Bab 4

21 1 0
                                    

"Jadi, sekarang abah nak ambil dia jadi anak angkat abah pula ke?" tanya Adam sedikit kuat. Kedengarannya dia tidak suka dengan apa yang baru sahaja dia dengar ini.

"Abah tak cakap macam tu. Tapi..."

"Tapi, abah memang dah ada niat nak jaga budak perempuan tu." pintas Adam kasar.

Abah Amm terdiam. Dia tidak membalas. Mereka berdua saling memandang sesama sendiri. Suasana tegang jelas kelihatan di antara dua beranak tersebut.

Di saat Abah Amm dan Adam bertengkar di luar. Dannial pula sedang berada di dalam bilik sambil merenung ke arah gadis tersebut.

Dia tidak tahu kenapa tetapi, dia sangat tertarik akan gadis tersebut. Gadis itu seperti ada satu aura yang sangat pelik di sekelilingnya.

"Abah dah pergi ke tempat kita jumpa dia. Tempat tu kosong. Hutan semata-mata. Jadi, maksudnya dia seorang diri je selama ni."

"Ok. Sekarang, abah decide nak jadi orang baik and tolong jaga budak yang baru kita jumpa tiga hari lepas...."

"Sebab abah yang langgar dia...sebab abah yang jumpa dia...betul. Abah rasa ada sebab kita yang jumpa dia bukan orang lain..."

"Tak..." Adam masih tidak mahu mengalah. "Bukan itu isu dia. Sekarang ni..."

"Argh!!!!"

Tidak semena-mena kedengaran suara Dannial menjerit. Ianya datang dari arah bilik yang mereka tempatkan budak perempuan itu.

Abah Amm dan Adam dengan pantas terus berlari laju menuju ke bilik tersebut. sampai-sampai sahaja, mereka dapati Dannial sedang terbaring di lantai sambil mengerang menahan kesakitan.

"Dann...!" jerit Adam sambil mendapatkan adiknya. "Kenapa ni?" tanyanya cemas.

Dannial menunjukkan kedua-dua tangannya. Tangan kirinya terdapat kesan terbakar. Manakala, tangan kananya pula sepertinya patah di pergelangannya.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" tanya Adam bengang.

Dannial tidak menjawab.

"Mana budak perempuan tu?" tanya Abah Amm pula.

Adam terus melihat sekeliling. Memang benar. Budak perempuan itu tiada di dalam bilik. Hanya Dannial yang ada, dan dia pula dalam keadaan yang tercedera. Adam mula bersikap curiga.

"Mana dia? Dia ke yang buat?" tanya Adam sekali lagi. Sedikit dingin suaranya.

Sekali lagi, Dannial tidak membalas. Dia senyap, membisu.

"Dannial..." Adam cuba bertanya lagi.

"Senyap." sepatah Dannial bersuara tanpa memandang Adam. Lantas, dia terus bangun dan berlalu pergi meninggalkan Abah Amm dan Adam.

Kelihatan Adam bengang dengan kelakuan adiknya. Abah Amm pula, melihat ke luar tingkap yang terbuka luas. Tiada langsung kesan yang ditinggalkan budak perempuan tersebut. 

DESTINIWhere stories live. Discover now