"Aku masih ingat kejadian semalam, Taehyung. Kau yang tak guna. Heh. Senang² je kau cakap aku tak guna. Bodoh. Tapi tak apa... Kau tak tahu aku sapa. Kau orang seterusnya yang aku akan bunuh. " Rose memegang sebilah pisau dengan riak mukanya yang sedang menahan geram. Matanya giat memerhatikan setiap sudut pisau yang tajam itu. Dalam fikirannya, pelbagai cara untuk membunuh Taehyung.
"Mingyu-mingyu. Mana kau pergi ha? Aku rindu kau. Maaf.. Aku tinggalkan kau. Aku memang selfish.. " kali ini Rose membelek- belek foto Mingyu yang tersusun tapi dia atas meja solek. Dia mengukirkan senyuman.
ⓢⓢⓢ
Mingyu berjalan ke hulu hilir di dalam biliknya. Tidak tentu arah. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Sayang.. Kenapa ni. Dari tadi tak duduk diam. Kejap ke sana kejap ke sini. Kenapa? Hm? " soal Kyulkyung. Dahinya berkerut.
Mingyu memandang Kyulkyung. Senyuman kecil diberi. Dia duduk disebelah Kyulkyung. Jari jemari Kyulkyung digenggam.
"Dia dah datang"
"Dia? Maksud awak? "
"Rose. Ex saya"
Bertambah kerut dahi Kyulkyung. Kemudian dia ketawa kecil.
"Kenapa dengan dia? Biarlah dia dah balik sini pon. Apa lah awak ni. "
"Tapi saya serius. Saya takut dia apa² kan awak bila dia tahu kita dah kahwin. "
"Kenapa dia nak apa²kan saya? Hm saya ada buat salah ke? "
"Awak tak tahu. Dia Psycho. "
Kyulkyung tersentak.
"M-mana awak t-tahu? "
"Saya tahu. Saya kenal dia. Saya kenal family dia. Cuma dia cuba rahsiakan semua ni dari saya. "
"Kalau awak tahu...kenapa awak bercinta dengan dia dulu? "
"Waktu saya bercinta dengan dia... Dia okay. Masa tu saya tak tahu yang dia sakit. Dia nampak normal waktu tu. "
"Ouh.. J-jadi.. Dia ingat awak tak tahu tentang dia? "
"Mungkin dia tak tahu. "
"Awak.. Kalau dia dapat cari awak macam mana? " riak kyulkyung berubah kepada gelisah.
"Tu yang saya risau. Semalam omma call. Omma cakap Rose cari saya. Tapi omma tak bagitau kita tinggal kat sini. Awak jangan risau. Saya ada dengan awak. Saya akan cuba lindungi awak. " Mingyu memeluk tubuh Kyulkyung dengan erat bagi menenangkannya.
ⓢⓢⓢ
"Omma. Tae rasa kita kene siasat tentang Rose. Jangan bagi dia dekat dengan Gyu lagi. Dia memang tak guna. Penipu. " taehyung menggenggam penumbuk.
"Apa yang kamu cakap ni Tae? Penipu? Omma tak faham la. "
"Tae tahu semua pasal Rose. Gyu dah bagitau Tae segalanya. "
"Tapi omma tak tahu, Tae. "
"Lama kelamaan omma akan tahu. Ingatkan Gyu. Jangan jumpa Rose. Bahaya. "
"Tapi-" belum sempat Puan Kim menghabiskan ayatnya, Taehyung telah beredar dari situ.
Puan Kim melepaskan nafas yang berat. Pening kepala dengan situasi sekarang.
YOU ARE READING
[✔]Only You(K.M & K)
FanfictionMingyu telah memulakan kehidupan baru bersama Kyulkyung. Namun, tidak lama kemudian kekasih lama Mingyu datang dan mengganggu kehidupan Mingyu.