Prolog...

12.2K 542 37
                                    

Satu persatu surat yang sudah lebih sepuluh tahun tersimpan dalam kotak aku baca. Tiada yang istimewa. Tiada lagi yang rasa semanis madu.

Sebuah buku nota berkulit tebal aku buka. Terdapat kepingan gambar bunga yang ditulis bawahnya 'first date kami'.

Aku tersenyum. Sungguh manis ketika zaman bercinta. Dan tidak dapat aku nafikan bahawa sebenarnya rasa cinta yang aku simpanlah membawa kehancuran pada hari ini.

Kecurangan dia.

Dusta dia.

Mungkir janji dia.

Aku tutup kembali kotak itu lalu diletak dalam bagasi. Aku masih ingat kata-kata ibu aku apabila ibu dan abah berpisah.

"Jangan terlalu cinta akan suami kau. Kelak , rasa itu yang menghancurkan masa depan kau,"

Kepercayaan aku terhadapnya hancur. Segala janji manis yang dia taburkan bagai angin yang berlalu.

Jantung aku berdegup lebih pantas daripada sebelumnya. Mungkin kerana aku sesak nafas. Apabila aku angkat wajah dari terus menatap kotak dalam bagasi , aku dapat melihat wajah aku sendiri melalui pantulan cermin.

Hodoh.

Itulah perkataan yang paling sesuai untuk aku. Dengan mata yang merah , bengkak dan sembab kerana tidak cukup tidur dan seharian menangis. Dengan pipi dan hidung aku merah. Serupa badut.

Padanlah suami tinggalkan kau. Aku berkata pada diri sendiri. Zip bagasi ditutup.

Aku menarik nafas dengan dalam sehingga haruman dia masuk dalam rongga hidung aku. Ini kali terakhir aku jejaki bilik ini , rumah bangalow ini.

Aku mencoretkan sesuatu di atas kertas A4 yang di ambil dari laci meja sebelah meja cermin.

Encik Arkitek ,

Saya tak pernah menyesal apabila benarkan awak bina sebuah mahligai indah dalam hati saya. Setelah hampir sedekat kita saling mengenali , saya tak sangka ini penyudahan kisah kita.

Mungkin lepas ini , tidak wujud lagi perkataan 'kita' dalam hidup saya dan awak. Saya rindu nak panggil awak dengan panggilan abang. Berat hati saya untuk melangkah pergi. Tetapi siapa saya untuk menghalang kebahagiaan awak?

Kata Datin , saya tidak layak bergelar isteri awak. Saya mengaku. Bukan saya mahu mengungkit , tetapi itulah kenyataannya. Terima kasih kerana benarkan saya tinggal di sini walaupun tempoh edah sudah dua bulan berlalu.

Saya cintakan awak. Dan inilah kali terakhir saya dapat ucapkan betapa saya cintakan awak...

Saya harap awak bahagia dengan si dia dan halalkan semua yang awak pernah berikan kepada saya.

Selamat tinggal.

Aku tetap meninggalkan kertas itu walaupun aku yakin bahawa dia takkan pernah membacanya. Mungkin dia akan menyuruh pembantu rumah untuk membuangnya.

"Akak," Pembantu peribadi Haikal sudah berdiri di depan pintu rumah. Aku menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya.

"Lama tunggu?" Aku segera keluar dari rumah itu dan berdiri di tepi garaj. Aku menyerahkan kunci rumah.

"Baru je. Tak sampai lima minit pun," Luna menyalami tangan aku. Aku sudah anggap dia seperti adik aku sendiri kerana dia lah orang tengah aku.

"Terima kasih. Kirim salam dekat Umi," Aku memeluk tubuhnya buat kali terakhir. Luna menangis. Dia memeluk tubuh aku dengan kuat.

"Shuu.."

"Perlu ke akak pindah sampai ke Sabah sana? Jauh dari Cheras," Luna tarik muncung. Aku tak tahu nak balas apa.

Aku tiada keluarga di Kundasang , tetapi aku rasa di sana ialah tempat aku mencari serpihan hati aku yang masih tinggal. Kerana hanya di situ , aku dan Haikal tidak kunjungi.


-----


Haikal terus pulang ke rumah bangalow dua tingkat itu selepas Luna menyerahkan kunci rumah kepadanya. Dia memberhentikan kereta di garaj kereta. Dia memerhati sekeliling laman yang kosong tiada pokok bunga yang selalu menghiasi pandangan.

Haikal tidak faham dengan perasaannya sendiri. Dia rasa seperti ada yang tidak kena dengan rumah itu. Kakinya segera melangkah ke pintu rumah , dan ternyata dia kecewa.

"Huh.." Nafasnya berat. Matanya tidak lagi dihiasi dengan gambar pre-wedding yang sepatutnya di lekat pada dinding berhadapan dengan pintu masuk. Yang ada hanyalah dinding kosong.

Haikal menyebak rambutnya kebelakang. Dia tak tahu apa yang perlu dia sedihkan padahal inilah yang dia mahukan selama ini.

Rumah itu kemas bukan seperti selalunya. Sentiasa ada bantal bersepah , buku novel bersepah di lantai dengan bantal bantal yang di ambil dari bilik tetamu. Haikal tidak biasa dengan keadaan rumah yang sebegitu. Dia merapati meja kaca yang sepatutnya ada gambar mereka bersama.

Haikal terkedu. Setiap keping gambar yang diletakkan hanyalah gambar dia seorang diri tanpa bekas isterinya.

Jiwanya jadi galau. Dia benci perasaan takut sebegitu. Takut tiada sekeping pun gambar Deelaila tinggal. Dia menyelongkar rak yang bersusun buku-buku.

Tiada.

Malah buku masa hari pernikahan mereka turut tiada. Kakinya lemah. Dia jatuh di atas lantai marmar. Matanya membuntang.

Haikal mengeluarkan hp dari poket seluarnya. "Arghh!" Dia membentak marah apabila teringat kembali dia sudah buang segala yang berkaitan dengan Delaila.

Kemudian dia menelefon ibunya. Sebaik saja deringan terangkat , Haikal tergesa gesa bertanya.

"Ma ada nombor Dee tak?" Diserbunya Datin Rokiah tanpa memberi salam terlebih dahulu.

"Apa kamu merepek ni Kal? Jangan nak memacam eh! Tiba je tanya pasal janda kamu. Ingat sikit yang kamu tu dah ada Vanida. Seribu kali lebih baik berbanding janda kamu tu..."

Haikal memejamkan matanya. Kepalanya berdenyut sakit. Dia melangkah dengan perlahan lahan ke bilik utama.

Haikal senyum. Ternyata bilik tidur mereka masih kelihatan sama. Bunga kegemaran Deeliala iaitu ros putih masih segar dan kelopaknya masih basah. Tetapi senyuman itu makin pudar kertas A4 yang ditulis terpampang di depan mata.

Kertas itu tidak cantik apabila tulisannya banyak rosak kerana menggunakan dakwat cair. Haikal menyentuh permukaan kertas yang ada kesan basah.

"Kalau Dee suruh abang hentikan. Sudah tentu abang akan hentikan segalanya dengan segera,"

Haikal ingat janji dia. Tetapi ternyata tidak mudah apabila Deelaila suruh memilih antara satu. Dan ternyata dia lebih memerlukan Vanida dalam hidupnya.

Perempuan yang beri apa yang Deelaila tak mampu berikan.

"Selamat tinggal,"

Serentak dengan itu hatinya bertanya pada diri sendiri.

Betulkah keputusannya?

Tetapi kenapa perlu ada air mata yang menitis apabila dia tahu Deelaila tidak akan muncul depannya lagi?

Unborn BabyWhere stories live. Discover now