BAB 2

5.9K 144 5
                                    

6 bulan yang lalu...

"Macam mana kita nak buat ni bang"?

Majlis tinggal beberapa hari je lagi ni,; mana kita nak letak muka kita ni bang,,

malu la Zai macam mana kalau orang kampung mula cakap yang bukan-bukan pasal kenduri yang tak jadi ni..

keluh Puan Zaiton risau

"Sofiea cuba bagitahu ayah,kenapa tiba-tiba buat keputusan macam ni?..

Sofi ada bergaduh dengan Ikram ke hah?

tanya ayah lembut kepadaku yang sedang bersimpuh disisinya saat ini,

Soalan ibu tadi dibiarkan ayah sepi.

Sungguh saat ini aku tidak sanggup memandang wajah ayah apatah lagi menceritakan hal yang sebenarnya kepada ayah yang amat aku sayangi..

"Sofi tak rasa bersedialah ayah nak kahwin buat masa sekarang, ni lagipun abang Ikram pun nak kena posting ke Sabah..

Sofi tak rasa kuat nak berpisah lama-lama.Sofi takut nanti tak dapat nak tunaikan tanggungjawab dengan sempurna sebagai isteri, ayahh..

Aku berkata lirih cuba menjauhkan sebaik mungkin wajah kesedihan yang sedang aku lalui sekarang ini.

Namun aku tahu ayah seperti tidak berpuas hati dengan jawapanku sebentar tadi..

Airmata yang ingin jatuh aku seka dengan cepat..

Aku tidak mahu sesiapa mengetahui puncanya terutamanya sekali ayahku..

Biarlah rahsia ini tersimpan kemas di dalam hati sahaja.

Abang dan kakakku hanya menjadi pemerhati sahaja sedari tadi.mungkin buntu apakah yang harus dilakukan..

Malam tadi juga..ayahku, ibuku serta abangku dan saudara yang lain pergi ke rumah abang ikram untuk memutuskan tali pertunangan secara penuh tertib;sekaligus membatalkan majlis perkahwinan yang akan diadakan seminggu dari sekarang..

"Tak apalah Zai,kita gantikan sajalah majlis yang tak jadi ni dengan majlis kenduri kesyukuran saja".

Tiba-tiba ayah bersuara setelah sekian lama suasana senyap menyelubungi kami sekeluarga di ruang tamu. saat ini.

"Lagipun semuanya dah kita tempah..makanan tu kita jemputla budak tahfiz ke datang makan-makan,,yang macam pelamin ke kompang ke takpela kita batalkan jela walaupun kita dah habis bayarkan..

Ayah bersuara lemah..

"Zai tak tahulah bang nak cakap macam mana lagi..pening kepala saya ni..rasa nak pecah je ni..ibu mengeluh panjang,mungkin pening dengan perangaiku yang sesuka hati saja membuat keputusan..

ibu bangun lalu berlaku masuk kedalam bilik..menenangkan hati mungkin...rasa kecewa dan sedih terpamer diwajahnya di saat ini,kecewa dengan sikap dan keputusan aku.

"Takpa la yah..along masuk dulu la..nak mandi kejap"

abangku bersuara setelah sekian lama menyepikan diri,disusuli dengan kakakku yang perlahan-lahan memasuki bilik letih barangkali.

"Ayahh..aku memanggil ayah sambil merapati ke kerusi yang  sedang ayah duduk ketika ini..

Aku memautkan daguku ke kaki ayah..

"Sofi nak mintak maaf sangat-sangat dekat ayah sebab dah buat ayah kecewa dengan perangai sofi",

Aku memulakan perbualan tanpa memandang tepat ke wajah ayah yang sedang membelai rambutku ketika ini.

"Sofi tahu,sofi selalu bagi ayah susah hati dengan perangai sofi,sedaya upaya aku menahan air mata daripada mengalir keluar tetapi air mata ini terlalu murah saat ini..

En Doktor VS Cik NurseWhere stories live. Discover now