tak?!! " getar satu badan Taehyung menahan marah.
Bahu Rose terhinjut tatkala mendengar amarah Taehyung. Begitu juga Puan Kim yang turut terkejut.
"A-aku tak sengaja. " Rose menundukkan mukanya.
"Tak sengaja? Heh! Alasan bodoh. Tak payah cari dia lagi. Dia dah-"
"Taehyung!! " Puan Kim menjerit untuk menghentikan Taehyung.
Kata-kata Taehyung terhenti di situ. Taehyung menghembuskaska nafas kasar.
"Biar Rose sendiri yang settlekan dengan Mingyu. Biar Rose tahu sendiri semuanya dari mulut Mingyu. " kata Puan Kim sebelum dia melangkah pergi dari ruang tamu.
Rose tidak faham dengan situasi sekarang ni.
"Okay. Kau boleh berambus dari sini. Jangan datang sini lagi dan jangan buat masalah lagi. " Taehyung menjeling Rose lalu pergi dari situ.
Dengan perasaan yang bercampur baur, Rose keluar dari kediaman Kim.
Bersambung...🌴🌴🌴
♬Blackpink Ddu du Ddu du ♬
♬Forever Young♬😘😘😘
YOU ARE READING
[✔]Only You(K.M & K)
FanfictionMingyu telah memulakan kehidupan baru bersama Kyulkyung. Namun, tidak lama kemudian kekasih lama Mingyu datang dan mengganggu kehidupan Mingyu.