BAB 27

2.5K 82 2
                                    

Telefon ditangan dikerling sekilas. Berbelas-belas misscall dari mamanya.
Rambut yang sedikit panjang itu ditarik kasar kebelakang

Serabut dirasakan saat itu.Rokok ditangan dihisap rakus

Dikepalanya saat ini hanya wajah wanita yang dicintainya yang berada tidak jauh dihadapannya saat itu

Dia tersenyum melihat wajah wanita kesayangannya itu

Tetapi, melihat susuk tubuh lelaki yang memeluk bahu Sofiea dan kemesraan pasangan itu membuatkan dia merengus marah lantas dicampaknya putung rokok sebelum mula mengekori dua pasangan itu

Sedari malam tadi dia menghendap Sofiea dirumahnya dan sekarang mengekori sehingga di pasar pula.

Langkah kaki menghala perlahan mengekori pasangan itu.

***

"Abangg..Sofi terlupa!"

Langkah kaki Adam terhenti memandang wajah isterinya itu.

"Kenapa sayangg? Adam mengerutkan dahinya

"Sofi terlupa nak beli daun kunyit la, dia sudah membuat muka comel didepan suaminya risau suaminya marahkannya

"Awak ni ingatkan apa la tadi, ermm pergi la beli..biar abang bawak semua barang-barang ni dekat kereta"

Adam mengambil barang yang berada di tangan isterinya itu dan menghulurkan dompetnya kepada isterinya itu

"Nahh..bawak dompet ni"..Adam menghulurkan kepada Sofiea

Sofiea mengambil sekaligus tersenyum

"Sofi janji beli cepat-cepat tau..nanti abang tunggu je dekat kereta abang takpayah datang balik kat sini

"Erm boleh ke nanti? Adam bertanya risau

"Takpe sikit je barang tu",Sofiea membalas

"Kalau macam tu takpela..nanti apa-apa call abang tau

"Okay abang..

........

Langkah kaki dipercepatkan apabila terasa seperti seseorang sedang mengekorinya

Secara tiba-tiba lengannya ditarik kasar sewaktu dia laju menuruni anak tangga

Sofiea terjerit kecil..Terkejut

"Ikram? Terpancul nama lelaki yang dibencinya

"Sofi, saya rindu awak" Ikram mula menarik tangan Sofiea supaya berhenti

"Apa ni Ikram?lepaslah

Sofiea cuba menarik tangannya dari lelaki itu

"Tak...tak.. saya takkan lepaskan awak. Ikram seperti hilang pedoman

Takut melihat situasi itu Sofiea cuba meleraikan lagi pergelangan tangannya itu tetapi tidak berjaya kerana tangan Ikram yang lebih besar darinya

"Saya jerit nanti Ikram..lepaslah. Sofiea sudah hilang sabar

"Jeritla..Ikram tersenyum mencabar. Sbil tersenyum sinis

Sofiea jerit meminta pertolongan dari sekeliling tetapi hampa kerana masing-masing hanya melihat sahaja dirinya yang sedang bergelut dengan Ikram ketika itu
Mungkin mereka ingatkan pergaduhan suami isteri dan mereka malas mahu masuk campur

Airmata sudah mula mengalir

Saat itu Sofiea hanya mengharapkan agar suaminya itu datang menyelamatkannya saat ini

Sofiea diheret menuju ke kereta Ikram

Walaupun Sofiea meronta namun tidak diendahkan lelaki itu. Malah semakin kuat pergelangannya ditarik. Sakit pergelangan tangannya

En Doktor VS Cik NurseWhere stories live. Discover now