Bab 1

64 3 0
                                    

Kereta meluncur laju di malam hari. Adam melihat sekeliling. Terasa sunyi sekali persekitarannya. Kiri dan kanan hutan. Jalan raya juga tidak berapa elok dan lampu-lampu tidak banyak yang berfungsi. Hanya lampu dari kereta sahaja yang mampu menerangi suasana malam.

"Ada rasa apa-apa yang pelik tak?" tanya Abah Amm yang sedang memandu.

Adam tidak menoleh. Masih melihat ke luar tingkap. "Tak..." katanya pendek. Kemudian, dia lantas memandang ke tempat duduk belakang.

Adiknya, Dann sedang nyenyak tidur di kerusi belakang.

"Dann okay?" tanya Abah Amm lagi.

Adam sekadar mengangguk. "Hmmm..." jawabnya ringkas. Kemudian, dia kembali merenung keluar tingkap.

Abah Amm sesekali memandang Adam di sebelahnya. Mukanya kelihatan sedih. Mungkin terasa hati dengan cara anaknya yang seperti tidak mahu melayannya bercakap.

Suasana sunyi menerpa. Abah Amm dan Adam, kedua-duanya senyap. Membuat hal masing-masing.

Selepas beberapa ketika.

"Masih marah pasal hal tadi?" tanya Abah Amm, memecah sunyi.

Adam kelihatannya seperti tidak mahu menjawab. Dari merenung ke luar tingkap. Dia terus menunduk. Sepertinya dia memberi isyarat bahawa dia tidak mahu membincangkan akan hal itu lagi.

Abah Amm melepaskan keluhan kecil sambil mengusap lembut mukanya.

Tiba-tiba...

'Banggg!!!' kedengaran seperti kereta telah melanggar sesuatu. dan, 'sesuatu' itu berpusing di atas bumbung kereta. Sebelum, terjatuh ke jalan semula.

'Streeettt!' Abah Amm secara tidak langsung tekan brek.

Ketiga-tiga lelaki di dalam kereta tersebut terkejut. Adam terhantuk kepalanya di dashboard. Manakala, Dann di belakang tergolek ke bawah.

"Kenapa ni?" tanya Dann mamai sambil berusaha bangun. Sesekali terdengar bunyi dia mengerang menahan sakit.

Adam pula terus memegang kepalanya yang terhantuk kuat pada dashboard.

Abah Amm sudah kelihatan gelisah. Mukanya kelihatan sangat pucat. Jantungnya berdegup kencang sekali. Tangannya terketar-ketar. Kelihatan juga, sepertinya dia sangat terkejut.

Adam, yang masih memegang kepalanya, secara tak langsung memandang Abah Amm. Air muka Adam yang dalam kesakitan terus berubah kepada simpati apabila melihat keadaan Abah Amm.

Nampak sangat tak keruan keadaan Abah Amm di saat ini.

"Biar Adam tengok sekejap. Mungkin binatang tu. Kawasan sini mana ada manusia." katanya dalam keadaan sedikit kasar.

Adam, lantas keluar dari kereta dan melihat apa yang telah dilanggar oleh Abah Amm tadi.

"Kenapa Abah?" tanya Dann yang kebingungan di belakang.

"Abah pun tak tahu. Rasanya Abah dah terlanggar orang..." jawabnya perlahan dalam nada risau. "Duduk dalam ni. Biar Abah tengok kat luar dulu." sambungnya lalu terus keluar dari kereta.

Menapak sahaja Abah Amm dari dalam kereta. Kedengaran suara Adam memanggilnya dalam keadaan cemas.

"Adam...kenapa?" tanya Abah Amm sambil berlari ke belakang kereta.

Abah Amm kelihatan sedikit tergamam apabila kelihatan Adam sedang memeriksa nadi seorang gadis yang kelihatannya terbaring kaku di jalan.

"Abah...dia masih hidup. Kita kena cepat bawa dia ke hospital." kata Adam sambil mencuba mengangkat gadis tersebut.

"Hati-hati..." kata Abah Amm dan menolong Adam, membawa gadis itu ke dalam kereta. 

DESTINIWhere stories live. Discover now