♪11♪

20 1 0
                                    

Paradise Hotel, Busan

Paradise Hotel, Busan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang.. Cepatlah. Saya lapar ni. Sayang buat apa tu? " Kyulkyung sudah tidak sabar nak pergi makan. Perutnya sudah berbunyi.

Entah kenapa sejak dua menjak ini dia kuat makan.

"Chagi-ah! Mana belt saya? Tak jumpa pon. " jerit Mingyu dari dalam bilik.

Kyulkyung mengulingkan bebola mata sebelum masuk semula ke dalam bilik.

Kyulkyung membuka pintu almari lalu mengambil tali pinggang.

"Ni. Haih awak ni. Awak cari kat mana sampai tak jumpa? " dia menghulurkan tali pinggang tersebut kepada Mingyu.

Mingyu menyambut lalu tersengih tanpa menjawap soalan Kyulkyung.

"Okay. Dah siap. Handsome tak? "
Soal Mingyu sambil mengangkat keningnya.

Kyulkyung ketawa.

"Handsome sangat... Sayang. " Kyulkyung mencuit hidung Mingyu.

Mingyu tersengih.

Bahu Kyulkyung dipeluk lalu berjalan bersama keluar dari bilik. Mereka turun ke tingkat 1 di mana terletaknya sebuah restoran.

Disebabkan mereka tidak memerlukan khidmat waiter di situ, mereka akan turun sendiri untuk makan malam. Dapat menghirup udara malam di Busan.

                        ⓢⓢⓢ

"Sayang.. Bangun. Oh sayang. Bangunlah. " lembut sahaja suara Kyulkyung menyapa telinga Mingyu yang sedang tidur.

Mingyu tersenyum apabila jari-jemari Kyulkyung  gatal mengacau telinganya.

"Chagi-ah.. Geli lah. " Mingyu menepis lembut.

"Bangunlah. Kalau tak.. " Kyulkyung sengaja memutuskan ayatnya.

"Kalau tak? Apa? " Mingyu berkata dengan mata yang masih terpejam.

"Hm kalau tak.. Saya buat lebih dari ni. Nak? "

Mingyu ketawa.

"Awak nak buat apa, chagi? "
Suara Mingyu membuatkan Kyulkyung tergoda.

"Ish!! Awak ni! Mengada lah. Bangun cepat. Breakfast. Dah pukul 8:30." Kyulkyung mula berdiri.

"Tak nak.. "

Niatnya hendak  ke dapur terbantut apabila Mingyu berkata begitu. Kecik besar kecik besar je dia tengok Mingyu.

"Ouh.. Taknak ya? Ha!! Ambik ni!! " Kyulkyung berdiri di atas katil lalu melompat sepuas-puasnya. Hampir roboh katil itu.

"Yah!! Chagi!! " Mingyu menarik lengan Kyulkyung. Terduduk Kyulkyung dibuatnya.

"Bangun pun. Ingatkan tetap nak sambung tidur. Biasa bangun awal. Kenapa pagi ni bangun lambat? Sambunglah tidur.. Boleh saya sambung lompat-lompat. Best pula. " dia memerli Mingyu.

"Yelah². Saya dah bangun. Awak tunggu kat dapur. Saya nak mandi kejap. " Mingyu turun dari katil lalu mengambil tuala sebelum masuk ke dalam bilik mandi.

Tiba² telefon Mingyu berbunyi. Kyulkyung mencapai telefon tersebut.

Panggilan yang tidak dikenali.
Tanpa berfikir panjang, Kyulkyung meleret ke ikon hijau.

"Mingyu!! Awak kat ma-"

Tit....

Talian diputuskan oleh Kyulkyung.

Dia meletak kembali telefon Mingyu di atas meja.

"Rose? " kata hatinya. Cepat² dia menggeleng kepala. Cuba untuk membuang perasaan buruk sangka. Dia mengangkat punggung lalu pergi ke dapur.

                                  Bersambung...

[✔]Only You(K.M & K)Where stories live. Discover now