♪3♪

44 2 0
                                    

Ruang Tamu Kim's Family

"Jemputlah duduk Kyul. Ahjumma panggil Kyul je lah.. Senang nk sebutnya. "Kata Puan Kim serentak membetulkan alas meja yang kecil di ruang tamu.

"Panggil Kyul pon boleh, ahjumma. "Kyulkyung tersenyum lalu melabuhkan punggung di sofa bersebelahan Mingyu. Encik Kim duduk di hadapan mereka.

"Sembang dulu, omma nak buat kedapur buat air. "Baru Puan Kim hendak melangkah ke dapur, tiba-tiba Kyulkyung bersuara.

"Ahjumma, biar saya tolong. "Kyulkyung bangun semula dari kedudukannya. Puan Kim tersenyum lebar lalu mengangguk kepala. Kyulkyung membuntuti Puan Kim ke dapur.

Puan Kim and Kyulkyung pov

"Wah.. Ahjumma suka buat kek? "Kyulkyung terliur melihat kek coklat yang dibuat oleh Puan Kim.

"Jangan panggil ahjumma lah.. Panggil omma. Omma suka buat kek, cookies, dessert. Masak pon jadi hobi omma. "Kata Puan Kim sambil menambah sedikit hiasan pada kek coklatnya.

"Okay ah- ehh, mianhae. Okay omma. Hmm Kyul pon suka buat kek, tapi selalu tak jadi.. Hmm" Kyulkyung meluahkan kan rasa kecewanya.

"Ya? Haih.. Takpe.. Nanti omma ajar supaya Kyul dapat buat kek yang sempurna" Puan Kim ketawa kecil.

"Jeongmal? Wah! Nak-nak! "Kyulkyung terlompat kecil seperti kanak-kanak mendapat gula-gula. Melihat telatah Kyulkyung, Puan Kim ketawa. Punyalah excited si Kyulkyung ni.

"Omma, nak buat air apa eh? " soal Kyulkyung.

"Tak payah buat air, Kyul buka peti ais tu, ambil sekotak jus oren. Tuang dalam gelas. Senang je." kata Puan Kim sambil membawa keknya yang sudah dihias dan diletakkan di atas meja makan.

"Okay, omma. " Tanpa membuang masa, Kyulkyung mencapai empat buah gelas dilettakkan di atas meja dan membuka peti ais lalu mengambil jus oren. Perlahan-lahan dia menuang jus ke dalam gelas.

"Kyul dah lama ke kenal Mingyu? " Soal Puan Kim.

"Hm.. Takde lah lama sangat. Dalam 7 bulan yang lalu.. Kami dulu satu sekolah waktu SMA. Satu kelas lagi. Tiba-tiba pula dapat jumpa balik dengan Mingyu. " Kyulkyung melabuhkan punggung di kerusi.

"Ouh, lama lah juga tu... Tu la orang kata, kalau dah jodoh tak kemana pon. Dulu Mingyu pernah bawa bekas kekasih dia jumpa omma, tapi omma tak berkenan dengan perempuan tu. " kata Puan Kim.

"Perempuan? Sapa, omma? " Kyulkyung mengerutkan dahi.

"La.. Mingyu tak bagitau kamu ke? "

Kyulkyung menggeleng.

"Nama dia Rose. Tapi omma tak tahu lah mana dia sekarang ni. Dah lama tak datang sini. " Puan Kim menjelaskan kepada Kyulkyung.

Kyulkyung mengangguk kecil tanda dia faham.

"Omma... Dah siap ke air? Lamanya.. "Suara Mingyu kedengaran sampai ke dapur.

"Ya!! Dah siap. Kejap ya! " sahut Puan Kim dari dapur.

"Terlanjur pulak bersembang. Jomlah pergi ruang tamu. "Puan Kim mula berdiri.

"Tulah... Kalau boleh nak je sembang sampai esok" Kyulkyung ketawa sambil membawa dulang berisi jus oren dan beberapa potong kek.

End Pov

Kyulkyung meletakkan dulang tersebut dengan berhati-hati ke atas meja kaca yang cantik di hadapan mereka. Selepas itu, dia duduk disebelah Mingyu.

Sebaik sahaja Kyulkyung duduk, Mingyu terus mencapai jari-jemari Kyulkyung lalu digenggamnya erat.

"Omma, Mingyu nak bagitau something kat omma dan appa" kata Mingyu dengan senyuman yang menampakkan gigi taring yang kecil.

"Apa dia? " berkerut dahi Puan dan Encik Kim.

"Mingyu nak kahwin dengam Kyulkyung" semakin lebar senyuman Mingyu.

"Wah... Betul ke? Omo! " Puan Kim berasa amat teruja. Kyulkyung mempamerkan senyuman gembira campur malu.

"Baguslah... Anak appa ni kahwin je cepat-cepat. Duit dah banyak. Tak payah membazir beli yang bukan-bukan. Baik gunakan duit untuk sara keluarga. " Encik Kim juga turut bersetuju.

Mingyu dan Kyulkyung saling berpandangan dan tersenyum penuh makna kerana gembira apabila direstui.

"How about Kyulkyung family's? " soal Puan Kim.

"Family Kyul okay je.. Dah restu dah pon. Nanti waktu hari perkahwinan, mama and papa datang korea." kata Kyulkyung.

Encik dan Puan Kim mengangguk kepala.

"Pasal tarikh perkahwinan, omma and appa jangan risau. Mingyu dah tetapkan. Tinggal nak buat persiapan je. Omma boleh tolong Gyu? " soal Mingyu kepada puan kim.

"Ehh boleh,Gyu. Omma lagi suka bab deco ni. Nanti omma upah orang untuk bantu buat deco. Omma tempah dewan ya. Senang sikit." kata puan kim.

"Boleh,ma. Asalkan siap persiapan kahwin. Gyu dengan Kyul tinggal pilih cincin,baju kahwin, dan apa² yang patutlah." kata Mingyu. Terasa lapang dada apabila ommanya hendak membantunya.

Mereka menghabiskan masa minum petang dengan rancangan dan aturan tentang perkahwinan Mingyu dan Kyulkyung.

Bersambung...

[✔]Only You(K.M & K)Where stories live. Discover now